Wednesday 7 March 2012

My 'green' buddy


Orang kata tak kenal maka tak cinta
Tapi aku dah berkali-kali kenal dan berkali-kali juga aku jatuh cinta
Seriously,aku lupa camana our conversation masa mula-mula get to know each other time tu
Yang aku ingat Cuma time kami berpisah on 24 April 2011
Dan ingat lagi memang merembes semua air mata,air hidung dan air peluh.. :P
Segan lak dengan yang datang fetch up dia time tu
Tapi itulah hari terakhir kami dapat spend time together,
Peluk bantal busuk bersama, buat bising bersama dan nangis bersama

Dan selepas hari itu sememangnya dah jarang contact
Nak jumpa lagilah..hareemmm!
Hari ni bila demam dek perasaan baru terfikir nak contact dia
Jahat kan..sorry awak! Then dengar suara dia memang kasik semangat yang down datang balik..
And at that time rasa nak terbang pergi sebelah dia
Dengar suara dia yang memujuk dan berpesan suruh kuat memang sangat sebak
If dia ada kat sini kan best..tapi ini bukan ‘if’
This is reality, dan aku pun tak berapa gemar nak ‘berkalau-kalau’

Sememangnya dia seorang pendengar dan pemujuk yang baik
Dulu time having a problem, memang aku akan cari dia dulu
Dan rasanya dia pun dah faham diri aku macam mana
So tak payah nak cakap banyak-banyak
Nak explain segala bagai
Dan memang la aku sangat rindu time ‘dolu-dolu’

Tapi dia tak ada kat sini
Tak ada kat usim terchenta ni
Dia tak ada kat KK1 ni
Hatta kat Nilai pun tak kan nampak lagi bayang muka dia
Bidang berbeza,impian berbeza dan harapan berbeza..
Menyebabkan kita terpisah jauh
Walau masih dalam Malaysia tapi bila dah jauh memang jadi renggang sikit
Lain la dulu.. tiap hari jumpa.


Memangla sangat rindu pada dia!

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Wednesday 29 February 2012

Amanah


 Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

-Surah Al Ahzab : 72-

Ayat ttg amanah yg Allah s.w.t timpakan kpd kita semua ini yg hidup selaku makhluk di bumi Allah. Mengikut ilmu usuluddin makhluk yg hidup di bumi Allah ini ulama tauhid bahagikn kpd 4 golongan makhluk

• Makhluk yg berakal dan bernafsu (manusia & jin)
• Makhluk yg berakal tetapi tidak bernafsu (malaikat)
• Makhluk yg tidak berakal tetapi bernafsu (haiwan/binatang)
• Makhluk yg tidak berakal dan tidak bernafsu (gunung,bukit,langit,bumi)

Manusia makhluk yg berakal dan bernafsu.Sbb itu manusia ditaklifkn dgn amanah oleh Allah. Kita hidup di atas muka bumi dgn 5 amanah yg kita pegang drpd Allah. 5 amanah ini Allah Taala letakkan khusus bt makhluk yg bernama manusia. Binatang tak perlu solat, puasa, kenal Allah, kenal Rasul sbb binatang tiada akal.

Ulama menyebut kalaulah makhluk yg bernama binatang, Allah letakkn ke atas binatang ini amanah sebagaimana manusia, pasti binatang yg akan memenuhi masjid, tempat pengajian agama sbb ini nk mengaji, nak tahu perintah Allah..

5 amanah dr Allah kpd manusia
• Amanah dgn Allah Taala
• Amanah dgn Rasulullah s.a.w
• Amanah dgn mualim(guru)
• Amanah dgn ibu bapa
• Amanah dgn masyarakat

AMANAH DGN ALLAH S.W.T

Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada Rasul-rasul): "Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku".

Surah Al Nahl : 2

Wajib ke atas manusia yg hidup di muka bumi mengenal Allah s.w.t. akibat manusia tidak mengenal Allah berlaku perkara2 yg merosakkn hidup manusia. Manusia tidak mengenal Tuhan itu adalah Allah Yang Maha Berkuasa..Allah m’azab mana2 yg ingkar perintahNYA. Berpunca dr manusia tak knl Allah,maka tiada perasaan tkt manusia itu kpd Allah.

