Sunday 26 August 2012

Raya dan family (entry banyak gambar)

Salam lebaran daripada kami sekeluarga. Harap dimaafkan kekhilafan kami yang lalu. malas nak cakap banyak. wa penat wa penat! . dah raya jangan lupa puasa enam. ^_^


my big family. 2 keluarga tak ada. sorry. gambar anda tiada dalam senarai. ha ha

raya 2012
family kak long
family abang Yu
family abang ngah
family kak nik
family abang teh
family mawie
kami yang masih bujang. buat team sendiri :)
lebiuu sisters

maness nya
mak ayah 
adik bongsu dan abang bongsu

"and when your Lord made it known : If you are grateful, I would certainly give to you more, and if you are ungrateful, My chastisement is truly severe" surah Ibrahim 7

psstt : penat cari gambar abang chik sefamily. tak jumpa. coming soon.


SELAMAT HARI RAYA 



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Happy hari raya


Assalamualaikum

The Beneficient Allah, taught the Quran, He created man, taught him the mode of expression, the sun and the moon follow a reckoning, and the herbs and the tress do prostrate (To Him). And the heaven, He raised it high, and He made the balance. That you may not be inordinate in respect of the measure. And keep up the balance with equity and do not make the measure deficient. And the earth, He has set it for living creatures, therein is fruit and palms having sheathed clusters, and the grain with (its) husk and fragrance. Which then of the bounties of your Lord will you deny? “
AR-RAHMAN 1-13

Surah yang menyentak hati  bagi penggemar tegar love letter from Allah. Surah yang mengajak kita untuk menjadi hamba yang bersyukur. Alhamdulillah. Masih diberi nikmat Iman dan Islam yang paling hebat untuk dikecapi.

Coretan syawal 1433 hijrah

Raya tahun ni lebih meriah berbanding tahun lepas tapi 2 tahun sudah lebih meriah.ramai abang dan akak kita giliran di rumah kita. Jadi raya pertama boleh dikatakan lebih meriah sikit.  Adat lah dah kahwin, kena tunggu turn beraya. Tunggulah next year, senyap sunyi. Oh tak sanggup. Btw hari raya macam biasalah. Part yang best bila family semua kumpul ramai-ramai. That is the value. Yang paling tak cukup tangan adalah kami yang perempuan. Tidur lambat dan bangun awal. Itu sudah biasa. Raya tahun 2012 dengan pertambahan ahli keluarga yang baru. Hi peeps, kami selamat menerima ahli keluarga yang ke 41. Semoga Allah terus merahmati kami dan memberi kebahagiaan kepada kami.

Syawal adalah kemenangan bagi yang kuat menahan godaan di bulan Ramadhan. Tahniah bagi yang berjaya mencapai matlamat anda Ramadhan yang lalu. Kalau nak diingat balik, zaman kecik dulu, raya paling dinanti. Sebab boleh main bunga api, ada orang pasang pelita, dapat baju baru, boleh menepek buat kuih raya and then pergi beraya dari rumah ke rumah  sebab nak collect duit raya.  Itu zaman kecik. Maknanya tentu tak sama bila umur dah makin matang. Kegembiraan menyambut syawal zaman kecik-kecik juga tentunya berbeza. Maka kami juga tak terkecuali untuk meraikan erti gembira anak-anak kecil di rumah ini. Biar mereka juga dapat rasa apa yang kami rasa. Malam raya rumah tok ayah macam nak pecah.








yang lebih meroyan adalah auntie-auntie. bila sepupu-sepupu bertemu, aduh kami nak pengsan. mana nak layan yang tu menangis. mana nak kejar yang tu masuk semak.  [mengeluh]










kakak fatihah je ada. kakak hajar belum sampai :)


and lastly lepas diorang dah penat sepahkan laman rumah, aku hambat diorang naik rumah. kalau tak kena hambat, aku rasa ada sampai ada orang yang tak leh bangun di pagi raya. itu aje method yang ada.



tinggallah aku terkebil-kebil menyapu rumah seorang diri. lessonnya, malam raya sila kawal diri masing-masing.



