Seringkali
manusia mengeluh jika apa yang dirancang tidak dapat dilaksanakan malah yang
lebih teruk ada yang berkelakuan seolah-olah menyalahkan takdir atas musibah
yang berlaku atas diri mereka.Hakikatnya manusia tidak berupaya untuk
menentukan nasib mereka.baik atau buruk,kita tidak punya hak langsung untuk
mencampuri urusanNYA.
Ya,
mungkin benar kita sudah berusaha untuk mentadbir diri kita dengan sebaiknya
namun jika takdir tidak mengizinkan,maka apalah daya usaha kita untuk
mempersoalkan kejadian itu kerna ianya bukan bahagian kita. tugas kita hanya
melakukan semua tanggungjawab dengan amanah, ikhlas dan bersungguh-sungguh
dalam mengharapkan keredhaannya.
Contoh
mudah seorang pemilik kereta waja, dia boleh melakukan apa sahaja dengan
keratanya itu, tukar sport rim kah, tukar tayarkah, nak tukar jadi kereta sport
pun boleh kerana kereta itu KEPUNYAANNYA. hak peribadinya. begitu juga dengan
seorang tukang masak, dia boleh mencorak pelbagai citarasa resepi mengikut
kehendaknya kerana makanan itu adalah dibawah TANGGUNGJAWABNYA. maka hanya dia
yang punya hak keatas makanan tersebut berbanding orang yang hanya tau merasa.
Jika
contoh-contoh diatas kita boleh menganggukkan kepala bersetuju dengannya, maka
mengapa apabila kita diuji oleh tuan pemilik diri kita hati menggelisah, jiwa
memberontak. sakit, perit, marah dengan musibah dan ujian yang diturunkan
kepada kita.
Layakkah
kita wahai sahabat untuk merasa begitu, kita adalah hamba, DIA adalah pencipta.
diberi peluang untuk menghirup udara segar setiap hari pun amat besar nikmat
yang diberikan sebenarnya.
Allah
menguji kita dengan bersebab. sebabnya sangat indah jika dapat difahami. DIA
memberi kita peluang untuk mendapat kasih sayangnya, DIA memberi kita ruang
untuk mendapat keampunanNYA. DIA memberi kita peluang untuk kita rapat dengannya,
mengadu dan menangis kepadanya. maka jika aku adalah orang yang terpilih untuk
menerima musibah itu, mengapa harus aku tidak bersyukur dengannya??
No comments:
Post a Comment