Raya dah berlalu. eh. belum habis lagi bulan Syawal. cuma aroma
dan kemeriahannya dah tak sama macam 1 syawal yang lepas. biasanya macam tu
lah. tak adanya nak sebulan raya berkunjung ke rumah orang. Alhamdulillah.
sempat habiskan sebulan berpuasa. besar harapan untuk jumpa kembali Ramadhan di
tahun hadapan. entah sempat entah tidak. kalau sempat Alhamdulillah. kalau tak
sempat, moga Ramadhan kali ni jadi penolong di hadapan Allah. Kita tak tahu bila kita dijemput. sebab itu manfaatkan segala
peluang dan ruang yang ada. bina ruang untuk baiki kelemahan diri. and stay
strong.
Raya kami bagaimana? biasa saja. seperti tahun-tahun
yang lepas. masa berkumpul dengan keluarga adalah yang paling manis. yeah. adik
beradik ramai hhmmpphh, nak cukup semua orang memang susah. jadi raya waktu
wajib untuk jumpa semua orang. rumah tok ayah dan tok wan dah sunyi. kalau
sebelum ni penat mulut menyuruh askar-askar senyap, sekarang cuma bunyi ayam
dan kambing yang kedengaran. kejap aku pandang kau, lepas tu ganti kau pandang
aku. kalau dulu penat sebab banyak kerja, sekarang penat sebab tak ada kerja.
So a red-letter day has passed.
Salam merdeka. I love my country. you? hakikatnya Malaysia saja
yang merdeka tapi rakyatnya masih belum merdeka. dan kita sebagai muslim
berjaya, the real meaning of independence adalah selepas catitan amal dibaca
disana. maka merdekalah kamu sesungguhnya. merdeka 55 tahun. Sedekahkan doa dan
Alfatihah pada pahlawan kita yang darahnya tidak disebut di dalam sejarah.
Sebangsa Senegara Sejiwa. Moga Malaysia akan lebih aman dan makmur
"SELEPAS'' ini.
No comments:
Post a Comment