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Tuesday 14 August 2012

Siti Khadijah serikandi Islam


Anas berkata “ Jibrail datang menemui Rasullulah. Ketika itu Khadijah berada disisinya. Beliau berkata kepada Khadijah, “Allah mengucapkan salam kedamaian kepada Khadijah.” Maka Khadijah menjawab, “Sesungguhnya Allah adalah kedamaian. Semoga kedamaian, rahmat, dan berkatnya tercurah ke atas Jibrail serta keatasmu.”

SIAPA SITI KHADIJAH?

Beliau dilahirkan pada 15 tahun sebelum tahun gajah. Keturunan yang baik, mulia dan berkedudukan tinggi. Bapanya  Khuwailid bin Asad bin Abd al-uzza, saudara Abdul Manaf. Ibunya Fatimah binti Zaidah. Nenek Khadijah bernama Halah binti Abdul Manaf. Abdul Manaf adalah datuk ketiga kepada Nabi Muhammad. Salasiah Khadijah bertemu dgn salasiah Nabi Muhammad sebelah moyangnya, Qushai bin Kilab.  Wanita mulia ini berkahwin dgn Rasulullah ketika usianya 40 tahun.  Dialah Ummul Mukminin, pendamping pertama Rasulullah, duta muslimah pertama, sahabat wanita pertama dan kekasih yang utama. Subhanallah, pena ini diangkat kerna mengagumi kecintaannya terhadap kekasih agung, kerna merindui inspirasi iman dan ketabahannya. Duhai At-thahirah, sungguh aku mengasihimu. 

Engkau pilihan Allah untuk mendampingi manusia paling agung. Allah memilihmu untuk menjadi isteri, ratu hati, pendokong, penasihat, serta pendamping utama Rasulullah. Engkau satu-satunya yang hadir menyaksikan waktu  wahyu pertama diturunkan. Kala nabi diangkat menjadi rasul dan pada awal turunnya al-Quran, tetap kau yang ada di situ.  Ramai yang sudah arif akan kisah pernikahannya dengan Rasulullah S.A.W.  Sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad, Siti Khadijah berkahwin dengan Abu Halah bin Zararah bin Nabasy at-Tamimi. Abu Halah meninggal dunia dgn mewariskan harta yang banyak.  Masa berselang, beliau bernikah pula dgn Atiq bin Aidz al-Makhzumi. Namun Atiq juga dijemput Allah selepas itu. Ramai yang melamar wanita mulia ini selepas kematian suaminya, namun Khadijah menolaknya. Rupanya, Allah sedang mengaturkan pernikahan yang paling agung bersama insan mulia pesuruh Allah. 

Khadijah hidup dalam pelukan kedamaian di sisi Nabi Muhammad sebelum turunnya wahyu. Apabila bermula zaman kenabian Nabi Muhammad, beliau turut sama memikul beban penderitaan dalam menempuh jalan dakwah. Kemudian, ada ketikanya Rasulullah suka berkhalwat . Jika insan biasa, sudah tentu dihalang kerana perasaan semulajadi wanita yang tidak ingin berpisah lama dangan si suami tercinta. Namun, Khadijah memang berbeza, dia malah merelakan pemergian suaminya dengan rela hati bahkan beliau yang mendorong Rasulullah supaya berkhalwat untuk mencari kebenaran.
Sungguh, aku makin meminatimu. Engkau yang memiliki kecerdasan, kebesaran jiwa, dan hati yang mulia. Engkau yang menyiapkan keperluan Rasulullah tika baginda beribadah di Gua Hira, engkau yang mendampingi Rasulullah saat baginda dikecam musuh Allah, engkau yang mengorbankan masa dan harta untuk bersama Rasulullah. Sungguh mulia dirimu wahai ummul mukminin.  Engkau ibu kepada putera-puteri Islam. 

“Engkau yang pertama beriman,
Engkau yang pertama percaya,
Engkau yang pertama solat bersama Rasulullah sebelum solat 5 waktu diwajibkan”

Tidak terkira banyaknya bantuan dari Khadijah untuk suami tercinta. Serangan orang-orang Quraisy  yang tidak pernah jemu menganggu dakwah Rasulullah. Khadijah yang menghapuskan segala kesedihan dan kegundahan di hati Rasulullah sehingga baginda menemui ketenangan dalam diri Khadijah.  Lihat bagaimana tabahnya wanita mulia ini ketika terjadinya pemboikotan di kawasan Syib apabila tempat itu dikepung selama 3 tahun, dugaan dalam bentuk kelaparan dan keletihan tetap ditangani dengan sabar walau usia beliau mencapai 60 tahun. 

