Showing posts with label curahan hati. Show all posts
Showing posts with label curahan hati. Show all posts

Sunday 22 September 2013

Dah ngape engko



Assalamualaikum.. 

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : “Rasulullah bersabda: “Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaannya, kamu semua tidak dapat masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu semua belum dianggap beriman sehingga kamu semua saling mencintai. Sukakah kamu aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu lakukan, maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah  ucapan salam sesama kamu.”
 (Hadis Riwayat muslim)

Selamat pagi. Eh pagi. Lihat jam. 3.03 pagi. Entah kenapa malam minggu yang indah ini, banyak pula dugaannya. Mata tak dapat lelap dan nasiblah ada yang menemani di sisi. Syukur. Beberapa kejadian yang berlaku memang banyak melemahkan semangat. Kalau bukan Allah yang kupahat di hati, mungkin diri yang hidup setakat roh yang kosong. Subhanallah. Terlalu banyak petanda kebesarannya yang jika kita renung pastilah semakin bertambah tahap keimanan diri. 

Dalam mengharungi setiap saat liku-liku hidup, aku pasti bersyukur bilamana aku diuji dengan dugaan yang aku tak mampu tanggung sendirian, pasti akan ada yang di sisi. PASTI. Walau Cuma seorang yang hanya mampu duduk dan melihat aku, aku sudah cukup bersyukur. Rupanya Allah itu tidak tinggalkan aku sendirian tanpa arah tuju. DIA pasti hadirkan pertolongan walau tanpa aku sedar.

Sejujurnya, tiada sebab untuk aku bergundah gulana. Cuma, in some cases, kejadian pelik yang berlaku di sekeliling dan terjadi kepada insan-insan sekeliling banyak menyedarkan aku dan menakutkan sebenarnya. Heheh hanya berharap diri kita sentiasa dijaga oleh DIA yang Maha Kuasa. Islam telah mengajar kita untuk menjaga diri sebaiknya. Jangan kita tinggalkan al-quran terlalu lama. Jangan terlalu bersuka ria tanpa sebab. Cuma terpulang bagaimana pelaksanaan kita.

Aku hanya berharap insan-insan yang diuji dengan dugaan sebegitu sentiasa tabah dan kuatkan diri. Semuanya dalam kehendak dia Yang Satu. Kuatkan semangat dan teruskan mencari kekuatan yang hanya lahir hasil dari dekatnya kita dengan DIA. Allahuakbar. Semoga Allah menjaga diri kita semua dalam segala macam hal. Aku ini wanita yang kuatnya bukan seberapa. Syukurlah. Sahabat sentiasa di sisi. Mengharungi setiap apa yang berlaku bersama-sama. Indahnya silaturrahim apabila telah mula terasa kasih bersemai di dalam hati. Dan itulah yang aku rasa dengan mereka ini. 

Aku baca hadis berkenaan meluahkan cinta dan sayang kerana Allah untuk mereka. Senyum. Sambil kata sweet kan. Padahal aku nak kata aku cinta mereka kerana Allah. Ceh pandai. Semoga kalian yang membaca akan terasa dengan manisnya ukhuwwah dengan insan-insan sekeliling anda. Jaga dan peliharalah hubungan itu kerana hadir mereka dalam hidup kita akan lebih memaknakan perjalanan di dunia ini.

Selamat mengatasi ketakutan dengan mendekatkan diri pada NYA. Till then, wassalam.

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Thursday 12 September 2013

Inspirasi dari hobi zaman kecik



Assalamualaikum.. 

Rindu nak berblogging sentiasa ada dalam hati. Kadang-kadang kaedah menulis sangat membantu aku untuk melepaskan tekanan dan melupakan masalah dunia buat seketika. Dulu masa kecik aku sangat layan baca novel jadi cita-cita aku nak jadi novelis. Perrghh maka bermula dari aku kecik tu lah aku ada satu buku log untuk cerita-cerita mengarut aku. Cerita yang tak ada opening dan ending sebab selalu tergantung dek kerana imaginasi si kecik macam aku masa tu selalu bertukar,  jadi hero heroin dan plot cerita selalu berubah-ubah. Kiranya tu hobi masa kecik aku la tu Hah hah hah tapi sekarang impian entah kemana, buku buku aku dulu pun dah masuk gua mana ntah. 

Niat nak buat blog dah tertanam sejak dulu. Aku suka menulis. Dan aku suka berkongsi apa yang aku rasa betul. Tapi kadang-kadang aku tak suka orang baca tulisan aku. Gila bukan. Rendah diri, mungkin. Sejak minat berblogging, aku admire ramai blogger. Malah aku tengok team blogger ni boleh jadi bestfriend semata-mata kerana 1 benda. BLOG. Sejak saat tu aku notice 1 benda, perkara yang kita suka buat, kalau kita lakukan sepenuh hati  mesti akan bagi manfaat pada kita. Padahal benda tu kadang-kadang simple je. Contohnya kalau kita suka online. Memang betul-betul suka online sampai dah tak dengar orang nasihat masa itu emas bla bla bla.. kita boleh manfaatkan minat beronline kita tu dengan berbisnes. Duit masyuk dan hati pun senang. 

