Stand tall and do not give up.
Wednesday, 12 December 2012
Wordless Wednesday #4
Wednesday, 5 December 2012
Harimau Malaya di Aff Suzuki Cup 2012
Assalamualaikum..
Anda tahu apa
topik hangat seminggu dua ni? Tak tahu? Eh maknanya anda betul-betul baik duk berkurung
dalam bilik baca buku tebal tak bersosial macam orang nih wow nak tabik lah hebatnya
Baiklah. Pasukan
bola sepak negara kita Harimau Malaya dah melayakkan diri ke peringkat separuh
akhir. Even masa awal pusingan dan sebelum tu lagi dalam perlawanan
persahabatan Harimau Malaya asyik kalah aja dan saya percaya ramai yang risau
dan tak percaya akan kemampuan sang rimau untuk melangkah ke pusingan seterusnya
dalam AFF Suzuki Cup ini tapi mereka bangkit setelah tewas 0-3 kepada Singapura
dengan mengalahkan Laos 4-1 dan wah Indonesia musuh ketat pun berjaya
ditewaskan dengan jaringan hebat 2-0.
Saya tertarik
dengan kata-kata Imam Muda Assyraff bila Harimau Malaya berjaya melangkah ke
separuh akhir. “pasukan kita sedang diuji. pemain sedang diuji. Para penyokong
juga sedang diuji. Semua orang sedang diuji oleh Allah s.w.t” bila baca meremang
jugak bulu roma. Tau. Banyak yang alpa dan leka bila musim-musim macam ni. Mungkin
pengertian diuji IM berlainan dengan saya namun matlamat penyampaiannya tak
jauh berbeza. Barangkali.
Banyak yang
tak kena. Maaf bagi sesetengah pihak yang memilih untuk bertengkar lidah dengan
penyokong-penyokong Indonesia. Melayan dengan menghamburkan kata-kata kesat
dari seorang bangsa melayu yang beragama Islam mungkin sangat tidak manis untuk
dipandang dan meresahkan hati menyaksikan perlakuan ini berlaku di depan mata
sendiri. Lumrah barangkali. Tiada siapa yang pelik bila kekecewaan menyaksikan
pasukan sendiri kalah dan tersingkir. Jika kita bagaimana? Pedih bukan. Tahu. Kadang-kadang
bukan kita yang memulakan. Saya cukup arif tentang itu. Rakyat Malaysia yang
berhemah tinggi dan berbudi bahasa adalah insan yang cukup hebat di mata saya. Lebih
hebat jika bijak mengawal emosi.
Kita juga ada
Ultras Malaya. Ultras Malaya juga akan jadi kumpulan sorak yang hebat jika
hebat menggunakan kata-kata semangat untuk menaikkan moral pemain kita, bukan
hebat bermain kata menghina negara orang. Erk. Mendengar sendiri sorakan ketika
Malaysia menentang Singapura menyebabkan darah meruak ke muka. Eh silap negara ke
tapi ini orang Malaysia. Ohh barangkali mereka ‘’terlalu’’ mahu pemain bangkit.
Tapi jujur ia ‘’amat’’ tidak manis. Walau
bagaimanapun peranan Ultras Malaya sangat besar. Mereka yang menghidupkan suasana
di stadium. 90 minit perlawanan, suara mereka tidak pernah berhenti. Wajar mereka
diberikan ucapan terima kasih di atas semangat waja yang di tunjukkan. Tahniah.
Di saat
inilah tidak kira apa pun status kita, jurujual, doctor pakar, artis terkenal,
penganggur terhormat atau student sepenuh masa seperti saya pasti akan bersatu
untuk memberikan sokongan sehabis daya buat mereka. Masa inilah bahagianya rasa
bila si A dan B yang berbeza fahaman politik boleh sama-sama menjeritkan satu
irama gol tanpa pertelingkahan pendapat seperti biasa. Pada waktu inilah,
semangat warga Malaysia sedang berada di kemuncaknya. Tangan dan suara yang
seirama melambangkan penyatuan hati dan jiwa rakyat Malaysia. Ya. Semuanya kerana sebiji bola.
