Monday 28 October 2013

Bercinta biar sampai syurga



Assalamualaikum..

Berbicara perihal cinta, manusia tidak akan lari dari rasa gembira. Fitrah ! Allah jadikan manusia punya rasa untuk dicintai dan mencintai. Inilah antara nikmat terindah buat manusia yang punya rasa untuk mencinta. Begitu sunyi dan sepi hidup seorang hamba yang tiada di hatinya perasaan untuk mencintai orang lain.  

Namun anugerah dan nikmat yang Allah kurniakan buat kita dalam mencintai manusia lain selain diri sudah dianggap serong oleh sesetengah pihak. Mungkin bahasa ini sukar difahami. Mungkin ! namun ramai di antara kita yang tidak sebetulnya memanfaatkan nikmat itu untuk kebaikan diri mereka sendiri. Sebaliknya, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi cinta yang dianggapnya sejati. Mengorbankan kemuliaan diri malah sanggup membuang jauh keluarga adalah perkara normal yang terjadi pada abad ini. Adakah perihal cinta sebegitu besar impaknya dalam hidup manusia sehingga sanggup mengorbankan manfaat masa depan yang lebih berguna.

Kenapa isu ini yang dipilih untuk dibincang di laman ini sedangkan diri s agak kaku dan tidak berperasaan apabila diungkap perihal cinta. Jawapannya adalah apabila melihat terlalu ramai adik adik, sahabat sahabat, dan mereka diluar sana yang terlalu mengagungkan cinta sebagai yang utama dan pertama.

Bukan perkara pelik bila memerhati status status yang diupdate melafazkan kesunyian serta kesedihan akibat putus cinta atau kecewa dalam perhubungan. Dan bukan juga perkara aneh bila menjadi saksi dua hati melafazkan rasa cinta tanpa rasa malu dan segan di khalayak ramai. Hakikatnya perkara ini terjadi apabila manusia kesunyian dan ingin mendapatkan perhatian daripda pihak lain dan mengabaikan seluruh perhatian yang Allah sentiasa berikan terhadap diri tanpa sedar. 

Persoalannya, kenapa mengagungkan cinta?

Tambahan yang menyesakkan dada apabila melihat golongan ustaz/ustazah atau golongan bertudung labuh dan berkopiah yang juga berperilaku sedemikian. Maaf atas ayat di atas. Maka apabila diri menyaksikan mereka juga demikian rupanya, maka timbul dalam diri. Di mana silap dan salahnya. Bukan sedikit kita yang mengarang warkah cinta buat bakal imamku atau buat bakal makmunku. Malah bukan ringkas juga warkah yang ditulis. Diri berfikir, apakah itu medan yang sebenar dalam mendefinisikan cinta. Untuk siapa warkah itu ditulis dan untuk dimengertikan tentang apa. Tanggungjawab selepas berkahwin? Atau tugas untuk mencintai antara satu sama lain? Atau menerangkan diri yang soleh tidak layak untukmu si solehah?  Matlamatnya apa. Sungguh sesak fenomena yang melanda. Wahai! Apa jiwa kita juga kosong sepertimana mereka yang lainnya.
  
Sebelum lebih jauh kita memahami cinta, faham dahulu erti cinta. Bagi diri, cinta akan membawa kita hanya ke syurga. Dan apabila apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta malah malapetaka. Dan sekiranya hidup kita diluangkan untuk bersama si dia sebelum akad yang menghalalkan perhubungan, maka apakah itu dinamakan membawa ke syurga. Sekiranya kita menghabiskan masa keluar berdating, bercinta, bersms dan lain lainnya, maka adakah matlamat kita juga syurga.  

Pertama, faham matlamat kita adalah ke syurga. Maka perbuatan kita hanya menjuruskan ke arah itu. Bila matlamat ke syurga, ianya hanya Allah. Melakukan perbuatan yang diredhai Allah maka itu merupakan pelaksanaan untuk kita ke syurga. Meninggalkan maksiat mata, hati dan zina adalah salah satu daripada perkara yang diredhai Allah. Kita tinggalkan kerana tahu Allah benci maksiat. Malah lebih pentingnya, mendahulukan Allah dalam apa jua perkara yang kita lakukan. 

