Sesungguhnya Kami telah
kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta
gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang
tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk
memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya)
sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah
suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut
dikerjakan.
-Surah Al Ahzab : 72-
Ayat ttg amanah yg Allah
s.w.t timpakan kpd kita semua ini yg hidup selaku makhluk di bumi Allah.
Mengikut ilmu usuluddin makhluk yg hidup di bumi Allah ini ulama tauhid
bahagikn kpd 4 golongan makhluk
• Makhluk yg berakal dan
bernafsu (manusia & jin)
• Makhluk yg berakal tetapi
tidak bernafsu (malaikat)
• Makhluk yg tidak berakal
tetapi bernafsu (haiwan/binatang)
• Makhluk yg tidak berakal
dan tidak bernafsu (gunung,bukit,langit,bumi)
Manusia makhluk yg berakal
dan bernafsu.Sbb itu manusia ditaklifkn dgn amanah oleh Allah. Kita hidup di
atas muka bumi dgn 5 amanah yg kita pegang drpd Allah. 5 amanah ini Allah Taala
letakkan khusus bt makhluk yg bernama manusia. Binatang tak perlu solat, puasa,
kenal Allah, kenal Rasul sbb binatang tiada akal.
Ulama menyebut kalaulah
makhluk yg bernama binatang, Allah letakkn ke atas binatang ini amanah
sebagaimana manusia, pasti binatang yg akan memenuhi masjid, tempat pengajian
agama sbb ini nk mengaji, nak tahu perintah Allah..
5 amanah dr Allah kpd
manusia
• Amanah dgn Allah Taala
• Amanah dgn Rasulullah
s.a.w
• Amanah dgn mualim(guru)
• Amanah dgn ibu bapa
• Amanah dgn masyarakat
AMANAH DGN ALLAH S.W.T
Ia menurunkan malaikat
membawa wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari
hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada
Rasul-rasul): "Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada
Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku".
Surah Al Nahl : 2
Wajib ke atas manusia yg
hidup di muka bumi mengenal Allah s.w.t. akibat manusia tidak mengenal Allah
berlaku perkara2 yg merosakkn hidup manusia. Manusia tidak mengenal Tuhan itu
adalah Allah Yang Maha Berkuasa..Allah m’azab mana2 yg ingkar perintahNYA.
Berpunca dr manusia tak knl Allah,maka tiada perasaan tkt manusia itu kpd
Allah.
Macam mana nk jadi suami
kalau ilmu agama pun tak pndai. Mcm mana nk ajar isteri. Allah yg m’jadikn alam
ini dan seluruh isinya termasuk kita..Tapi kita ni boleh tak kenal
Allah..Nauzubillah Min Zalik. Masyarakat sekarang ni susah nk cari yg menitik
beratkn psl agama utk dijadikn suami/isteri.Org tua kita dulu, sebelum nk
kawinkan ank2 mereka, mereka akn bertanya dulu psl agama dgn bkl menantu
mereka..zaman skrg bertanya jgk. Tapi kebanyakkan mementingkn kebendaan..Tanye
bkl menantu keje ape..bab agama jrg tanye
Demi sesungguhnya, adalah
bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang
yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,
serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan
senang)
Surah Al ahzab : 21
currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.