Sunday 9 November 2014

ICEPS10 : Join us and Be a part of new historic !

Assalamualaikum w.b.t

Salam hormat dan Salam kasih buat semua pengunjung setia blog ini. Alhamdulillah. Semester ini adalah semester yang sangat padat dan penuh kontroversi tersendiri dalam sejarah hidup penulis. Selama ini bila hidup sebagai seorang Junior, sering saja tabik hormat dan kagum bila melihat kepada pencapaian pencapaian Iceps yang mana penganjurnya adalah senior senior hebat Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Maka bila tiba Iceps ulang tahun kali ke 10 ini, rasa cuak gentar semangat gembira semuanya bercampur baur.

Pertama sekali, buat kalian yang masih keliru terutama kepada pembaca yang bukan dari USIM, tentu kalian tertanya tanya apakah gerangan Iceps yang sering saya canang di media sosial saya yang lain. Buat pengetahuan semua, Iceps adalah satu Final year project yang akan dilakukan oleh setiap pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat Tahun akhir sebagai ganti kepada penyediaan thesis untuk membolehkan seseorang itu bergraduasi, dan ia membawa maksud  yang lebih tepat Islamic Convention and Entrepenuership dan tahun ini adalah ulang tahun Iceps yang ke 10 dan ia akan dianjurkan oleh kami sebagai Pelajar Tahun akhir Fem.

Apakah yang dicanang dan keistimewaan di dalam Iceps10?

Pada penganjuran kali ini, ianya lebih istimewa dan Insya Allah akan tercatat dalam satu sejarah baru dalam catatan penganjuran Iceps sejak dari Iceps1 hingga ke 10 ini. Buat pertama kalinya, Iceps10 ini menjanjikan kelainan bilamana pesta konvokesyen Usim akan dianjurkan sendiri oleh pelajar pelajar iceps10 dimana sebelum ini Pesta Konvokesyen ini hanya akan dijalankan oleh golongan golongan tertentu sahaja. 

Iceps@Cfest ini bakal melakukan gabungan meletup dengan menjanjikan program program menarik dan insya Allah berilmiah buat semua. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dengan begitu banyaknya jerih perih yang telah dikorban setiap dari 406 ahli Iceps10 ini.

Persediaan untuk Iceps@Cfest ini telah dilakukan bermula daripada semester lepas dan pelbagai aktiviti preiceps telah berjaya dijalankan antaranya dengan menganjurkan Minggu Keusahawanan Mahasiswa dan pelbagai lagi program ilmiah seperti Bicara Ilmu, sembang santai, Bicara Simfoni, Sukan, Conference, Ceramah am dan sebagainya. 
Jadi, acara sebenar Iceps@Cfest akan bermula pada 12-16 November ini dengan pelbagai lagi sajian aktiviti yang menarik untuk para pengunjung sekalian. 

Dari Iceps10 untuk anda !








Datang beramai ramai dan jadi sebahagian daripada sejarah untuk Iceps 1 dekad. Jumpa anda semua disana okay !

Wassalam and till meet again.
currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Sunday 26 October 2014

Sabar, Tabah, dan Redha.

Assalamualaikum. 

Untuk sahabat kesayangan hati hamba  <3

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 :

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar”.

Jelas sekali, Allah SWT telah menetapkan setiap manusia itu pasti diuji dan tidak ada sesiapa yang dapat lari dari kenyataan hidup ini. Namun di sebalik semua ujian ini masih ada berita gembira buat hamba hamba Allah yang terpilih, iaitu mereka yang mampu bersabar menghadapi keperitan musibah yang menimpa. Justeru, marilah kita hayati ayat-ayat al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w, agar kita sedar betapa besar hikmah bersabar di sebalik musibah yang datang menguji kita.

Antaranya ialah :

Pertama : Sesungguhnya sabar menganugerahkan kesejahteraan, rahmat dan hidayah.

Allah SWT menjelaskan kepada kita tentang ujian hidup dan tuntutan bersabar dalam Surah Al-Baqarah ayat 157:

“Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya”.

Kedua : Sesungguhnya sabar di atas musibah menjanjikan penghapusan dosa.

Rasulullah s.a.w mengingatkan kita tentang hakikat ujian dan musibah yang melanda hidup kita bahawa ia sebenarnya adalah suatu proses pembersihan dosa dosa kita yang disusun indah oleh Allah SWT.  Kita perlu menyedari hakikat ini untuk kuat menghadapi segala musibah dengan sabar dan redha.

Hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Tiada seorang mukmin yang ditimpa musibah, samada kepayahan, penyakit, kebimbangan, kesedihan, kesakitan mahupun dukacita sehingga duri yang dipijaknya melainkan semua itu pasti akan menjadi sebab Allah menghapuskan dosa-dosanya”. (Riwayat Ahmad)

Ketiga : Sesungguhnya ganjaran Pahala tanpa Hisab Inilah ganjaran hebat yang disediakan bagi orang orang yang mampu bersabar ketika ditimpa musibah.

Firman Allah SWT dalam Surah az-Zumar ayat 10: “Katakanlah (Wahai Muhammad, akan firman-Ku ini, kepada orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja Yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.

Keempat : Sesungguhnya orang yang sabar akan mendapat kelayakan untuk tinggal di Syurga

Kenyataan ini dibuktikan oleh Allah SWT dalam Surah Ar-Ra’d ayat 23 - 24 :

 “Iaitu syurga yang kekal, yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu, (sambil memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu”.

