Tuesday 12 May 2015

Alkisah : Suku Perjalanan Lagi



Assalamualaikum..

Tak jawab dosa, kalau jawab sayang. Hehe ;)

Apa kabar sekalian pembaca. Mudah mudahan sihat bertenaga dan sentiasa dalam rahmat Allah. Sekarang ni, hari hari saya online. Ada jugak hari hari yang takda mood nak pegang handphone nak bukak twitter, instagram, facebook tapi sejak situasi kerja macam ni rasa macam tak boleh lari. Ah alasan kan?

Banyak sangat nak update entry tapi malas sangat nak menaip. Memang sejenis pemalas sejak dulu. Cuma harini rasa semangat sikit sebab tiba tiba eh teringat tempoh tamat internship dah around the corner. Bukan kata tak sabar nak habis tapi alahai dulu rasa macam impossible je untuk 20 minggu. Yelah orang kata kan internship ni zaman mula mula kita didedahkan dengan suasana kerja. Kalau ada heart attack sesekali tu biasalah haha   

Dah tu tak busy ke tinggal sebulan je lagi?

Nak kata busy tak sangat sebab dapat task biasa biasa je. Bulan bulan sudah ada la jugak rasa apa itu depressed. Sekarang mentally okay. Wah gitu. Sekarang kalau nak bercerita rutin kerja hari hari bangun awal pagi lepastu tunggu driver a.k.a abang saya hantar pergi ofis haha mewah betul hidup. Pukul 8 masuk kerja lepas tu ketung ketang ketung ketang balik pukul 5 pun dijemput oleh abang saya. Lepas tu hujung minggu balik Besut sebab I am forever anak mak ayah. 

Sekarang dah masuk ofis rasa rindu gila zaman stay up memalam sampai 3,4 pagi sebab ada midterm atau ada quiz atau ada assignment nak kena submit atau sesaja je melepak sampai pagi buta. Pun ada. Sekarang jangan kata 1,2 pagi. Kalau mata bertahan sampai jam 11 pun dah cukup syukur. Biasanya pukul 9 lebih mata dah mintak nak peluk doraemon. Hujung minggu pun semua orang dekat rumah dah tak pelik kalau masuk bilik awal sebab yana dah jadi chenderella sebab tidur before 12 huuaa. Tapi yang seronoknya sebab badan dah jadi normal balik. Berbanding zaman belajar dulu. Tak terurus masa tu  waktu tidur entah kemana ikut suka hati. Cuma makan je pandai jaga perut sendiri lol. Sekarang ni, Weekends pun dah biasa bangun awal pagi tak ada lagi karenah tak senonoh seperti zaman belajar dulu.    

I failed. I learned. I changed. 

Tak mudah tapi semua orang perlukan persekitaran yang membantu. 

Untuk hari ini, setakat ini sajalah. Terima kasih masih sudi menjenguk. Semoga Allah beri saya kekuatan. Tempoh 20 minggu ini sebenarnya banyak mencabar. Nantilah. Bila diberi ruang dan kesempatan, kita sama sama belek hikmah yang Allah coretkan. Saya tak tahu Allah noktahkan perjalanan saya dimana. Saya Cuma tahu perjalanan ini harus diteruskan. Biar sedalam mana ujian DIA. Biar serapuh mana hati perempuan saya. Tapi saya harus teruskan melangkah. 

Dan saya percaya, kalimah Sabar wujud di atas muka bumi ini bersebab.

Till then, wassalam.

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Monday 11 May 2015

mereka dan cinta ;)


Makna cinta pada aku.

Ia ada pada mereka.

Pandang pertama dan rasa untuk selamanya.

 xoxo.


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Thursday 7 May 2015

Rindu


Bagaimana kah tuan puan mengatasi rasa rindu di hati. 

Kalau ada berikan saya caranya. Kerana saya terlalu rindu pada mereka. 

Anehnya. Rindu yang menyapa segenap hati. Terlalu rindu sehingga jiwa sakit. 

Anak anak ini sangat dekat dengan saya. 

Terlalu lama bersama sehingga terpisahnya kami membuat saya merana.

Terasa aneh jika lama tidak bersua. Dan kini saya parah. 

Menghitung hari, ah lama benar sebelum bersua.

Jika rindu bisa dibeli, akan kubeli semua rindu yang tertimbun ini agar tak perlu lagi kita terjarak. 

Jika jarak bisa dibayar, akan kusewa sejauh jarak yang memisahkan kita dengan tabunganku agar tak ada lagi kata terpisah jauh.

Semoga baik baik saja anak.

Sedang apa kalian saat ini.

Jangan rindu mokna.
                                                                                                                                           


  Yang benar
Mokna kalian

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Thursday 30 April 2015

Si Pengejar Bahagia



Assalamualaikum. 

saya terjaga pada jam 5.50 pagi tadi. perkara pertama yang saya fikir adalah Terima Kasih Allah. satu malam yang berlalu, Allah kurniakan hadiahnya yang sangat berharga (bagi saya). disaat saya diulit lena yang sangat nyenyak oleh sebab hari siang yang memenatkan (I sleep at 12), Allah membelai saya dengan hadiah (ya saya pasti itu hadiah), bilamana Allah menghantar ia melalui mimpi saat saya sedang lena tidak berganjak. 

mimpinya bukanlah mimpi diberikan kemudahan berjodoh, bukan juga mimpi riang gembira yang lainnya, tapi ia peringatan yang hadir bersama kasih sayang Allah (ya, saya percaya ini) sehingga saya masih merasa manis disentuh Nya. 

dan ia membuat saya tersedar.

oh rupanya.

walau jahatnya aku sebagai manusia

DIA masih ada

mana pernah dia lupa,

hamba yang DIA cinta.

Kerdilnya dihadapan DIA. Padahal sering meminta minta. Minta diberikan pasangan yang baik. Minta diberikan kemudahan segenap hal. Minta tubuh badan yang sihat bertenaga. Minta Dia panjangkan usia kedua bonda ayahanda. Minta keluarga aman bahagia sentiasa. Minta anak anak saudara membesar sebagai soleh solehah. Minta diberikan pekerjaan yang baik baik. Minta rezeki yang berkat. Minta dimasukkan ke dalam syurga. Minta nanti menjadi bidadari disana.

Banyaknya aku minta.

Kerdilnya. Begitu banyak meminta, menadah tangan mendongak kepala. Tapi Dia Yang Maha Kaya tiada ragu memberi cinta.


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.