Sunday 9 November 2014

ICEPS10 : Join us and Be a part of new historic !

Assalamualaikum w.b.t

Salam hormat dan Salam kasih buat semua pengunjung setia blog ini. Alhamdulillah. Semester ini adalah semester yang sangat padat dan penuh kontroversi tersendiri dalam sejarah hidup penulis. Selama ini bila hidup sebagai seorang Junior, sering saja tabik hormat dan kagum bila melihat kepada pencapaian pencapaian Iceps yang mana penganjurnya adalah senior senior hebat Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Maka bila tiba Iceps ulang tahun kali ke 10 ini, rasa cuak gentar semangat gembira semuanya bercampur baur.

Pertama sekali, buat kalian yang masih keliru terutama kepada pembaca yang bukan dari USIM, tentu kalian tertanya tanya apakah gerangan Iceps yang sering saya canang di media sosial saya yang lain. Buat pengetahuan semua, Iceps adalah satu Final year project yang akan dilakukan oleh setiap pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat Tahun akhir sebagai ganti kepada penyediaan thesis untuk membolehkan seseorang itu bergraduasi, dan ia membawa maksud  yang lebih tepat Islamic Convention and Entrepenuership dan tahun ini adalah ulang tahun Iceps yang ke 10 dan ia akan dianjurkan oleh kami sebagai Pelajar Tahun akhir Fem.

Apakah yang dicanang dan keistimewaan di dalam Iceps10?

Pada penganjuran kali ini, ianya lebih istimewa dan Insya Allah akan tercatat dalam satu sejarah baru dalam catatan penganjuran Iceps sejak dari Iceps1 hingga ke 10 ini. Buat pertama kalinya, Iceps10 ini menjanjikan kelainan bilamana pesta konvokesyen Usim akan dianjurkan sendiri oleh pelajar pelajar iceps10 dimana sebelum ini Pesta Konvokesyen ini hanya akan dijalankan oleh golongan golongan tertentu sahaja. 

Iceps@Cfest ini bakal melakukan gabungan meletup dengan menjanjikan program program menarik dan insya Allah berilmiah buat semua. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dengan begitu banyaknya jerih perih yang telah dikorban setiap dari 406 ahli Iceps10 ini.

Persediaan untuk Iceps@Cfest ini telah dilakukan bermula daripada semester lepas dan pelbagai aktiviti preiceps telah berjaya dijalankan antaranya dengan menganjurkan Minggu Keusahawanan Mahasiswa dan pelbagai lagi program ilmiah seperti Bicara Ilmu, sembang santai, Bicara Simfoni, Sukan, Conference, Ceramah am dan sebagainya. 
Jadi, acara sebenar Iceps@Cfest akan bermula pada 12-16 November ini dengan pelbagai lagi sajian aktiviti yang menarik untuk para pengunjung sekalian. 

Dari Iceps10 untuk anda !








Datang beramai ramai dan jadi sebahagian daripada sejarah untuk Iceps 1 dekad. Jumpa anda semua disana okay !

Wassalam and till meet again.
currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.