Wednesday 13 May 2015

kau mawar ummah. juga mawar kami. mawar mokna.



Assalamualaikum ..

I’m back.

Betullah pengalaman orang orang dulu mengajar kita. Hari ini 13 May sepatutnya satu tarikh yang tak wajar dilupakan. Apa taknya 18 tahun dulu, disaat aku juga masih mengenal apa ini dunia, kami menyambut khabar gembira akan kelahiran seorang bayi perempuan yang sangat comel. Waktu itu aku belum lagi faham sebetulnya perkataan siapa anak saudara dan bagaimana ia berkait rapat dengan kehidupanku. 

Cuma, aku berkongsi kegembiraan bila melihat wajah mak yang tersenyum riang saat menatap cucu pertama. Yang pertama takkan sama dengan yang seterusnya. Kan mak kan? Hihi Tapi kebelakangan ini sibuk dengan segala hal dunia menjadikan aku lupa. 13 May is the day she was born into this world. Nasib baik ada teknologi. Siapalah pencipta teknologi iteww. Bangun pagi tengok ada icon hadiah di telefon bila cek Ya Rabbi, It’s her. Hahaha nasib baik lol 

Manakan aku sangka, anak yang aku pangku dulu saat kecilnya kini menjadi teman baikku. Manakan aku sangka, dalam ramai yang memilih, dia yang aku ternanti nanti saat berjumpa. Dua tiga menjak kebelakangan ini aku selalu sedih dan sebak sendiri, melihat dia membesar dengan begitu besar dan sihat ahahahaha *I bet she’s laughing hard on this ;p kay mokna pun membesar dengan sihat dan besar jugak bye ! 

Back to the topic, I was never imagining dia si anak itu sudah jadi sedewasa ini (walaupun masih remaja), she’s going into university soon soon soon. Yes it’s so soon. When I read her text message I was so sad actually tapi takkanlah nak bagitau dia yang mokna sedih takyahlah duk jejauh oh my baby dunia luar tu sangat mencabar and bla bla bla 

I thought this feeling is so natural but it didn’t. Back, I was so excited. Finally yes it’s finally she’s going somewhere far. She’s going to be independent. She’s going to go through what I’m doing for these past years. She will face another phase on her life. Yet, the feeling is indescribable. Excited, gembira tapi sedih. Screw mokna life. 

Dan mokna sedang membayangkan bagaimanakah rupanya saat dan ketika itu. Bilamana kakak semakin dewasa. Masih adakah mokna disaat itu. Sungguh kadang kadang mokna membayangkan bagaimana rupa anak anak saudara kesayangan mokna disaat kalian telah dewasa. Masih kah mokna disisi melihat kalian membesar.  Yehet. Apakah perasaan ini xxxx

Kakak, mokna will pray for you. Meh mokna story the worst feeling you will felt soon ha ha bersiap sedialah nanti saat ibu, ayah, achik, bobok melambai tangan dari sisi cermin kereta, waktu tu kakak akan merasa satu kesunyian kesedihan kepiluan yang teramat. Itu tanda kakak akan memulakan kehidupan baru di tempat yang baru bersama orang orang yang baru. Kalau masa tu (kalau okay) kakak sedih dan sunyi, I’m waiting for your call baby. I’m waiting Insya Allah. Because mokna already knew that feeling. When tokwan left me 5 years ago, that feeling was so indescribable. And I have no one to shed tears together haha sad story of mine. 

Tapi I bet if the orientation week going well, you will felt nothing. Nak sedih pun tak sempat maybe haha so prepare your mind, your healthy body for that week. It will be the most exhausting week ever (boring for some particular segment), kakak jangan lupa maniskan wajah tunjukkan senyuman yang paling power pada orang orang yang kakak baru kenal. Berboraklah apa saja asalkan takda awkward moment. Hihi

Zaman belajar di sekolah menengah sangat berbeza dengan alam university. It’s totally different kak. Dan mokna harap kakak cepat sesuaikan diri because I was witnessing some friends yang susah nak adapt and in the end its affecting their studies. Kalau ada senior, kakak rujuklah seberapa banyak pun dengan dia tentang apa apa hal saje tapi kalau jumpa crush handsome disana share dengan mokna dulu haha 

Your course is definitely not easy at all. So stay focus and good luck.  

Kakak, mokna was so nervous already for you yeheet

Hmm mokna nak membebel apa lagi ya di awal pagi ini,

Mokna harap nanti bila kakak dah di sana di alam baru di alam yang super sibuk, mokna takkan hilang kpop buddy of mine hahaha gapsaeng <3 


Oh ya. Mokna belum ucapkan tahniah yang sebetulnya untuk SPM 10 A haritu. So lame. Eh bila nak share duit hadiah tokwan bagi? Krik krik 

Oh ya. Dalam panjang panjang membebel ni mokna belum wish birthday kan. 

