Kelmarin
aku kurang bertenaga. Seharian di pejabat, otak tepu. Biasanya itu petanda akan
migrain. Aku cuba rehatkan diri waktu rehat tengahari. Tapi tidur tidur ayam
buat kepala bertambah sakit. Malam sebelumnya aku terlepas tahajud. Mungkin Allah
balas cash sebab aku malas bangun.
Balik
petangnya, aku segera bersihkan diri dan bergegas solat asar dan buat aktiviti
ringan. Aku memang belum terbiasa untuk lelap petang sebab nanti konfem bertambah lemau. Aku terlelap seusai
menyediakan makan malam untuk mak ayah dan solat Isyak ..
Tersedar
jam 3 pagi dek kerana sebuah mimpi ..
Mimpi yang sangat menginsafkan.
Mimpi yang sangat menakutkan.
Mimpi yang sangat menyedihkan.
K.E.M.A.T.I.A.N
Ya,
aku bermimpi salah seorang ahli keluargaku dijemput kembali kepada DIA. Jelas dalam
bayangan mimpiku kejadian tersebut sehingga aku tersedar dan mengigil gigil.
Semua
orang tahu bahawa kematian itu berlaku secara tiba tiba. Tapi berapa ramai
agaknya dari kita yang mengambil iktibar tersebut. Tazkirah yang paling
menginsafkan adalah kematian orang orang sekeliling kita.
Kita
sendiri pernah menyaksikan bagaimana sekujur tubuh terbaring kaku setelah
malaikat maut menjalankan tugasnya. Kita sendiri pernah menyaksikan kembalinya
seorang manusia, dikambus kedalam tanah, dan talkin dibaca. Kita tahu mati itu
sakit. Tapi kenapa kita terlalu degil untuk mengikuti perintahnya.
Mati itu terlalu sakit
Didalam kubur terlalu sempit
Ular dan kala datang menggigit
Papan dan bumi pula menghimpit
SOLATLAH!
PUASALAH!
JAGALAH AURAT!
Nanti
didalam kubur, menyesal sudah tiada gunanya sayangku..
Paling
aku takut jika ahli keluargaku sendiri tak jaga solat, tak jaga aurat. Ya Allah
ampunkanlah kebodohan dan kedegilan kami mengkhianati nikmatmu.
Semoga
Allah sentiasa jaga hati hati kita.
Mati
itu pasti, biar tiada siapa yang tahu bila masanya.
Namun
ia tetap kan pasti.
Kepada
para isteri, jangan terlalu bergantung sepenuhnya kepada suamimu. Nanti bila
Allah ambil suamimu kembali, waktu itu terasa bagai bumi menghempap diri. Terasa
hancur luluh seluruh jiwa.
Sungguh
aku berpesan, anak dan suami adalah anugerah dan hadiah Dia. Namun jangan
diletakkan 100% pergantungan dan pemilikan itu kepada mereka. Lambat atau cepat
kita semua akan dikembalikan kepada Dia. Mereka adalah pinjaman.
Kiranya
itu yang kita sematkan dari awal, pasti kita cepat redha akan perancangan Dia.
Mati
itu pasti.
Kita
tidak akan bersama suami selamanya.
Berdoalah
Allah temukan kamu dengan suamimu di syurga.
Dan
Bersabarlah.
Sesungguhnya
orang orang yang bersabar itu ada tempat yang istimewa disisi Allah.
currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.