Separuh akhir
pertama akan berlangsung pada Ahad ini. melayan kunjungan Thailand. Ingat. Kita
tidak mudah rebah. Malaysia tanah tumpahnya darahku. Sama-sama memberikan
sokongan dengan cara yang paling terhormat tanpa mengenepikan adab-adab seorang
Islam dan melayu. Semoga Harimau Malaya dapat bermain dengan baik dan tidak
berlaku perkara yang tidak di ingini. Ayuh tinggikan sorakanmu, ini demi maruah
Negara di mata Asia Tenggara. Doakan kejayaan
mereka. Mereka kebanggaan kita. Hashtag HARIMAU MALAYA!
Because I Miss You
Seriously rasa hari ni
macam nak balas dendam tulis entry banyak-banyak. Hey. What are you doing you
got assignment to submit ,tomorrow you have test and also you have to create
survey question and a day after tomorrow you got quiz next week you got bla bla
bla.. What are you doing here.
Okay.. okay [angkat
tangan surrender]
I don’t want to talk
much. Bangun pagi kejar bus pergi kampus. Nak balik pun semacam azabnya dengan
pelbagai kerja yang menanti. Masa-masa macam ni memang nak sangat balik kampung
and paksa semua orang balik pastu jom kita main pondok-pondok. Takpun main
teka-teki ngan angah along. Dan memang moknaa tak dapat nak jawab sebab
soklannya semua di luar alam. Contoh soklan : apa beza Pas ngan Umno? Berpusing
makcik-makcik nak jawab. Bijak teka-teki dari otak budak darjah 2. Takpun
goyang kaki makan sedap-sedap sebab ramai tukang masak taraf masterchef kat rumah. Dan lagi boleh tumpang gelak
tengok anak buah main congkak pastu gaduh macam aku dulu.
Dan lagi kalau bising
sangat dengan budak-budak tu, haa sound aje seround. Kalau tak senyap jugak
haah padan muka kau. Dah namanya budak. Bukannya diorang bisu nak duduk
diam. Lagi best bila mak balik bawak
aiskrim 20sen. Ah nikmat dunia. Pastu
layan si adik bercerita sampai pedih anak telinga dan jerit stop pun dia tak
reti stop. Takpun aku tumpang geli dengar kak ngah ngan adik berebut remote TV
sorang nak tengok sinetron yg ntah apa2 sorang lg nak tengok korea yg tak paham
pun main tengok je.
Oke itu semua
angan-angan. ANGAN-ANGAN! Celik mata
betul-betul final exam tak sampai sebulan lagi. Ada banyak kuiz. Banyak
assignment. Banyak kerja tak siap. Buku tak sempat nak baca. Latihan takda masa
nak siapkan. Oh Allah. Tak sukanya macam ni perangai.
Dengar lagu ni series
sedih rindu nak balik rumah nak jumpa semua orang sangat sangat.
Because I Miss You – Jung Yong Hwa (Translation)
Because I miss you
Always under exactly the
same sky, always exactly the same day
Other than your not
being here, there’s nothing different at all
I just want to smile,
want to forget everything
Just like absolutely
nothing has happened, smiling to live my days
Miss you, miss you so
much, because I miss you so much
Everyday all by myself,
calling and calling you
Want to see you, want to
see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have
this habit, keep calling out your name
It’s the same today
I thought I’d let go,
not leaving anything behind
No, no, now I still
can’t let you go
Miss you, miss you so
much, because I miss you so much
Everyday all by myself,
calling and calling you
Want to see you, want to
see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have
this habit, keep calling out your name
It’s the same today
Everyday, everyday, it feels
like I’m gonna die, what should I do?
Love you, love you, I
love you
I hadn’t even spoken the
words, I just let you go
Sorry, sorry, do you
hear my words
My late confession, can
you hear it
I love you
Wordless Wednesday #3
Burok giler lukis. Key bai.
Subscribe to:
Posts (Atom)