Tuesday 26 June 2012

Muhammad Danish Syahmi

Habis je final hari tu, terus kemas barang walau dah seminggu siap packing untuk balik rumah. disebabkan cuti cuma seminggu jadi tak decide nak balik kampung. memang plan nak jadi bibik terhormat je cuti seminggu ni kat KL. tapi alhamdulillah lah kan, bila ada orang ajak balik kampung. then jumpa Danish dulu  :)




dah besar si kecik ni walau semua orang cakap dia tak besar-besar. almaklumlah mok na jumpa danish masa baru lahir hari tu ja, memangla nampak lain. 


setakat ni dia yang paling bongsu dalam family kami. tapi insyaAllah, jika ada rezeki nak dapat seorang lagi baby baru. alhamdulillah. selepas pemergian adik Badrul Munir, Allah gantikan dengan yang lain. Syukur.



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

2nd Reunion Mahabbah 5 Gemilang

Assalamualaikum...


During study week hari tu. setahun sekali ahli-ahli mahabbah 5 Gemilang SMA.Maarif akan continuosly buat satu program jumpa + makan. last reunion kami cuma buat kat sekolah kami yang tercinta tu aja. sebabnya pengarah program at that time orang tuu.. but, disebabkan tahun ni planning punya planning asyik tak jadi je jadi pengarah program baru si Nadhirah yang comel lotey ,bodek sikit decide buat 2 Jun 2012. nasib lah ramai yang kat kampung masa tu cuma orang tuu terpaksa bergegas dari Nilai ke Terengganu untuk reunion ni. padahal tak pergi boleh ja. tapi dah lama tak jumpa nak jugak balik dan jumpa mereka ni. balik cuma 3 hari dan kembali semula ke usim untuk final exam. 
tempat dating kami. Pantai Keluang,Besut.
fuhh. penat mendaki bukit dengan Ain semata-mata nak tangkap panorama ni. tapi sayang jambatan yang time kecik-kecik dulu duk main kejar-kejar dah runtuh dan tak dibaiki sampai sekarang. itu motifnya.ahaa.. persiapan semua mereka yang aturkan. di sini kite nak minta ampun sebab tak banyak dapat tolong kalian. memang tak tolong langsung pun kan hehe. nasib baik lah kite dapat tiket bas nak balik awak, 

handmake. terasa kemanisan ukhuwah. :) terima kasih.
sponsored by pengarah program
pesanan awal, jangan marah. :J

alhamdulillah. disebabkan wujudnya perancangan yang teratur, kami adakan sedikit sesi perbincangan dan tazkirah ringkas. thanks, kalian bagi kerjasama yang menakjubkan dengan pertukaran pendapat yang awesome sebab kita masing-masing dah berada di haluan berbeza. salah satu matlamat tentatif tu diadakan adalah nak bagi peringatan sesama kita. maaf kalau ada kekurangan.

sharing...
ni nak kasi tinie dilanda kejelesan. :p
ada beberapa orang yang tak hadir :|
dan kami tak lupa mengingati sahabat seperjuangan kami yang terlebih dulu pergi menyahut panggilan ILAHI. dah setahun lebih. yang pergi tetap pergi, yang mampu kami lakukan adalah kalungan doa dan ayat suci al-quran buatnya. *jangan sedih lagi. Memperkenalkan!! insan-insan hebat sewaktu zaman persekolahanku. ra ra ra...

dari kiri : Nadhirah, Amanina, Aini, Amalina, Rabiah, Ain
duduk : Islah
.
sangat sedih bila 3 orang geng kepochi kami tak dapat hadir. insyaAllah nanti kita jumpa bebile

dari kanan : Faizan, Ikram, Sobri, Asrol, Arif, Muqti dan Naim


ada 6 orang kaum adam yang tak hadir. next reunion insyaAllah.


alhamdulillah. jumpa mereka ni walau sekejap tapi cukup buat penghilang resah di hati. dah lama tak jumpa, bersembang sampai tak ingat nak balik. kalau bagi duit berjuta pun tak dapat nak putar balik kenangan belajar di 5 Gemilang. sungguh indah. ada yang tak boleh nak dekat, ada yang tak boleh nak berpisah. tapi itulah kenangan bila dah masing-masing jauh. semoga jalinan persahabatan ini tetap mekar hingga Syurga.

