Sudah tidak mampu untuk
mengungkap kisah dalam derita ayah dan ibu di Palestin. Kelu sudah lidah
untuk bicara perihal penderitaan keluarga di sana. Tersangat hampirnya mereka
kepada diri kita, sehingga kebanyakkan waktunya teringatkan mereka.
Makanan yang disaji di hadapan mata, hampir tidak
terasa seleranya. Biarlah ungkapan ini barbaur emosi. Sedangkan setiap suapan
ke mulut ini, terasa kosong.
Hati bagai dicarik-carik.1 muharram 1430 yang lalu
disambut dengan esak tangis. Mana mampu menahan tangis. Melihat jasad-jasad
muslimin seakidah bercarikkan. Dirobek-robek jasad-jasad mereka..hancur lumat
.Saling tidak tumpah sebagaimana yang dilaungkan oleh paderi kristian ketika
mendengar perkhabaran kejatuhan kerajaan Monggol di Baghdad; “Biarkan
anjing-anjing itu dipijak, dikoyak-koyak dan dipotong-potong oleh musuh mereka,
Nanti, kita bangunkan atas runtuhan itu dengan ketamadunan kita.”
Arghhh...Apa akan ku jawab di
depan ALLAH Sedang melihat nasib saudara seakidah di rakus yahudi
laknatullahi alaih.
Mereka yang berkuasa
memerintah, tuli melihat kekejaman zionis laknatullahi alaih. Mereka yang
mempunyai pemutus harga komoditi “hitam”, ketakutan bersuara atau menghantar
bantuan berupa senjata. Itulah wajah-wajah muslimin kini. Terus tunduk kepada
zionis. Hanya bijak mengeluarkan suara bantahan, supaya memperolehi kasihan belas
daripada “musuh umat Islam”. Sehingga kepada merayu; “pimpinan dunia harus
memainkan peranan”.
Paling menyedihkan, kita
meminta simpati kepada pendokong yahudi zionis yakni amerika syarikat agar
menaungi proses pendamaian. Sedangkan umum mengetahui, bahawa amerika syarikat
adalah penyumbang USD 30 billion (tahun 2007) bagi sumber pensenjataan negara
haram israel.
Beban ujian buat para syuhada
Ghazza kami sambut. BALDATUN THOIIBATUNN WA RABBUN GHAFFUR.. Walau dilihat mata
yang kasar, bumimu Palestin dimandikan darah. Tetapi, ditempat tumpahan darah
para syuhada itulah bumimu Palestin penuh keberkatan.
apa pula usaha kita wahai tuan?
Masih menangisi nasib diri? Berkira-kira membuat persiapan menyambut tahun baru
masihi? Merasa selesa dan hanya berkata; “Kesian sungguh Palestin, tetapi
apakan daya kita...”..Seketika kemudian, kita berterusan bergelak ketawa, seolah-olah
tiada apa-apa yang menimpa para saudara rafiq kita di bumi Palestin.
Duhai para ibu dan ayahku di
bumi Palestin, kami mengenangi, kami mengatur menyerah memorandum kutukan dan
hinaan kepada rejim zionis laknatullah beserta tali barut mereka.
Dalam surah Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Orang -orang yang beriman berperang di jalan Allah dan Orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kuncu-kuncu syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.”