Tuesday 30 October 2012

I love you




Assalamualaikum divas..

It’s has been a long time. Why divas? Sebab baru saja habiskan novel I LOVE U STUPID by MELUR JELITA. Jadi masih lagi dalam mood baik budi teringat kisah-kisah kemanusiaan di Kemboja.  So yeah. How’s life? Yah. Life has been too busy. Rasanya semester baru ni tak banyak ada assignment dan task mencabar macam sem lepas tapi perasaan tercungap tu lebih luar biasa untuk sem ni. Bangun seawal pagi dan balik selewat malam. Itu biasa. Eh. dan feeling  dah terasa macam something terkurang untuk sem ni. 

apa yang kurang? Masa untuk bercinta dengan buku-buku kesayangan. Masa untuk bertanya khabar sahabat jauh dan dekat. Masa untuk duduk berehat dan berkasih sayang dengan akhowat2 tersayang. Jiwa terasa kehilangan.

So, what I’m doing all this time. Last semester, still as junior. Jalan tunduk-tunduk. Salam pun tak teragak nak cium tangan kalau muka tu tak familiar. Muka manis jangan lupa senyum. Masuk tahun dua jalan muka angkat sikit. Ahha banyak sebenarnya lol. So minggu taaruf untuk adik-adik done! Dah berabad sebenarnya. Selamat datang ke Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan Perhubungan korporat. Moga kalian jadi insan-insan yang cemerlang terbilang dijulang. Ayuh, kita gemilangkan BCAR dan fakulti ini.  

Entry ni special untuk orang yang special. Ohhohh. Belum terlambat untuk ucap tahniah, mabruk, cukaemida dan berjuta-juta peluk cium untuk kakanda tercinta. Tahniah sebab dalam ribut yang melanda dan taufan yang membadai dalam tempoh waktu selama ini, berjaya juga! Berjaya untuk grab PHD. Sedari kecil, dia yang paling banyak memberi sindiran sinis jika masuk bab pelajaran. Ya. Aku ingat lagi. Masa form 3 dan kami sekeluarga ke UKM, tercengang seketika tengok universiti. Masa tu aku lah budak malas dan anti buku teks. Budak bermasalah tak minat nak belajar. What he says? “Na, kalau nak masuk universiti, duduklah tengok tv” Pendek dan padat.   tersentap masa tu. Aku diam.

Result yang tak berapa nak cun masa PMR aku cun kan bila SPM. Alhamdulillah, dapat masuk Usim. bila dah berbulan di Tamhidi Usim, kekadang dia telefon. Tanya macam mana belajar. Aku cakap susah, tak larat, nak balik and bla bla .. And so he replied “ belajar bukan macam masak nasi goreng, nak senang duk rumah tunggu orang minang”. Letak telefon. Aku gigit bibir. 

Dan bila dah masuk degree, aku cuba buat yang terbaik.. Bila balik kampung, soalan pendek “Na, pointer 3.9 berapa”. sorok muka bawah tudung saji. Pelajaran paling penting. Itu yang dia tekankan. Tapi yang aku respect, he did a good job. Bab ilmu agama dia tak tinggal. Dan komennya bila aku di USIM “good luck adikku, dakwah adalah warisan para nabi dan rasul” Aku banyak terinspirasi dengan gaya penuh sinis menyindir macam nak cakap aku tak boleh buat apa-apa. memang pun. Tapi aku tercabar. So I will make sure I will do the best. To prove that I can do it and I will make sure you proud of me. One day.  So you are the best.   



                      
  



"Alhamdulillah. Tugas saya meletak tanda aras dlm keluarga kita dah selesai. Menjadi perintis utk menjadi org pertama menggapai phd bukan senang, sbb belum ada model dan track yg boleh diikuti sbg panduan. Skrg laluan sudah diritis. Harap adik2 dan anak2 sedara yg ramai itu akan meneruskan legasi ini. Pengalaman ini boleh dikongsi sbg panduan. Lebih mudah lalu kut lorong hok sudah ditebas sedikit sebanyak berbanding meredah hutan tebal. Sgt gembira melihat adik2 ghairah utk mencapai benchmark ini. Jika dulu bachelor adalah target keluarga kita, skrg kalau sampai ke peringkat doctorate lebih baik. Menunggu Dr Abu Insyirah Dr Siti Zainab Ibrahim Dr Latifah Ilyana Ibrahim Dr Hazwani Nadhirah n Dr Nor Salihah Ibrahim pulak pah ni.."


