Wednesday 12 December 2012

Wordless Wednesday #4


Stand tall and do not give up.

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Wednesday 5 December 2012

Harimau Malaya di Aff Suzuki Cup 2012


Assalamualaikum..

Anda tahu apa topik hangat seminggu dua ni? Tak tahu? Eh maknanya anda betul-betul baik duk berkurung dalam bilik baca buku tebal tak bersosial macam orang nih wow nak tabik lah hebatnya

Baiklah. Pasukan bola sepak negara kita Harimau Malaya dah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Even masa awal pusingan dan sebelum tu lagi dalam perlawanan persahabatan Harimau Malaya asyik kalah aja dan saya percaya ramai yang risau dan tak percaya akan kemampuan sang rimau untuk melangkah ke pusingan seterusnya dalam AFF Suzuki Cup ini tapi mereka bangkit setelah tewas 0-3 kepada Singapura dengan mengalahkan Laos 4-1 dan wah Indonesia musuh ketat pun berjaya ditewaskan dengan jaringan hebat 2-0. 

Saya tertarik dengan kata-kata Imam Muda Assyraff bila Harimau Malaya berjaya melangkah ke separuh akhir. “pasukan kita sedang diuji. pemain sedang diuji. Para penyokong juga sedang diuji. Semua orang sedang diuji oleh Allah s.w.t” bila baca meremang jugak bulu roma. Tau. Banyak yang alpa dan leka bila musim-musim macam ni. Mungkin pengertian diuji IM berlainan dengan saya namun matlamat penyampaiannya tak jauh berbeza. Barangkali. 

Banyak yang tak kena. Maaf bagi sesetengah pihak yang memilih untuk bertengkar lidah dengan penyokong-penyokong Indonesia. Melayan dengan menghamburkan kata-kata kesat dari seorang bangsa melayu yang beragama Islam mungkin sangat tidak manis untuk dipandang dan meresahkan hati menyaksikan perlakuan ini berlaku di depan mata sendiri. Lumrah barangkali. Tiada siapa yang pelik bila kekecewaan menyaksikan pasukan sendiri kalah dan tersingkir. Jika kita bagaimana? Pedih bukan. Tahu. Kadang-kadang bukan kita yang memulakan. Saya cukup arif tentang itu. Rakyat Malaysia yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa adalah insan yang cukup hebat di mata saya. Lebih hebat jika bijak mengawal emosi.  

Kita juga ada Ultras Malaya. Ultras Malaya juga akan jadi kumpulan sorak yang hebat jika hebat menggunakan kata-kata semangat untuk menaikkan moral pemain kita, bukan hebat bermain kata menghina negara orang. Erk. Mendengar sendiri sorakan ketika Malaysia menentang Singapura menyebabkan darah meruak ke muka. Eh silap negara ke tapi ini orang Malaysia. Ohh barangkali mereka ‘’terlalu’’ mahu pemain bangkit. Tapi jujur ia ‘’amat’’ tidak manis.  Walau bagaimanapun peranan Ultras Malaya sangat besar. Mereka yang menghidupkan suasana di stadium. 90 minit perlawanan, suara mereka tidak pernah berhenti. Wajar mereka diberikan ucapan terima kasih di atas semangat waja yang di tunjukkan. Tahniah.   

Di saat inilah tidak kira apa pun status kita, jurujual, doctor pakar, artis terkenal, penganggur terhormat atau student sepenuh masa seperti saya pasti akan bersatu untuk memberikan sokongan sehabis daya buat mereka. Masa inilah bahagianya rasa bila si A dan B yang berbeza fahaman politik boleh sama-sama menjeritkan satu irama gol tanpa pertelingkahan pendapat seperti biasa. Pada waktu inilah, semangat warga Malaysia sedang berada di kemuncaknya. Tangan dan suara yang seirama melambangkan penyatuan hati dan jiwa rakyat Malaysia. Ya. Semuanya kerana sebiji bola. 

Separuh akhir pertama akan berlangsung pada Ahad ini. melayan kunjungan Thailand. Ingat. Kita tidak mudah rebah. Malaysia tanah tumpahnya darahku. Sama-sama memberikan sokongan dengan cara yang paling terhormat tanpa mengenepikan adab-adab seorang Islam dan melayu. Semoga Harimau Malaya dapat bermain dengan baik dan tidak berlaku perkara yang tidak di ingini. Ayuh tinggikan sorakanmu, ini demi maruah Negara di mata Asia Tenggara. Doakan kejayaan mereka. Mereka kebanggaan kita. Hashtag HARIMAU MALAYA!

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Because I Miss You


Seriously rasa hari ni macam nak balas dendam tulis entry banyak-banyak. Hey. What are you doing you got assignment to submit ,tomorrow you have test and also you have to create survey question and a day after tomorrow you got quiz next week you got bla bla bla..  What are you doing here.
Okay.. okay [angkat tangan surrender]

I don’t want to talk much. Bangun pagi kejar bus pergi kampus. Nak balik pun semacam azabnya dengan pelbagai kerja yang menanti. Masa-masa macam ni memang nak sangat balik kampung and paksa semua orang balik pastu jom kita main pondok-pondok. Takpun main teka-teki ngan angah along. Dan memang moknaa tak dapat nak jawab sebab soklannya semua di luar alam. Contoh soklan : apa beza Pas ngan Umno? Berpusing makcik-makcik nak jawab. Bijak teka-teki dari otak budak darjah 2. Takpun goyang kaki makan sedap-sedap sebab ramai tukang masak taraf masterchef  kat rumah. Dan lagi boleh tumpang gelak tengok anak buah main congkak pastu gaduh macam aku dulu.

Dan lagi kalau bising sangat dengan budak-budak tu, haa sound aje seround. Kalau tak senyap jugak haah padan muka kau. Dah namanya budak. Bukannya diorang bisu nak duduk diam.  Lagi best bila mak balik bawak aiskrim 20sen. Ah nikmat dunia.   Pastu layan si adik bercerita sampai pedih anak telinga dan jerit stop pun dia tak reti stop. Takpun aku tumpang geli dengar kak ngah ngan adik berebut remote TV sorang nak tengok sinetron yg ntah apa2 sorang lg nak tengok korea yg tak paham pun main tengok je.  

Oke itu semua angan-angan. ANGAN-ANGAN!  Celik mata betul-betul final exam tak sampai sebulan lagi. Ada banyak kuiz. Banyak assignment. Banyak kerja tak siap. Buku tak sempat nak baca. Latihan takda masa nak siapkan. Oh Allah. Tak sukanya macam ni perangai.
Dengar lagu ni series sedih rindu nak balik rumah nak jumpa semua orang sangat sangat.

Because I Miss You – Jung Yong Hwa (Translation)

Because I miss you
Always under exactly the same sky, always exactly the same day
Other than your not being here, there’s nothing different at all
I just want to smile, want to forget everything
Just like absolutely nothing has happened, smiling to live my days
Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you
Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today

I thought I’d let go, not leaving anything behind
No, no, now I still can’t let you go
Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you
Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today

Everyday, everyday, it feels like I’m gonna die, what should I do?
Love you, love you, I love you
I hadn’t even spoken the words, I just let you go
Sorry, sorry, do you hear my words
My late confession, can you hear it

I love you




currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Wordless Wednesday #3

Burok giler lukis. Key bai.

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.