Saturday 10 March 2012

Rahsia erat ukhuwah

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,

 doa ini seharusnya menjadi medium untuk merapatkan ukhuwah 
doa ini seharusnya menjadi titik permulaan untuk merasa manisnya 
  berkasih  sayang kerana ALLAH
doa ini yang sepatutnya mengikat hati-hati kita
 doa yang membuahkan rasa rindu sesama kita
  moga ALLAH redha.

"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (surah Al-Anfal: ayat 63)
currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Permataku untuk ibu dan ayah

Bila rindu mak ayah,memang mood dengar lagu ni saja



Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...


Permataku by mirwana
currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Dakwahkah itu?

Assalamualaikum.. 

Berbicara tentang dakwah tak kan lari dari nak sentuh juga bab tentang ukhuwah. Apa guna berdakwah jika tak mampu membina ukhuwah, Dan sangat manis kiranya ukhuwah yang terjalin semata-mata hanyalah keranaNYA.. Dan memanglah sangat respect pada mereka-mereka ini.

Yang mana hatiNYA telah dikait oleh ALLAH untuk melakukan kerja-kerja dakwah Jauh dari segala kekotoran akhir zaman. Jauh dari bermacam agenda jahat. Namun tetap istiqamah membelah cinta ALLAH.. Sungguhlah hati itu ALLAH yang pegang. Tapi awas! Setiap dari kita pun sepatutnya tahu dimana peranan kita “jika tak mampu memberi seguni beras,berilah walau secubit gula” Kita adalah manusia + kita adalah khalifah = manusia adalah khalifah.

Manusia = kita

Makanya tugas khalifah adalah menyeru kearah yang baik dan mencegah segala yang mungkar. Maknanya setiap dari kita harus melakukan kerja dakwah. Makanya lagi kita harus berusaha untuk melakukan kerja dakwah..

Tatkala orang lain berkejar-kejar mencari Redha, engkau terhegeh-hegeh di belakang dan merasakan masih ada waktu lagi yang menunggu. Kamu yakin ke masa akan menunggu.

Sumbanglah walau sedikit dan yang sedikit itu jika dikumpul akan membentuk satu kumpulan yang besar juga dan bayangkan juga betapa ramai yang ‘sedikit’ ini ALLAH dah sudi nak sentuh hati. Moga dalam proses belajar itu nanti akan terbentuk ukhuwah yang ALLAHUAKBAR sangat manis.. Orang tak rasa dia tak tahu Kalau nak rasa kenalah ambik tahu.. semoga beroleh keredhaan Allah s.w.t..

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan".

[ Imam Hassan al-Basri]





currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Friday 9 March 2012

Jom Mutabaah Amal

pernah buat mutabaah amal? if you have decided to change yourself for good but still do not know how to start then I suggest you to try this one.It will guide you.believe me! tapi jangan hangat-hangat tahi itik sudah la.ini hanya sebahagian yang basic.boleh tukar sendiri ikut suka nak buat apa.

 
LIST TO DO
A
I
S
R
K
J
S
SOLAT SUBUH BERJEMAAH
BUKAN DI MASJID







DI MASJID/SURAU







SOLAT ISYAK BERJEMAAH
BUKAN DI MASJID







DI MASJID/SURAU







SOLAT SUNAT 12 RAKAAT
(TAK TERMASUK TARAWIH)
SEKURANG-KURANGNYA 2 KALI SEMINGGU







WIRID MATHURAT
(SEKURANG-KURANGNYA SEKALI SEHARI)







TADABBUR QURAN
KURANG 1 JUZUK







TADABBUR QURAN
LEBIH 1 JUZUK







QIAMULLAIL DI AKHIR MALAM SEBELUM FAJAR
(SEKURANG-KURANGNYA SEKALI SEMINGGU)







SURAH/AYAT YANG SEDANG DIHAFAL ATAU DIULANG HAFAL MINGGU INI







AYAT QURAN TERAKHIR DI MANA ANDA BERHENTI TILAWAH MINGGU INI
NO. JUZ


NAMA SURAH


NO. AYAT



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.