Pentingnya, tidak perlu untuk kita terlalu berisyarat atau memberi hint atau kias kias manja atau apa sahaja sekiranya yakin itu akan membawa fitnah dan memudaratkan diri. Yang merancang itu Allah. Perancangan DIA adalah yang paling tidak di jangka dalam hidup kita. DIA tahu apa yang terbaik dan biar DIA yang mengaturkan arah dan langkah diri kita dalam mencari cinta. Fahami langkah yang betul dan berjalanlah dalam mencari si dia yang dicintai juga semata kerana Allah. Bukanlah kita dilarang untuk mencari pasangan namun supaya kita dilihat tidak berlebih lebih dengan tidak mengutamakan Allah dalam proses pencarian itu. Untuk membina rumah tangga [baitul muslim] adalah wajib untuk kita membentuk peribadi diri soleh dan solehah [ individu muslim] kerana matlamat kita mahu melihat seluruh dunia dikuasai individu individu yang hebat peribadi muslimnya. 

Apakah tindakan kita membantu untuk membentuk dunia islam yang berdaulat [ ustaziatul alam] suatu hari nanti. Maka muliakanlah cinta dan letakkanlah ia ditempat yang sepatutnya. Bersabarlah sekiranya masa itu belum tiba dan bukannya mengambil keputusan meluahkannya di mana mana. Allah tahu maka mengadulah. Sekiranya tidak dibukakan jalan untuk bersama dengan si dia secara halal, maka pohonlah dari NYA untuk dipermudahkan jalan. Sekiranya jauh lagi masa yang diimpikan untuk bernikah, maka jauhkan diri daripada MEMBUAT JANJI dengan si dia supaya kelak apa sahaja yang berlaku, tidaklah ada perasaan dendam dan sebagainya sekiranya kecundang di tengah jalan. Dan sekiranya sudah dibukakan jalan ke arah itu maka berdoalah supaya Allah sentiasa memelihara cinta kita supaya sentiasa mendapat redha NYA dan membawa kita ke syurga.   

Semoga mata mata yang membaca dilembutkan hatinya dan menerima cinta Allah yang lebih utama untuk membawa kita ke syurga. Dan semoga setiap dari kita menemui si dia yang dihadiahkan Allah untuk sama sama berpimpin tangan ke syurga  dengan mengikuti syariat dan panduan yang digariskan dalam Islam. Allah berahsia tentang dia kepunyaan kita bersebab maka binalah peribadi muslim dengan bersungguh sungguh dahulu. Masa itu akan tiba juga namun akhirat itu yang lebih utama. Nikah dan kahwin boleh dirancang namun mati itu bila bila masa sahaja. Maka sedarlah dan janganlah lagi kita leka dengan cinta dunia yang maha memabukkan sekiranya tidak dipandu dengan syariat Islam. 

wassalam. 



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Friday 25 October 2013

Rehlah akhawat SPM Day | Catatan pencarian sejarah yang hilang



Bismillahirrahmanirrahim.. 

‘’And hold fast by the covenant of Allah all together and be not disunited, and remember the favour of Allah on you when you were enemies, then He united your hearts so by His favour you became brethren, and you were on the brink of a pit of fire, then He saved you from it, thus does Allah make clear to you His communications that you may follow the right way” Ali-Imran 103

Subhanallah. Indahnya ayat diatas yang menceritakan betapa manisnya berukhuwwah dan bersatu di atas jalan Allah. Ibarat sebatang lidi yang begitu senang dipatahkan dan segemgam lidi yang amat sukar dipatahkan biarpun si pelakunya adalah insan sama. Lantas lihat diri dan bagaimana kita dalam berukhuwwah. Indahnya jika perjalanan hidup kita menuju redha Illahi diiringi oleh teman-teman yang soleh dan solehah, dengan hasrat yang satu yakni ingin ke syurganya. Betapa inilah salah satu nikmat yang besar jika Allah kurniakan kita dengan teman-teman seperjuangan begini. 

