AL-FATIHAH |
Dunia
islam dikejutkan dengan kehilangan seorang ulama sunnah yang besar. Menurut laporan,
beliau telah dibom bersama pengikutnya namun melihat kepada gambar di tempat
kejadian, timbul ragu-ragu di hati khalayak kerana Masjid Iman tidak kelihatan
seperti di bom.
Menurut
Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau
(Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya " "Tidak tinggal
lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku
sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk
mendoakan aku"
Pada
beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang
berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak
terlepas dari ganjaran ijtihad" (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang
tidak mendapat satu ganjaran) .
Sheikh
Ramadhan Al-Buti Syahid setelah dibom beberapa hari lepas di dalam Masjid Iman
di Dimasyq. Beliau akhir-akhir ini mendoakan kehancuran kepada rejim Syiah
Nusairiah, dan sedang dikawal ketat oleh pihak tentera. Sebelum ini beliau
mengambil pendirian untuk berdiam diri. Dalam usahanya untuk keluar dari Syria
beliau bersama pengikutnya dibom dan mendapat ganjaran Syahid. Moga Allah
merahmati dan memberi ganjaran yang sebanyak-banyaknya Mujtahid Ummah Dr.
Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. Hidupnya sebagai ulama, matinya sebagai
syuhada. al-fatihah.. Semoga rohnya bersama para syuhada', orang2 yang soleh
dan para nabi..
Dan
kedua-dua pihak saling tidak mengaku bersalah mengenai hal tersebut. Sungguh sedih.
Namun doaku Ya Allah, kau hancurkanlah rejim Basyar Arshad. Menangkanlah
agamaMU ini. Berikanlah kekuatan buat para mujahid di sana. Berilah kemenangan
kepada Islam.. Kami hanya ada KAU untuk membantu Ya Allah..
No comments:
Post a Comment