Ucapan salam sejahtera para malaikat kepada penghuni syurga pada ayat ini jelas menyebut tentang sebab utama yang melayakkan mereka ditempatkan di syurga, iaitu kesabaran mereka di atas segala kepayahan hidup di dunia ini.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Ummu Salamah RA, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Tiada seorang hamba yang ditimpa musibah lalu dia mengucapkan kalimah Innalillahi Wainnailaihiraji’un dan berdoa ’Ya Allah ganjarilah aku pada musibah ini dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinya, melainkan pasti Allah SWT memberikan ganjaran di atas musibah yang menimpanya dan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuknya.”

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 45 : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”. Begitu besar tuntutan supaya bersabar dan hikmahnya bagi kita.


Intisari buat peringatan semua.

Pertama : Bahawa ujian dan musibah adalah rencah kehidupan,beruntunglah mereka yang berjaya menghadapinya dengan kesabaran.

Kedua : Sesungguhnya kemampuan bersabar dalam menghadapi musibah adalah bukti kesempurnaan iman kita dan bersyukur di atas nikmat kurniaan Allah.

Ketiga : Sesungguhnya sabar adalah anugerah terindah yang menjanjikan pelbagai kurniaan dan ganjaran di sisi Allah SWT khusus bagi mereka yang berjaya menghadapinya.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mulk ayat 2 : “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”.


Wassalam. 



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Saturday 25 October 2014

Hikmah : Siapa dapat menduga bila ia akan tiba

Assalamualaikum. Hari yang muram, pagi yang kurang bertenaga. Badan yang lemah tidak bermaya. Jasad dan fikiran tidak bersatu seperti sediakala. Terbang jauh menerawang entah ke mana. Shock. Atau lebih tepat tidak menyangka. Ianya terjadi begitu pantas. 

Alfatihah. Kita kepunyaan dia. Dan kita akan pulang kepada Dia bila bila masa sahaja. Bertabahlah sahabat kesayanganku. Hayati hikmah yang terkandung dalam kitab sucinya untuk menenangkan hati dan mententeramkan jiwa. 

Duduk dekat rumah asyik layan perasaan sedih sebak tak tenteram, lepas Zohor pergi ke Tasik Setiawangsa. Tapi asyik terbayang bayang beliau. ;(













انما يوفى الصبرون اجهرهم بغير حساب
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahalanya tanpa batas” (Q.S. Az-Zumar:10).

Kuatlah. Kuatlah ! Demi DIA dan dia. Wassalam.

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Mak Ngah Pak Ngah TMD3 : Kenangan nanti tua tua ;p

Assalamualaikum. It was a midnight on 25 October 2014 and I can't sleep yet. My mind was blank. I'm trying to find something that can be done to fulfill out my messy minds. They say when you're missing someone they are  probably feeling the same, but I don't think it is possible for you to miss me as much as I'm missing you right now.  

I should find another reason to forget everything as usual hmm and this place bring me calm everytime I am starting my writing. I don't know how to write well but I know I should describe my feeling sincerely. When I hate, when I miss, when I' m in love, I couldn't express my feeling better than this.

Last week, my classmates are planning to do a photography session since this semester gonna be our last semester in Usim. Well, couldn't say more. These people always bring me with so much laughter. doing all sort of things together. This is how I could survived. Forgetting. Pretending not to care. 4 years. It's not a short time y'naw. Being with them is one of the best things happen in my life.  

Here is some photos taken on that day. 15 October 2014. 

Kalau ikutkan semangat memasing tu, hari hari pun boleh kalau bab ajak bergambar.  takpa korang, nanti nanti kita dah tua, yang nilah kita duk belek belek hmm sayunya











My girlfriends is everything to me. At least for now. They celebrate with me, working on together, they hold me whenever I need to be held, they laugh with me. They like to tease each other, always.
















That man below is Haikal Wahi. Kenal dari Tamhidi tapi rasanya tak secubit pun pernah tegur. Dah masuk degree baru boleh hai hekal apa cite harini tapi semua orang macam baru start geng betul betul masa Third year kot.  Lepas tu baru tahu betapa gengster nya masing masing Ha Ha Si Haikal  nilah yang  banyak  tolong kami Makngah Kakngah Adikngah semua ni. Yang 3 lain pun sama je sebenarnya tapi tengoklah tu :D




Tiada dalam gambar. Anuar Hafiz, Kak Salbiah & Mienah. 














I keep on reminding myself. Stop counting on how many days left but instead cherish every single day to be spend with them. Yelah, buat apa kita fikir hal yang memang akan terjadi. Awal sangat ni nak sedih sedih lol * bukak balik post ni tahun depan tengok sedih ke tak sedih



Terima kasih untuk segalanya nya ya korang semua. Untuk jawapan tutor untuk backup kalau lambat sampai kelas untuk cop tempat dalam kuliah untuk peringatan peringatan yang selama ni kita dapat untuk nasihat untuk gelak ketawa yang korang bagi untuk atas semua kerjasama. Takpalah. Nanti yang untuk untuk lain kita  karang lain hari hihi






Anuar-Haikal-Paih-Faruq. Amylin-Hakimah-

Arni-Adawiyah-Ainur-Azimatul-Fayyad-Hasina-Asmahida-Dalilah-Syairah- Latifah-Nadia-Hussna-Alfiza-Filzah-Ekin-Salbiah-Minah






Time was flies. Semoga setiap langkah kaki kita, kita niatkan untuk dia. Datang dan pergi seseorang dalam hidup kita, ia adalah sebahagian perancangan DIA Yang Maha Bijaksana. Semoga berjumpa lagi Insya Allah. 

Till then, Wassalam <3



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.