Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Ibarat
angin yang meniup lembut, kadang ia datang memberi damai. Kadang ia datang
menyapu segenap kerunsingan. Begitulah nikmat Allah. Namun seringkali hidup
tetap dibadai musibah. Wajarnya sebagai hamba Allah. Letakkan rasa syukur
mengatasi segalanya.
Alhamdulillah.
Begitulah
sedikit mukaddimah untuk catitan hari ini. Pengakhiran yang penuh dengan serba
serbi hikmah dari DIA Yang Punya Kuasa. Cantiknya DIA mengatur setiap segi
kehidupan. Kadang DIA berikan kita rasa bahagia. Untuk menguji rasa syukur
kita. Dan kadang DIA juga hadirkan rasa duka. Juga untuk menguji dimana letak
syukur dihati kita.
Hari
ini 4 jun 2015 akan diadakan majlis perpisahan. Di bumi INTEC ini. Tanah sekebun
bunga. Tempat aku mula belajar sepenuhnya akan keadaan dan suasana kerja
sebenar. Dulu pernah berjanji, untuk mencoret secebis dua kenangan disini. Dan aku
rasa inilah masanya. Walau bukan sepenuhnya namun biarlah laman ini jadi saksi.
Tanah
ini, bumi ini mengajar aku banyak hal. Tentang kehidupan. Tentang perikemanusiaan.
Tentang kasih sayang. Tentang professional. Dan tentang hubungan sesama Allah
dan manusia. Banyaknya aku belajar. Terima kasih semua kakak kakak dan staff
yang lain lainnya kerana banyak melayani aku sebaiknya. Hari pertama di sini. Aku
sejujurnya berdebar. Hamper tidak lena tidur malamku. Memikirkan kemungkinan
kemungkinan yang bakal terjadi. Sejujurnya aku cemas.
Hari
pertama. Insan pertama yang menyapa adalah kak Azlina. Aku ingat lagi. Betapa awalnya
aku tiba. Dengan ditemani abangku. Dia juga masuk menemani sehingga ke dalam
pejabat INTEC. Berpusing pusing juga kami mencari Blok B. hanya dengan
berbekalkan jawapan pendek dari Kak Na kelmarinnya. Kami redah saja selepas
mendapat peta dari abangku yang lain dan dia juga bekerja di sini.
Ingat
lagi hari itu. Abang ku berborak panjang dengan En Taufik. Sementara menunggu
Dr Adam datang. He was a director at INTEC. Serba sedikit di kesempatan hari
ini, mungkin ada lagi entry lain di masa akan datang. Kerana aku mengejar masa.
Mengejar masa dan kesempatan yang ada. Suoaya bait yang ku coret hari ini tidak
akan kulupakan sepanjang hayatku.
Subhanallah.
Aku masih lagi dirundum kesedihan. Untuk lari dari kebiasaan selama 20 minggu
ini. Untuk beralih ke fasa yang lain pula. Untuk perubahan baru dalam diari
hidupku.
Aku
hamba Allah yang berjalan di atas muka bumi ini tanpa henti. Dan aku akan terus
berjalan selagi nyawa masih belum dicabut. Doakan aku untuk perjalanan yang
seterusnya. Terima kasih untuk semua.
Untuk
INTEC.
Dan,
Untuk
kakna, istimewanya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment