Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wasahhlan Ramadhan Kareem


Assalamualaikum..

Have you ever prepared for this?
 
For this big event for the year?

Raise up your hand if you’re excited

Yes.. it is really exciting

May Allah accept our ibadah and bless us

Happy celebrating Ramadhan with amal jariah

Alhamdulillah. Feeling great. We miss you, we’re waiting for you Ramadhan




FIRMAN ALLAH

“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa , sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa”  
 Al- Baqarah 183

“Bulan Ramadhan , bulan yang di dalamnya diturunkan Al- Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia
dan penjelasan- penjelas an mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dengan yang bathil )
karena itu barangsiapa di antara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini ), maka hendaklah ia puasa”
Al- Baqarah : 185

 Selamat Menunaikan ibadah puasa Ramadhan.
Perbanyakkan amal kebaikan dan terus lah mencari dan berbagi ilmu yang bermanfaat untuk kita semua

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Pengalaman bersama orang asli Kg Sg Jempol, Maran Pahang



Bismilahirrahmanirrahim..

“Melihat orang yang susah, yang dizalimi, yang kesempitan, atau mereka yang menderita kesakitan membuatkan kita sering terfikir “mungkin insan yang diuji ini, di sisi Allah dia adalah lebih baik berbanding diriku ini”. Maka pantas untuk kita sedar bahawasanya setiap dari kita juga akan melalui bicara dan didikan Tuhan dalam pentas ujian yang disediakannya. 

Dan semestinya, ujian yang kita lalui akan membawa kita ke medan diri yang lebih baik. Maka merintihlah duhai diri yang hina kepada Allah seperti Nabi Musa a.s “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir.” (wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini fakir kepada apa sahaja kebaikan yang engkau turunkan) 

Assalamualaikum.. 

Lama dan berhabuk. Ungkapan yang sesuai diberikan buat laman ini. Disisihkan oleh tuannya lantaran kesibukan untuk menguruskan priority yang lebih utama. Bagaimana jiwa jiwa muslim kita, adakah utuh berdiri memegang kalimah Hak atau kecundang di badai ujian yang Allah hadirkan. Alhamdulillah. Wajib untuk kita bersyukur dan sujud kepadanya atas segala nikmat yang telah Dia kurniakan. 

Kita ini hanyalah perantau dunia yang pasti akan pulang semula ke pangkuan NYA. Dunia ini hanyalah ladang bagi meraih keberkatan dan keredhaan NYA di akhirat sana. Sedarilah.. apa jua yang kita fikirkan, apa jua yang kita lakukan, imanlah yang pasti menjadi tunjang haluan. Maka coraklah iman agar selari dengan perintah Allah. Dan sesungguhnya iman itu bukan mudah untuk dicari mahupun untuk diwarisi, namun usaha ke arahnya tetap dikira sebagai ibadat yang bermanfaat pada kemudian hari. 

Alhamdulillah, coretan ini dibuka dengan niat mulia untuk berkongsi serba sedikit pengalaman sewaktu menyertai program yang dianjurkan oleh USIM iaitu Program Bakti Siswa Dakwah Orang asli di Kg Sg Jempol, Maran Pahang pada 29 Jun – 4 Julai 2013 yang lepas. 


Ramai sahabat-sahabat yang menghulurkan pertanyaan, bagaimana boleh terpilih untuk ke sana. Jawabnya Sukarela. Yes, atas nama sukarelawan, dan mungkin faktor yang paling besar adalah kerana Allah telah menggerakkan hati untuk mendaftarkan nama dan Dia lah jua yang memudahkan segala urusan dari mula sehinggalah tiba di sana. Perasaan sebelum pergi seriously nervous teramat. Tiada feeling - feeling ter eksaited atau terover gembira nak berjalan. Sedar kami pergi membawa amanat yang cukup besar. Orang asli yang kami ziarahi kebanyakannya tidak beragama dan tidak tahu apa itu agama Islam. Dan tugas kami adalah untuk memberi mereka kefahaman itu. Sasaran kami kali ini pula adalah Kumpulan Semoq beri dan kumpulan ini adalah antara yang paling pemalu di kalangan orang asli di Malaysia. 



Berapa ramai orang bukan muslim yang sangat baik hubungannya sesama manusia, haiwan dan tumbuh tumbuhan malangnya umat Islam sendiri tidak menjadi contoh yang baik menyebabkan Islam tidak sampai kepada mereka. Mereka tidak menonjolkan kelebihan Islam sebaliknya menunjukkan kelemahan diri sendiri yang membawa kesan kepada nama baik agama itu sendiri. Berkali kali kami di suruh untuk memperbetulkan niat asal pergi ke sana dan berkali kali juga diri ini berishtigfar kerana kerap kali tersasar bahawa tujuan utama adalah untuk memberi mereka kefahaman tentang Islam. 