Wajar kiranya wanita suci ini mendapat penghargaan oleh Allah dan seluruh umat Islam atas kehebatannya menjadi pendorong kepada Nabi Muhammad.  Wajar kiranya jika engkau menduduki tempat di dalam hati ini. Bagaimana mungkin tidak kami letakkan engkau si penghuni syurga di dalam hati kami sedangkan engkau telah melakukan perkara yang terbaik dalam usaha penyebaran Islam. 

PEMERGIAN KHADIJAH

Bonda para Mukmin dan isteri manusia paling agung berangkat pergi menuju ke sisi Tuhannya. Wanita abadi yang mempersembahkan pertolongan dan kasih sayangnya terhadap Islam.  Tahun wafat Khadijah adalah  tahun yang sangat memeritkan dan menyakitkan bagi kekasih agung, kehilangan dua cinta hati, isteri tercinta dan bapa saudara yang dikasihi Abu Talib.  Khadijah binti Khuwailid pergi setelah panji perjuangan diserahkan kepada puteri Islam yang suci dan dihormati, Fatimah Az-Zahra. 

Ya Khadijah, pergimu dianggap tahun berduka bagi Rasulullah
Tetapi Allah menetapkan pemergianmu setelah Allah meneguhkan dakwah suamimu
Engkau wanita terbesar berangkat
Setelah berkongsi kesedihan dan kesulitan yang berat
Hilanglah segala penat yang menyinggah
Hilanglah segala sakit yang menyerang
Engkau wanita terbesar berangkat
Dengan tangis Rasulullah
Kerna engkau yang dicintainya
Beruntungnya dirimu wahai mawar agama
Rasul memilihmu kerana dirimu pilihan Allah
Engkau memberikan Rasulullah saat yang lain tidak mahu memberikan
Engkau menolong Rasulullah saat yang lain meminggirkan
Engkau membenarkan Rasulullah saat yang lain mendustainya
Engkau melimpahkan kasih sayangnya saat yang lain membencinya

Khadijah, perempuan lurus yang dipilih Allah. Kini Khadijah sudah pergi. Malah sejak pemergiannya, ia sudah berabad lamanya. Kita tidak pernah menemuinya, malah  tidak pernah mendengar untaian bicaranya,  jua tidak pernah menatap wajah kasihnya namun kita tahu dalam sejarah Islam pernah hadir seorang wanita pilihan Allah yang paling mulia. Dia dikuburkan di Ma’ala. Khadijah meninggal dunia pada usia 65 tahun, tiga tahun sebelum hijrah, sebelum peristiwa Isra Mikraj, sebelum turunnya perintah solat lima waktu, iaitu pada 11 Ramadhan, selepas Bani Hasyim bebas dari pemulauan kaum Quraisy.
Khadijah meninggal dunia setelah menunaikan tugasnya mendampingi RAsulullah, menyokong, menyelimuti, membenar dan merperteguhkan perjuangan Rasulullah.

Rasulullah berkata yang bermaksud “Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku dikala orang lain mengingkariku, dia membenarkan di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku dikala orang lain menghalangiku dan Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya kala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain(isteri-isteriku)

Pena ini diangkat kerna aku mengagumi dan mencintai wanita mulia ini, dan alangkah ruginya jika hanya aku yang merasakan kecintaan ini tanpa menyeru sahabat-sahabatku juga untuk merinduinya.  Sungguh dia insan mulia yang layak dijadikan idola untuk kita duhai muslimah kecintaan Allah. Moga ianya bermanfaat dan Allah meredhai tulisan ini. Jika mahu ditulis riwayat hidup, kisah pengorbanan, dan bakti perjuangannya, sudah tentu penat untuk kita membacanya. tidak rugi untuk membaca sirah Islam. Ianya suatu ketenangan. 

Untuk Dia
Yang sentiasa memberi ilham.
Terima kasih Allah.
24 Ramadhan 1433



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Ramadhan dan result...



 Assalamualaikum..

Allah S.W.T berfirman : “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang  sebaik-baiknya  (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” Surah At-Tin 4

Cuba kita perhatikan langit dengan kebesarannya, matahari dengan gemerlapan sinarnya, bintang dengan keindahan cahayanya, planet dengan  kecantikannya, sang bulan dengan pancaran cahayanya, dan angkasaraya yang luas tidak terhingga. 