Bagi aku ada hobi sangat meneyeronokkan. Nama pun hobi kan. Hobi tu benda yang kita selalu buat dan suka buat kalau kita tak ada buat benda lain. Aku selalu gelak bila ingat balik zaman kecik-kecik dulu. Bila cikgu suruh kenalkan diri mesti cikgu ada tanya hobi kita apa. Dan jawapan kita mesti common dengan semua orang. Baca buku, tengok tv, main bola sepak, menyanyi. Aku suka cakap hobi aku memasak walaupun bukan sedap pun air tangan aku. Kah kah kah

Terfikir dak sebab apa orang suka tanya kita apa hobi kita. Orang akan nilai dan kenal diri kita dari apa yang selalu kita buat. Kalau hobi kita membaca, oh ni mesti budak pandai. Kalau hobi kita bermain, oh ni mesti budak aktif. Tapi tak semestinya betul lah. Sekurang-kurangnya bila kita ada hobi, bermaksud kita ada satu benda yang kita enjoy dalam life ni. Seronok kan buat apa yang kita enjoy dalam dunia ni.  

Dan hobi aku yang paling dominan buat masa ni adalah berangan. Hah hah hah. Sebab tu cita cita nak jadi penulis ppffttt. Apapun aku sangat enjoy bila hidup ada benda yang kita suka buat. Asal benda tu tak melanggar syariat dan peraturan yang Allah dah tetapkan untuk kita, kita bebas untuk buat apa saja. Anda anda dan anda yang sedang membaca, selamat menikmati hidup ini dengan penuh rasa syukur dan enjoy your life with the right way. 

Kalau bukan Allah itu Tuhan ku dan Muhammmad itu Rasul ku, sudah pasti Latifah Ilyana Ibrahim adalah insan yang hanya kosong dan sepi jiwanya.  Till then, wassalam !

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Tuesday 30 April 2013

Don't love others until you love your parent



Episod luahan hati jarang sekali

Manusia. Kenapa diagungkan cinta itu. Cinta yang membutakan. Cinta yang menjauhkan.Kenapa dipegang pada azimat kata palsu itu. Kenapa dipercaya pada cinta yang belum pasti milikmu. Kenapa di puja pada cinta yang belum pasti halal buatmu.

Allah. Berishtigfar. Aku lupa. Hati itu Allah yang pegang. Cinta adalah kuasa besar yang mampu merubah dan  mengambil alih hati manusia.  cinta yang baru terlihat di mata mereka sehingga mereka melupakan cinta yang sudah lama  tersemai  dalam diri mereka. Cinta itu telah menjadi milik mereka awal dulu. Saat si penghantar cinta itu dikhabarkan ada nyawa kecil yang diusung ke hulu ke hilir. Saat si penghantar cinta memeluknya erat mendodoi dan melindungi pemilik sekeping hati daripada keriuhan dunia ini.

Betapa istimewanya dua buah cinta itu yang kini  ada manusia melupakan mereka hanya  kerana ada cinta baru yang mengambil alih posisi itu. Betapa sayunya mata si tua itu melihat satu persatu kecintaannya beralih arah mencari cinta yang lain. Remuk redam hati si tua itu melihat kecintaannya  yang lama pergi dan tidak kembali. Siapa tahu hati si tua itu. Mereka mahu kecintaan mereka. Kembalikan cinta aku ! mungkin itu bisik si tua. *kesat air mata*

Beginilah hati ini. Bila tiba tarikh ini pasti begini. Hilang dalam dunia sendiri. Memikir dan mengira siapa kecintaanku. Di mana mereka berada. Apa wujud aku di hati mereka sebagaimana mereka wujud di hati aku. Mereka yang jadi kecintaanku, adakah sibuk juga mengejar dan mengharung cinta sia-sia dan mengabaikan cinta yang setia di sisi mereka. Cinta yang pasti halal buat mereka.  Adakah kecintaanku juga begitu. Senak fikiran ini memikirkan.

Allah. Rindunya aku pada mereka yang pernah hadir dalam hidup ini. Terima kasih Allah. Engkau memberi diri ini peluang, masih lagi bernafas dengan anugerah kurniaMU yang Maha Agung.

