Bismilahirrahmanirrahim..
“Melihat orang yang susah, yang dizalimi, yang kesempitan,
atau mereka yang menderita kesakitan membuatkan kita sering terfikir “mungkin
insan yang diuji ini, di sisi Allah dia adalah lebih baik berbanding diriku ini”.
Maka pantas untuk kita sedar bahawasanya setiap dari kita juga akan melalui bicara
dan didikan Tuhan dalam pentas ujian yang disediakannya.
Dan semestinya, ujian yang kita lalui akan membawa kita ke medan diri yang lebih baik. Maka merintihlah duhai diri yang hina kepada Allah seperti Nabi Musa a.s “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir.” (wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini fakir kepada apa sahaja kebaikan yang engkau turunkan)
Dan semestinya, ujian yang kita lalui akan membawa kita ke medan diri yang lebih baik. Maka merintihlah duhai diri yang hina kepada Allah seperti Nabi Musa a.s “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir.” (wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini fakir kepada apa sahaja kebaikan yang engkau turunkan)
Assalamualaikum..
Lama dan berhabuk. Ungkapan yang sesuai diberikan buat laman
ini. Disisihkan oleh tuannya lantaran kesibukan untuk menguruskan priority yang
lebih utama. Bagaimana jiwa jiwa muslim kita, adakah utuh berdiri memegang
kalimah Hak atau kecundang di badai ujian yang Allah hadirkan. Alhamdulillah. Wajib
untuk kita bersyukur dan sujud kepadanya atas segala nikmat yang telah Dia
kurniakan.
Kita ini hanyalah perantau dunia yang pasti akan pulang
semula ke pangkuan NYA. Dunia ini hanyalah ladang bagi meraih keberkatan dan keredhaan
NYA di akhirat sana. Sedarilah.. apa jua yang kita fikirkan, apa jua yang kita
lakukan, imanlah yang pasti menjadi tunjang haluan. Maka coraklah iman agar
selari dengan perintah Allah. Dan sesungguhnya iman itu bukan mudah untuk
dicari mahupun untuk diwarisi, namun usaha ke arahnya tetap dikira sebagai
ibadat yang bermanfaat pada kemudian hari.
Alhamdulillah, coretan ini dibuka dengan niat mulia untuk
berkongsi serba sedikit pengalaman sewaktu menyertai program yang dianjurkan
oleh USIM iaitu Program Bakti Siswa Dakwah Orang asli di Kg Sg Jempol, Maran Pahang
pada 29 Jun – 4 Julai 2013 yang lepas.
Ramai sahabat-sahabat yang menghulurkan pertanyaan, bagaimana boleh terpilih untuk ke sana. Jawabnya Sukarela. Yes, atas nama sukarelawan, dan mungkin faktor yang paling besar adalah kerana Allah telah menggerakkan hati untuk mendaftarkan nama dan Dia lah jua yang memudahkan segala urusan dari mula sehinggalah tiba di sana. Perasaan sebelum pergi seriously nervous teramat. Tiada feeling - feeling ter eksaited atau terover gembira nak berjalan. Sedar kami pergi membawa amanat yang cukup besar. Orang asli yang kami ziarahi kebanyakannya tidak beragama dan tidak tahu apa itu agama Islam. Dan tugas kami adalah untuk memberi mereka kefahaman itu. Sasaran kami kali ini pula adalah Kumpulan Semoq beri dan kumpulan ini adalah antara yang paling pemalu di kalangan orang asli di Malaysia.
Berapa ramai orang bukan muslim yang sangat baik hubungannya sesama manusia, haiwan dan tumbuh tumbuhan malangnya umat Islam sendiri tidak menjadi contoh yang baik menyebabkan Islam tidak sampai kepada mereka. Mereka tidak menonjolkan kelebihan Islam sebaliknya menunjukkan kelemahan diri sendiri yang membawa kesan kepada nama baik agama itu sendiri. Berkali kali kami di suruh untuk memperbetulkan niat asal pergi ke sana dan berkali kali juga diri ini berishtigfar kerana kerap kali tersasar bahawa tujuan utama adalah untuk memberi mereka kefahaman tentang Islam.