Cuba pula perhatikan bagaimana bumi dihamparkan, dan darinya keluar  air dan rerumputan, dan gunung-ganang serta bukit-bukau yang dipasakkan dengan kukuhnya.  Renungkan berbagai lautan dan sungai, di malam hari, di siang hari. Renungkan awan yang sentiasa bergerak tidak pernah berhenti. Renungkan burung yang berkicau, haiwan yang melata, tumbuhan yang hidup segar, keindahan yang tidak pernah berhenti dan kesenangan yang tidak pernah putus.

Perhatikan pula manusia, dengan keindahan susuk tubuhnya, beraneka ragam jenisnya, pelbagai bahasa dan loghatnya dan sungguh Allah telah memperindah semua ciptaannya dan ianya adalah sebaik-baik bentuk. 

Adakah masih ada rasa sedih dalam diri melihat ciptaan ini? 

Alhamdulillah wasyukurrillah. Peluang mengecap hidup dan berdiri atas nikmat  Iman dan Islam sudah cukup besar buat kita.  Untuk yang kesekian kalinya, result  for last semester dah pun memunculkan diri. Dan ohoi hoi, result  tidak rasmi dikeluarkan selang beberapa hari sebelum Ramadhan menjelma.  Dan seperti lazimnya saat result dikeluarkan, pelbagai reaksi dapat gua  tonton. Ada keluh kesah yang kedengaran. Ada esak tangis gembira. Ada yang tidak dapat diungkap makna  senyum di wajah.

Namun bicara pasrah seorang sahabat  mengusik hati, ada hikmahnya result kali ni sebelum Ramadhan jika tidak kita terpaksa berpura-pura untuk beribadat kerana mengharapkan untuk mendapat keputusan yang baik. Ya, ada benarnya kata-kata beliau itu. Malah ramai yang bersetuju.  Anda ada betulnya.  Jadi jika result belum dikeluarkan sebelum Ramadhan adakah itu tandanya kepuraan amal kita. Lantas bagaimana nawaitu kita untuk Ramadhan sebenarnya?  Anda fikir sendiri. Ramadhan pun dah semakin di penghujung.

Pakk pakk pakk  tepuk tangan. Tahniah untuk member-member yang awesome  atas result yang gempak. aku bagaimana? Alhamdulillah. Ianya di luar dugaan. Malah it’s beyond my expextation.  Baru sekejap aku belajar untuk menuntut ilmu kerana Allah, ini penghargaan yang Allah kurniakan.

Lantas ada yang bertanya, “hai tak kan la baru nak belajar kerana Allah bai. Aku dah lama dah tahu rahsia ni. Kau yang macam ni tak kan baru nak belajar kerana Allah kot.” 

senyum manja.

Bagiku tiada erti sekiranya hanya bibir yang membicarakan belajar kerana Allah. Malah di musim peperiksaan ayat itulah yang terngiang-ngiang di kalangan kita. Jadi kiranya,  kita semua belajar kerana Allah lah kan?  Jadi mengapa hasilnya berbeza-beza? Persoalan.

Buat sahabat-sahabat  yang kecewa dgn result anda, just remember one thing, sehebat dan sebijak manapun kita , ada DIA yang lebih hebat dan ada DIA yang lebih bijak. Semuanya atas aturannya. Tidak akan berlaku sesuatu tanpa izinnya. Namun bagi pendapat gua yg sudah makan asam garam ini, sudah pasti jika melibatkan pelajaran ianya tetap bergantung pada usaha kita.

 You get what you give. Halamak. Ada kaitan ke?, Anda nak result yang gempak maka lihat usaha anda adakah segempak cita-cita anda?  Anda nak result yang meletup maka lihat adakah tahajud anda meletup juga. Belajar is one thing. But please don’t leave Allah behind.  Please bergantung harap dengan Allah. Sedih Allah bila kita buat tak tahu dengan dia. Jadi renung-renungkan dan selamat beramal 

‘’JANGAN BERPUTUS ASA
KERANA PUTUS ASA ADALAH KEINGKARAN
BARANGKALI SAJA DALAM WAKTU YANG DEKAT
ALLAH AKAN MEMBERIKAN KELAPANGAN”

 Wassalam.



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.