“Then which of the favours of your Lord will you deny” Ar-Rahman

Terima kasih Ya Allah. Engkau menghadirkan aku dengan rasa cinta tak terluah ini buat mereka yang pernah hadir dalam lipatan sejarah hidupku. Mereka yang jauh dan hilang dalam hidupku. Mereka yang gagal ku ingat wajah-wajah mereka. Mereka yang menolak aku jauh dari hidup mereka. Mereka yang cuba ku pimpin tangan mereka namun tak terdaya melangkah bersama. Ampunkan aku atas kekhilafan ini. Engkau sebaik-baik penolong dan pelindungku.

“Unto Allah belongs the dominion of the heavens and the earth. He gives life and He takes it. Except for Him you have neither protector nor helper” At-Taubah 116

sesak dada bila diasak dengan rasa ini. Rama-rama mati. Hidup. Terbang bebas. Dan mati kembali. Allah. DIA benar-benar menguji janji yang aku lafazkan. Laratkah daya usahaku bertahan untuk menampung hebatnya anugerah indah kurniaan NYA. Terima kasih Allah. Ternyata aku masih manusia normal yang punya rasa. *Senyum* 

belum tiba masanya. lawan atau kecundang. Itu perjuanganku. Syaitan tidak pernah lupa menitik jarum jarum kecil menghasut manusia yang lupa dan leka.   Jangan tinggalkan aku. Selama lamanya jangan tinggalkan aku duhai Rabbi.. *usap dada*

psssst : sayangi ibu bapamu. Mereka merindukanmu. Kembali kepada fitrah. Genggam dan jangan lepaskan tangan tua mereka. Sehingga bertemu lagi. Wassalam..




currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Tuesday 15 January 2013

2013 PROPER GREETINGS



Assalamualaikum ..

15 Jan 2013. Oh GOD. Still in January. How I wish I can update earlier about this. Happy new year. Happy 2013. Selamat tahun baru. Happy happy. Are you happy? I am happy. Hope you so. I just finished my last paper a few days ago. Bahagianya dapat cuti. Lihatlah dunia. 

Tak sempat nak listkan azam 2013 sebab busy focus on my final. Sangat busy sampai nak pitam. Sampai aku rasa life apekah ini, tak interesting langsung. So I just let 2013 came in while open the Malaysian Economic book dan telinga berdarah dengar jiran india sebelah blok duk main mercun pongpang pongpang. So, how’s my 2012 ended. still wanna talking about 2012. *mintak ampun*  I just feel that when I grow up and older, I can still looking at the past while reading this. 

2012 really taught me a lot. How to be more matured. How to appreciate our love ones. How I wiped the tears calmly. And how I learn to love my family well. I really love 2012. Tahun yang melengkapkan usia aku menjadi 20. Tahun di mana aku berjanji yang aku akan berubah menjadi manusia yang lebih baik. Dan Dia menjadi saksi. Air mata yang mengalir kerana sebuah perubahan dan pengorbanan. Perubahan dari titik yang lama. Berazam untuk memulakan hidup yang baru dengan restu mak dan kakak tercinta. Dan kata-kata sinis yang menyapa, sumpah telah aku telan dan jadikan azimat berharga.

It’s happen during 2012. Someone yang I let my feeling grow towards that person  told me about Solehah and a true muslimah. My heart beats so much. That’s the first stage how I open my heart to see this world more wide. And soon I told my naqibah about that and she called me. When I looked at the past, it’s such a really precious moment to me. Talking to her while wiped the tears.
True what she said. “change yourself when you’re ready and not because the other person’. 

Berubah kerana Allah yang membuka mata hati kita. Nanti biarkan orang yang mengejek dan menghina kerana itu salah satu jalan Allah menguji. Yup. Allah hantar mereka berdua untuk merubah pemikiran sempit ini dan untuk mengajar diri ini supaya melihat betapa besarnya dunia ini.

List bestfriend “my besties” juga bertambah di 2012. I know a lot of people and learn from different types of person. That feeling is great. It’s not an easy to enter my heart and became the list in my besties. But I’m glad to say that many people succeeded to open my heart. Mereka yang masuk dalam senarai nama-nama yang disebut dalam doa. Mereka yang akan aku ingat kerana kebaikan memberikan gelak ketawa di saat aku bertapa dalam tangisan. Thanks to you, you and you. I Keep it as a secret as long as Allah knows who is it. Enough.

Manis akan hilang. Pahit juga akan dikenang. Itulah kenangan. Selamat tinggal memori 2012. Selamat tinggal masa lalu yang indah. Selamat tinggal usia 20. Moga benarlah apa yang dikatakan, Allah tidak memandang betapa banyak usiamu tetapi sejauh manakah kamu berusaha untuk melengkapkan masa mu itu dengan sesuatu yang berharga.

P/s: Alhamdulillah. Azam tercapai dengan izin Allah. Dan ada azam yang lebih besar dari itu. Doakan! 




SELAMAT TAHUN BARU 2013 MOGA TERUS JADI MUSLIM BERJAYA MENUJU MARDATILLAH

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.