Macam mana nk jadi suami kalau ilmu agama pun tak pndai. Mcm mana nk ajar isteri. Allah yg m’jadikn alam ini dan seluruh isinya termasuk kita..Tapi kita ni boleh tak kenal Allah..Nauzubillah Min Zalik. Masyarakat sekarang ni susah nk cari yg menitik beratkn psl agama utk dijadikn suami/isteri.Org tua kita dulu, sebelum nk kawinkan ank2 mereka, mereka akn bertanya dulu psl agama dgn bkl menantu mereka..zaman skrg bertanya jgk. Tapi kebanyakkan mementingkn kebendaan..Tanye bkl menantu keje ape..bab agama jrg tanye

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Surah Al ahzab : 21



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Monday 27 February 2012

Ahli keluarga baru



alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH..yang MAHA PEMBERI REZEKI.. 22 02 2012 adalah hari dimana aku selamat menerima anak sedara yang ke 19 maybe..ker 18 kot?haru bila dah ramai sangat.bikin selalu lupa.. btw congrat to my beloved brother and his wife for their first baby..

yaALLAH..memang comel.indahnya ciptaan ALLAH.Danish suci tanpa dosa.rasa sayang sangat bila tengok.btw,mok na doakan Danish jadi anak yang soleh,bila dah besar hormat orang tua dan jadi orang yang berguna pada agama.





my dear muhammad danish syahmi bin Umran

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Sunday 2 October 2011

Sebak Tangis Palestine


Sudah tidak mampu untuk  mengungkap kisah dalam derita ayah dan ibu di Palestin. Kelu sudah lidah untuk bicara perihal penderitaan keluarga di sana. Tersangat hampirnya mereka kepada diri kita, sehingga kebanyakkan waktunya teringatkan mereka.

Makanan yang disaji di hadapan mata, hampir tidak terasa seleranya. Biarlah ungkapan ini barbaur emosi. Sedangkan setiap suapan ke mulut ini, terasa kosong.

Hati bagai dicarik-carik.1 muharram 1430 yang lalu disambut dengan esak tangis. Mana mampu menahan tangis. Melihat jasad-jasad muslimin seakidah bercarikkan. Dirobek-robek jasad-jasad mereka..hancur lumat .Saling tidak tumpah sebagaimana yang dilaungkan oleh paderi kristian ketika mendengar perkhabaran kejatuhan kerajaan Monggol di Baghdad; “Biarkan anjing-anjing itu dipijak, dikoyak-koyak dan dipotong-potong oleh musuh mereka, Nanti, kita bangunkan atas runtuhan itu dengan ketamadunan kita.”

Arghhh...Apa akan ku jawab di depan ALLAH  Sedang melihat nasib saudara seakidah di rakus yahudi laknatullahi alaih. Mereka yang berkuasa memerintah, tuli melihat kekejaman zionis laknatullahi alaih. Mereka yang mempunyai pemutus harga komoditi “hitam”, ketakutan bersuara atau menghantar bantuan berupa senjata. Itulah wajah-wajah muslimin kini. Terus tunduk kepada zionis. Hanya bijak mengeluarkan suara bantahan, supaya memperolehi kasihan belas daripada “musuh umat Islam”. Sehingga kepada merayu; “pimpinan dunia harus memainkan peranan”.

Paling menyedihkan, kita meminta simpati kepada pendokong yahudi zionis yakni amerika syarikat agar menaungi proses pendamaian. Sedangkan umum mengetahui, bahawa amerika syarikat adalah penyumbang USD 30 billion (tahun 2007) bagi sumber pensenjataan negara haram israel.

Beban ujian buat para syuhada Ghazza kami sambut. BALDATUN THOIIBATUNN WA RABBUN GHAFFUR.. Walau dilihat mata yang kasar, bumimu Palestin dimandikan darah. Tetapi, ditempat tumpahan darah para syuhada itulah bumimu Palestin penuh keberkatan. 

apa pula usaha kita wahai tuan? Masih menangisi nasib diri? Berkira-kira membuat persiapan menyambut tahun baru masihi? Merasa selesa dan hanya berkata; “Kesian sungguh Palestin, tetapi apakan daya kita...”..Seketika kemudian, kita berterusan bergelak ketawa, seolah-olah tiada apa-apa yang menimpa para saudara rafiq kita di bumi Palestin.

Duhai para ibu dan ayahku di bumi Palestin, kami mengenangi, kami mengatur menyerah memorandum kutukan dan hinaan kepada rejim zionis laknatullah beserta tali barut mereka.

Dalam surah Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Orang -orang yang beriman berperang di jalan Allah dan Orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kuncu-kuncu syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.”



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.