Selama 6 hari berada di sana, perkara pertama yang aku belajar adalah SYUKUR. Subhanallah. Selama ini cukup banyak nikmat dan pemberian NYA yang aku lupa untuk bersyukur. Dan berada bersama mereka, jarang aku melihat mereka mengeluh dengan nasib diri yang serba kekurangan. Pemandangan di sana Allahuakbar Subhanallah. Super-duper cantik dan mengagumkan. Dan aktiviti yang aku paling gemar di sana adalah menziarah keluarga angkat. Hari pertama menziarah, terasa segala kekekokan yang ada. Untung bukan keseorangan tetapi di bantu ahli kumpulan yang lain. Memang benar apa dikata, mereka sangat pemalu terhadap orang luar. Tapi mungkin bukan semuanya begitu kerana keluarga angkat kedua kami sikapnya berlainan dalam melayan kami. Lebih terbuka dan peramah. Hari-hari berikutnya, kami gunakan kaedah berbeza untuk mendalami jiwa mereka dan kami sedar perlakuan dan tingkah laku kami diperhatikan kerana mereka menilai bagaimana sikap orang luar terhadap mereka. 


 

Rutin kami setiap hari adalah melayan mereka bak raja. Waktu makan kami sedia menjemput mereka di rumah. Makan bersama dan main bersama. Masih ku ingat, ayah angkat kami memberi aku dan Kak Chah kepercayaan untuk mengambil adik-adik pulang dari sekolah. Dan apaa lagi, maka merempitlah kami berdua untuk menjemput Ricky dan Saidi pulang dari sekolah. Ingat lagi abah kata, “nah ambik kunci motor, ambik adik-adik, nak round kampung pun boleh tapi kalau habis minyak tolak sendiri” ppfffftt haahaa. Thanks abah atas segala kenangan dengan motor tu :p





Sungguh. Pengalaman ini sangat mahal. Tak terbayar dengan wang ringgit dan segala harta yang ada. Untuk membuka hati mereka terhadap Islam, peranan yang harus dimainkan adalah qudwah hasanah. Mereka sangat menghormati orang luar yang berkunjung ke tempat mereka. Untuk menukilkan segala perasaan selama 6 hari di sana adalah mustahil namun apa yang dapat digambarkan adalah SYUKUR.

 Kenapa SYUKUR?

Syukur kerana Allah memilih aku untuk menganuti agama mulia ini. Syukur kerana Allah berusaha membantu menjadikan aku muslim dan mukmin yang bertaqwa. Syukur atas nikmat yang paling besar, nikmat Islam dan Iman. Syukur kerana DIA menjadikan aku hamba Nya. Tak tertahan sebak di dada ini bila mengenangkan Allah telah memilih aku untuk bersama mereka dan mendalami jiwa mereka. Mereka mereka yang belum Allah kurniakan hidayah dan petunjuk. Syukur atas segala nikmat dan kemudahan yang Allah kurniakan selama ini. 


aktiviti ziarah keluarga angkat



Kita boleh memaksa seseorang untuk makan dan bercakap atau apa sahaja tindakan fizikal namun kita tidak boleh memaksa keyakinan dan kepercayaan seseorang. Tiada siapa pun dalam kalangan makhluk mampu memaksa akidah orang lain.
  
Islam diturunkan sebagai agama yang mencipta manusia. Allah maha mengetahui tentang hakikat hamba NYA. Maka Islam mensyaratkan iman itu berteraskan keyakinan dan kepercayaan dalam jiwa insan. Tanpanya, iman itu tidak di nilai. Seseorang yang mengakui beriman kepada Islam secara paksaan tidak diikitiraf.

Firman Allah

“Tiada paksaan dalam agama(Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Maka sesiapa yang tidak mempercayai taghut serta beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada pegangan yang teguh, dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” – Surah al – Baqarah 256


 Keluarga angkat kami :)


Tugas kita tak kan pernah berhenti. Kerja kita tak kan pernah selesai. Dan hatta Islam telah mencapai kemenangan sekalipun, peranan setiap dari kita takkan pernah berhenti kerana tujuan hidup kita Cuma ada dua iaitu untuk beribadat dan sebagai khalifah. Walau penat kita di medan ini, yakinlah. Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Dia Maha Mengetahui segala hitam putih yang kita lalui. Dia juga Maha tahu siapa hamba NYA yang bertaubat, siapa hamba NYA yang keras hati malah penilaian TUHAN itu akan sentiasa adil untuk kita. Maka yakinlah kalian dan terus tegaklah berdiri di jalan dakwah ini. Semoga ganjaran yang di janjikan Allah akan memberi kebahagiaan buat kita di sana nanti.
 
Sepanjang di sana, kami sempat meredah hutan dan menikmati panorama indah di Lubuk Yu. Salah satu tempat perkelahan yang terkenal di sana. Agung NYA ciptaan MU Rabb. Jatuh cinta pada indahnya kekuasaan MU. Subhanallah Allahuakbar.









 Semoga Allah redha dengan kerja-kerja kita yang sedikit ini



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.