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Thursday 11 October 2012

Akibat tidak Ikhlas


HADIS QUDSI Dari Abu Hurairah r.a

 Rasulullah saw bersabda, “Manusia yang awal-awal akan diadili pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang telah mati syahid. Lalu lelaki itu dibawa ke muka pengadilan. Allah SWT telah memperingatkan kepadanya segala nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepadanya, lantaran itu, lelaki itupun mengakui akan segala nikmat kurniaan Allah SWT tersebut.

Allah SWT bertanya kepadanya (sedangkan Dia Maha Mengetahui): ‘Maka apakah yang telah kau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Lelaki itupun menjawab: ‘Aku berperang kerana-Mu sehinggalah aku mati syahid.’

Allah SWT berfirman: ‘Kamu berdusta. Akan tetapi kamu berperang supaya kamu dipanggil seorang yang berani. Oleh yang demikian, sesungguhnya kamu telah telahpun dipanggil sedemikian.’ Kemudian Allah SWT memerintahkan agar lelaki itu dicampakkan ke dalam api neraka, lalu beliaupun ditarik dengan mukanya ke bawah hinggalah dicampakkan ke dalam api neraka. 

Dan seorang lelaki yang mempelajari ilmu (agama) dan mengajarkannya. Beliau juga membaca Al-Quran (ataupun seorang yang mahir dalam pembacaan Al-Quran). Lelaki itupun dibawa menghadap Allah SWT.

Allah SWT memperingatkan segala nikmat yang diberikan kepadanya. Lelaki itu mengakui akan penerimaan semua nikmat tersebut. Allah SWT berfirman kepadanya : ‘Oleh itu, apakah yang telah kamu lakukan dengannya?’ Lelaki itupun menjawab : ‘Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarkannya (kepada orang lain). Aku telah membaca Al-Quran semata-mata kerana-Mu.’ 

Allah SWT berfirman kepadanya : ‘Kamu berdusta. Akan tetapi kamu telah mempelajari ilmu supaya kamu dipanggil sebagai seorang alim dan kamu telah membaca Al-Quran supaya dipanggil seorang qari. Sesungguhnya kamu telahpun dipanggil sedemikian.

Kemudian Allah SWT telah memerintahkan kepada malaikat agar lelaki itu dibawa pergi dan diheret dengan mukanya ke bawah hinggalah beliau dicampakkan ke dalam api neraka.   Begitu juga seorang lelaki yang telah diperluaskan oleh Allah SWT untuknya segala jenis harta kesemuanya. Lelaki itu pun dihadapkan ke muka. Allah SWT memperingatkan segala nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada lelaki tersebut lalu lelaki itu mengakuinya. 

Allah berfirman kepada lelaki itu : ‘Maka apakah yang telah kamu lakukan dengan kesemua harta itu?’ Lelaki itu menjawab : ‘Tidaklah aku tinggalkan walaupun satu jalan yang disukai agar dibelanjakan harta untuknya melainkan aku telah membelanjakan hartaku semata-mata kerana-Mu.’  

Allah berfirman : ‘Kamu berdusta. Akan tetapi kamu telah melakukan semua itu agar kamu dipanggil seorang dermawan. Sesungguhnya kamu telahpun dipanggil sedemikian. Kemudian diperintahkan agar lelaki itu dibawa pergi lalu beliau ditarik dengan mukanya ke bawah dan kemudian dicampakkan ke dalam api neraka.”  

(Sahih Muslim Ahmad An-Nasa’i dan Al-Hakim)


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.