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Program Ziarah Kasih Koir USIM

Assalamualaikum,

Waktu kejadian : 13 may 2012. Tempat : Rumah anak yatim YPIN Banting


If ikut schedule, kami bertolak jam 8 tapi sebab ‘tak ikut’ jadual jadi tak adalah bertolak time tu. So, kami seramai lebih kurang 30 orang students USIM mewakili kursus koir PPKI telah ke rumah anak yatim di Banting untuk memenuhi salah satu kehendak PPKI iaitu lawatan amal ke badan-badan kebajikan. Rancangan asal kami adalah ke rumah orang-orang tua but last minute planning, we decide to visit anak-anak kecil di banting ini. 

 
Sungai Manggis Banting Selangor
kedatangan kami mereka nantikan.. 



jalinan kasih keluarga angkat
bila dah sebut keluarga angkat,mesti la kami si kakak-kakak yang gorjes ni akan ada adik angkat ye dak? 




hai. nama saya kak yana. adik angkat saya juga bernama yana. comel tak bila yana square bergabung, :p well pada hari tu banyak aktiviti yang kami lakukan bersama. dari main games, then makan sama-sama. lepas tu solat berjemaah. 

belon air
huru hara lepas kejadian :D
gula-gula dalam tepung



masa yang ditunggu-tunggu.. jeng jeng jeng

birthday celebration
storynya, hari tu perancangan kami, kami nak sambut hari lahir adik-adik dan kakak-kakak. termasuk lah orang tu yang excited kemain.menurut kata adik-adik, sebelum ni memang ramai yang datang melawat mereka tapi belum ada yang meraikan mereka sebegini. agak sebak kami di situ. 


hampir sehari kami di sana, banyak belajar benda baru. ya. bukan senang untuk hidup berasingan dengan keluarga. mereka juga kehilangan salah seorang ibu atau ayah mereka. adik-adik ini insyaAllah, besar nanti akan jadi orang yang kuat semangat dan jati dirinya. 

:)
adik ayu. yang plg kecil & plg berat hati nak tinggal
yana : nanti kak yana dtg lagi..
insyaAllah. tak janji sebab susah nak bergerak time belajar ni. jangan risau. kami sentiasa dok ingat kat kalian semua. jaga diri. moga besar jadi insan berguna.

she give me this 


tak payah belek. saya tukang amik gambar. sekian. 
lepas kejadian ini. tetibe my sister text me, dah buka facebook? apehel? gambar engko yang buruk masuk harakah. ingat kan dapat jadi calon next PRU.  klik berita sini ")


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Monday 25 June 2012

Hati selembut kapas


Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Final exam dah abis. Waktu untuk balik rumah, tapi cuti seminggu sahaja sebab 2 julai nanti akan kembali ke USIM untuk program LSP. Well, I’m not sure whether I have put enough effort for my final but I can say that I’m doing my best.  Banyak. Sangat banyak dugaan yang dilalui sepanjang minggu-minggu terakhir sebelum final. Diri rasa tak berdaya. Lemah semangat. But I have Allah as my Guardian. And you know when you have Allah in your life,
 you have it all. 

Tak pernah rasa diri ditinggalkan. Dan kekuatan itu lahir dengan sendiri. Hingga saat terakhir berjuang di medan jihad ilmu.  Krisis kekeliruan dengan perubahan diri dan terdesak untuk memacu perubahan secara drastik agak mendera hati dan perasaan. Namun ada insan yang sudi meminjamkan bahu dan menadahkan telinga  memberikan kata-kata semangat. Syukur! 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

 Benar, bukan senang untuk berubah. Tapi lagi sukar jika tidak pernah memulakan langkah. Biar, kata-kata yang menyapa telinga agak memedihkan. Biar, tingkah laku yang menyapa mata agak memilukan. Namun jika diri tekad kerana Allah tiada yang mustahil. 

Sungguh. Aku memerlukan kekuatan itu saat ini. Ianya tidak lahir dengan hanya bersantai di depan kaca televisyen. Ianya tidak datang dengan bahan bacaan yang tidak bermanfaat. Benar. Kekuatan itu dari Allah. Namun, jika kita tidak berusaha mencari kekuatan itu, mana mungkin ianya akan datang sendiri.


Doakan. Doakan atas segalanya.    



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Thursday 14 June 2012

Di tengah kesibukan mentelaah..


nampak tak sapa yang paling excited uuh? nampak. buat tak tau ja. dia memang macam tu,
nak tahu cerita selanjutnya? tungguuu...

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.