Tuesday 6 March 2018

Biar Cuma Mimpi..


Kelmarin aku kurang bertenaga. Seharian di pejabat, otak tepu. Biasanya itu petanda akan migrain. Aku cuba rehatkan diri waktu rehat tengahari. Tapi tidur tidur ayam buat kepala bertambah sakit. Malam sebelumnya aku terlepas tahajud. Mungkin Allah balas cash sebab aku malas bangun.

Balik petangnya, aku segera bersihkan diri dan bergegas solat asar dan buat aktiviti ringan. Aku memang belum terbiasa untuk lelap petang sebab nanti konfem  bertambah lemau. Aku terlelap seusai menyediakan makan malam untuk mak ayah dan solat Isyak ..
Tersedar jam 3 pagi dek kerana sebuah mimpi ..

Mimpi yang sangat menginsafkan.
Mimpi yang sangat menakutkan.
Mimpi yang sangat menyedihkan.

K.E.M.A.T.I.A.N

Ya, aku bermimpi salah seorang ahli keluargaku dijemput kembali kepada DIA. Jelas dalam bayangan mimpiku kejadian tersebut sehingga aku tersedar dan mengigil gigil.
Semua orang tahu bahawa kematian itu berlaku secara tiba tiba. Tapi berapa ramai agaknya dari kita yang mengambil iktibar tersebut. Tazkirah yang paling menginsafkan adalah kematian orang orang sekeliling kita.

Kita sendiri pernah menyaksikan bagaimana sekujur tubuh terbaring kaku setelah malaikat maut menjalankan tugasnya. Kita sendiri pernah menyaksikan kembalinya seorang manusia, dikambus kedalam tanah, dan talkin dibaca. Kita tahu mati itu sakit. Tapi kenapa kita terlalu degil untuk mengikuti perintahnya.

Mati itu terlalu sakit
Didalam kubur terlalu sempit
Ular dan kala datang menggigit
Papan dan bumi pula menghimpit

SOLATLAH!
PUASALAH!
JAGALAH AURAT!



Nanti didalam kubur, menyesal sudah tiada gunanya sayangku..
Paling aku takut jika ahli keluargaku sendiri tak jaga solat, tak jaga aurat. Ya Allah ampunkanlah kebodohan dan kedegilan kami mengkhianati nikmatmu.
Semoga Allah sentiasa jaga hati hati kita.

Mati itu pasti, biar tiada siapa yang tahu bila masanya.
Namun ia tetap kan pasti.

Kepada para isteri, jangan terlalu bergantung sepenuhnya kepada suamimu. Nanti bila Allah ambil suamimu kembali, waktu itu terasa bagai bumi menghempap diri. Terasa hancur luluh seluruh jiwa.

Sungguh aku berpesan, anak dan suami adalah anugerah dan hadiah Dia. Namun jangan diletakkan 100% pergantungan dan pemilikan itu kepada mereka. Lambat atau cepat kita semua akan dikembalikan kepada Dia. Mereka adalah pinjaman.

Kiranya itu yang kita sematkan dari awal, pasti kita cepat redha akan perancangan Dia.
Mati itu pasti.

Kita tidak akan bersama suami selamanya.
Berdoalah Allah temukan kamu dengan suamimu di syurga.

Dan Bersabarlah.
Sesungguhnya orang orang yang bersabar itu ada tempat yang istimewa disisi Allah.





currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.