Alhamdulillah. Tanggal 28 september lalu, sempat juga memboloskan diri dari urusan dunia yang seakan tidak pernah habis dan berpeluang menyertai akhawatee fillah ke Rehlah SPM Day di Bagan Lalang. SPM stand for Syria Palestine Mesir. Ia adalah hari kami membuka minda dan hati untuk belajar sejarah tiga negara ini yang amat besar impaknya kepada dunia islam khususnya.

Sesungguhnya kemenangan Islam adalah apabila kita berjaya membebaskan 3 negara ini daripada musuh musuh Allah yang tidak akan berhenti memporak perandakan dunia Islam. Negara Palestine diuji dengan perang antara Islam dan kafir manakala Syria pula berhadapan dengan perang antara sunni dan syiah dan lebih memberatkan mata dan hati apabila menyaksikan perang yang berlaku di Mesir antara Islam sunni sesama sendiri. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul maka peranan setiap dari kita amat diperlukan untuk membantu mereka saudara saudara kita di sana. 



 

Apalah sangat dengan huluran doa di setiap kali solat. Jika bukan kita yang prihatin dengan masalah umat Islam yang melanda di sekitar dunia maka siapa lagi. Janji Allah benar. Islam akan menang satu hari nanti. Maka adakah kita akan termasuk dalam golongan yang menolong kemenangan Islam atau hanya golongan yang memerhatikan Islam menang tanpa berbuat apa-apa. Sungguh. Janji dan ganjaran Allah sangat besar bagi mereka yang membantu perjuangan Islam.   



‘’Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam surga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir). (Dikatakan kepada mereka): “Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman ”. Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas pelamin pelamin’’  Al Hijr  45-47




Main game perang. Pesan seorang ukhti, main biar bersungguh. Tanam dalam semangat andai kita yang berada di medan perang yang sebenar apakah yang akan kita lakukan. Memang, tak mampu untuk kami membayangkan situasi sebenar akan apa yang terjadi di sana. Bagaimana hidup mereka dihujani dengan peluru hidup setiap hari dan bagaimana mereka itu tetap utuh semangatnya kerana mereka yakin bahawa Muhammad itu Nabi dan Allah itu Tuhan kita. Wahai jiwa jiwa yang cintakan agama! Bangkitlah dari lena yang panjang. Bangkitlah untuk ummah yang memerlukan.


Sharing moment. Jika bukan kita yang peduli isu ummah maka pada tangan siapa harus kita letakkan tanggungjawab itu. 



Solat berjemaah. Subhanallah. Pertama kali solat di pantai. Tak terucap bibir melafazkan syukur dengan peluang merasai nikmat ini. Daripada tanah kita datang dan kepada tanah kita akan dikembalikan. Maka mengapa harus rasa hina dengan asal usul kita.   

Alhamdulillah. Terisi masa dengan sesuatu yang bermanfaat. Terasa untung diri yang hina bila Allah letakkan kita dalam Jemaah. Terasa keindahan berukhuwwah dalam keadaan beriman. Allah tak merancang sesuatu melebihi kehendak kita. Cuma perlu beri yang terbaik untuk kekal fokus dalam jalan ini. 




Islam pasti menang. Itu janji Allah. Tidak hari ini mungkin esok. Tiada siapa yang tahu. Namun bila Islam sudah berjaya mencapai kemenangan, dimana kita dan peranannya. Adakah hanya dalam golongan penyokong atau termasuk dalam golongan pendokong. Semoga Allah memberkati setiap gerak kerja kita kerana niatnya hanyalah untuk NYA semata.

Semoga terus tsabat di jalan dakwah [wahai]


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.