Jap nak check balik.

*scrowl up* 

 Em takda. So happy birthday lah. Yang ke 18 kan. Take care. Bai.

Wassalam.

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Tuesday 12 May 2015

Alkisah : Suku Perjalanan Lagi



Assalamualaikum..

Tak jawab dosa, kalau jawab sayang. Hehe ;)

Apa kabar sekalian pembaca. Mudah mudahan sihat bertenaga dan sentiasa dalam rahmat Allah. Sekarang ni, hari hari saya online. Ada jugak hari hari yang takda mood nak pegang handphone nak bukak twitter, instagram, facebook tapi sejak situasi kerja macam ni rasa macam tak boleh lari. Ah alasan kan?

Banyak sangat nak update entry tapi malas sangat nak menaip. Memang sejenis pemalas sejak dulu. Cuma harini rasa semangat sikit sebab tiba tiba eh teringat tempoh tamat internship dah around the corner. Bukan kata tak sabar nak habis tapi alahai dulu rasa macam impossible je untuk 20 minggu. Yelah orang kata kan internship ni zaman mula mula kita didedahkan dengan suasana kerja. Kalau ada heart attack sesekali tu biasalah haha   

Dah tu tak busy ke tinggal sebulan je lagi?

Nak kata busy tak sangat sebab dapat task biasa biasa je. Bulan bulan sudah ada la jugak rasa apa itu depressed. Sekarang mentally okay. Wah gitu. Sekarang kalau nak bercerita rutin kerja hari hari bangun awal pagi lepastu tunggu driver a.k.a abang saya hantar pergi ofis haha mewah betul hidup. Pukul 8 masuk kerja lepas tu ketung ketang ketung ketang balik pukul 5 pun dijemput oleh abang saya. Lepas tu hujung minggu balik Besut sebab I am forever anak mak ayah. 

Sekarang dah masuk ofis rasa rindu gila zaman stay up memalam sampai 3,4 pagi sebab ada midterm atau ada quiz atau ada assignment nak kena submit atau sesaja je melepak sampai pagi buta. Pun ada. Sekarang jangan kata 1,2 pagi. Kalau mata bertahan sampai jam 11 pun dah cukup syukur. Biasanya pukul 9 lebih mata dah mintak nak peluk doraemon. Hujung minggu pun semua orang dekat rumah dah tak pelik kalau masuk bilik awal sebab yana dah jadi chenderella sebab tidur before 12 huuaa. Tapi yang seronoknya sebab badan dah jadi normal balik. Berbanding zaman belajar dulu. Tak terurus masa tu  waktu tidur entah kemana ikut suka hati. Cuma makan je pandai jaga perut sendiri lol. Sekarang ni, Weekends pun dah biasa bangun awal pagi tak ada lagi karenah tak senonoh seperti zaman belajar dulu.    

I failed. I learned. I changed. 

Tak mudah tapi semua orang perlukan persekitaran yang membantu. 

Untuk hari ini, setakat ini sajalah. Terima kasih masih sudi menjenguk. Semoga Allah beri saya kekuatan. Tempoh 20 minggu ini sebenarnya banyak mencabar. Nantilah. Bila diberi ruang dan kesempatan, kita sama sama belek hikmah yang Allah coretkan. Saya tak tahu Allah noktahkan perjalanan saya dimana. Saya Cuma tahu perjalanan ini harus diteruskan. Biar sedalam mana ujian DIA. Biar serapuh mana hati perempuan saya. Tapi saya harus teruskan melangkah. 

Dan saya percaya, kalimah Sabar wujud di atas muka bumi ini bersebab.

Till then, wassalam.

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Monday 11 May 2015

mereka dan cinta ;)


Makna cinta pada aku.

Ia ada pada mereka.

Pandang pertama dan rasa untuk selamanya.

 xoxo.


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Thursday 7 May 2015

Rindu


Bagaimana kah tuan puan mengatasi rasa rindu di hati. 

Kalau ada berikan saya caranya. Kerana saya terlalu rindu pada mereka. 

Anehnya. Rindu yang menyapa segenap hati. Terlalu rindu sehingga jiwa sakit. 

Anak anak ini sangat dekat dengan saya. 

Terlalu lama bersama sehingga terpisahnya kami membuat saya merana.

Terasa aneh jika lama tidak bersua. Dan kini saya parah. 

Menghitung hari, ah lama benar sebelum bersua.

Jika rindu bisa dibeli, akan kubeli semua rindu yang tertimbun ini agar tak perlu lagi kita terjarak. 

Jika jarak bisa dibayar, akan kusewa sejauh jarak yang memisahkan kita dengan tabunganku agar tak ada lagi kata terpisah jauh.

Semoga baik baik saja anak.

Sedang apa kalian saat ini.

Jangan rindu mokna.
                                                                                                                                           


  Yang benar
Mokna kalian

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.