Selama 6 hari berada di sana, perkara pertama yang aku
belajar adalah SYUKUR. Subhanallah. Selama ini cukup banyak nikmat dan
pemberian NYA yang aku lupa untuk bersyukur. Dan berada bersama mereka, jarang
aku melihat mereka mengeluh dengan nasib diri yang serba kekurangan. Pemandangan
di sana Allahuakbar Subhanallah. Super-duper cantik dan mengagumkan. Dan aktiviti
yang aku paling gemar di sana adalah menziarah keluarga angkat. Hari pertama
menziarah, terasa segala kekekokan yang ada. Untung bukan keseorangan tetapi di
bantu ahli kumpulan yang lain. Memang benar apa dikata, mereka sangat pemalu
terhadap orang luar. Tapi mungkin bukan semuanya begitu kerana keluarga angkat
kedua kami sikapnya berlainan dalam melayan kami. Lebih terbuka dan peramah. Hari-hari
berikutnya, kami gunakan kaedah berbeza untuk mendalami jiwa mereka dan kami
sedar perlakuan dan tingkah laku kami diperhatikan kerana mereka menilai
bagaimana sikap orang luar terhadap mereka.
Rutin kami
setiap hari adalah melayan mereka bak raja. Waktu makan kami sedia menjemput
mereka di rumah. Makan bersama dan main bersama. Masih ku ingat, ayah angkat
kami memberi aku dan Kak Chah kepercayaan untuk mengambil adik-adik pulang dari
sekolah. Dan apaa lagi, maka merempitlah kami berdua untuk menjemput Ricky dan
Saidi pulang dari sekolah. Ingat lagi abah kata, “nah ambik kunci motor, ambik
adik-adik, nak round kampung pun boleh tapi kalau habis minyak tolak sendiri”
ppfffftt haahaa. Thanks abah atas segala kenangan dengan motor tu :p
Sungguh. Pengalaman ini sangat mahal. Tak terbayar dengan
wang ringgit dan segala harta yang ada. Untuk membuka hati mereka terhadap
Islam, peranan yang harus dimainkan adalah qudwah hasanah. Mereka sangat
menghormati orang luar yang berkunjung ke tempat mereka. Untuk menukilkan
segala perasaan selama 6 hari di sana adalah mustahil namun apa yang dapat
digambarkan adalah SYUKUR.
Kenapa SYUKUR?
Syukur kerana Allah memilih aku untuk menganuti agama mulia
ini. Syukur kerana Allah berusaha membantu menjadikan aku muslim dan mukmin
yang bertaqwa. Syukur atas nikmat yang paling besar, nikmat Islam dan Iman. Syukur
kerana DIA menjadikan aku hamba Nya. Tak tertahan sebak di dada ini bila
mengenangkan Allah telah memilih aku untuk bersama mereka dan mendalami jiwa
mereka. Mereka mereka yang belum Allah kurniakan hidayah dan petunjuk. Syukur atas
segala nikmat dan kemudahan yang Allah kurniakan selama ini.
aktiviti ziarah keluarga angkat
Kita boleh
memaksa seseorang untuk makan dan bercakap atau apa sahaja tindakan fizikal
namun kita tidak boleh memaksa keyakinan dan kepercayaan seseorang. Tiada siapa
pun dalam kalangan makhluk mampu memaksa akidah orang lain.
Islam diturunkan sebagai agama yang mencipta manusia. Allah maha mengetahui tentang hakikat hamba NYA. Maka Islam mensyaratkan iman itu berteraskan keyakinan dan kepercayaan dalam jiwa insan. Tanpanya, iman itu tidak di nilai. Seseorang yang mengakui beriman kepada Islam secara paksaan tidak diikitiraf.
Firman Allah
“Tiada paksaan dalam
agama(Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan
(kufur). Maka sesiapa yang tidak mempercayai taghut serta beriman kepada Allah,
maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada pegangan yang teguh, dan (ingatlah),
Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” – Surah al – Baqarah 256
Keluarga angkat kami :)
Tugas kita tak kan pernah berhenti. Kerja kita tak kan pernah
selesai. Dan hatta Islam telah mencapai kemenangan sekalipun, peranan setiap
dari kita takkan pernah berhenti kerana tujuan hidup kita Cuma ada dua iaitu
untuk beribadat dan sebagai khalifah. Walau penat kita di medan ini, yakinlah.
Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Dia Maha Mengetahui segala hitam putih
yang kita lalui. Dia juga Maha tahu siapa hamba NYA yang bertaubat, siapa
hamba NYA yang keras hati malah penilaian TUHAN itu akan sentiasa adil untuk
kita. Maka yakinlah kalian dan terus tegaklah berdiri di jalan dakwah ini. Semoga
ganjaran yang di janjikan Allah akan memberi kebahagiaan buat kita di sana
nanti.
Sepanjang di sana, kami sempat meredah hutan dan menikmati
panorama indah di Lubuk Yu. Salah satu tempat perkelahan yang terkenal di sana.
Agung NYA ciptaan MU Rabb. Jatuh cinta pada indahnya kekuasaan MU. Subhanallah
Allahuakbar.
Semoga Allah redha dengan kerja-kerja kita yang sedikit ini