Assalamualaikum divas..
It’s has been a long time. Why divas? Sebab baru saja habiskan
novel I LOVE U STUPID by MELUR JELITA. Jadi masih lagi dalam mood baik budi
teringat kisah-kisah kemanusiaan di Kemboja. So yeah. How’s life? Yah. Life has been too
busy. Rasanya semester baru ni tak banyak ada assignment dan task mencabar
macam sem lepas tapi perasaan tercungap tu lebih luar biasa untuk sem ni.
Bangun seawal pagi dan balik selewat malam. Itu biasa. Eh. dan feeling
dah terasa macam something terkurang untuk sem ni.
apa yang kurang? Masa untuk bercinta dengan buku-buku kesayangan.
Masa untuk bertanya khabar sahabat jauh dan dekat. Masa untuk duduk berehat dan
berkasih sayang dengan akhowat2 tersayang. Jiwa terasa kehilangan.
So, what I’m doing all this time. Last semester, still as junior.
Jalan tunduk-tunduk. Salam pun tak teragak nak cium tangan kalau muka tu tak
familiar. Muka manis jangan lupa senyum. Masuk tahun dua jalan muka angkat
sikit. Ahha banyak sebenarnya lol. So minggu taaruf untuk adik-adik done! Dah
berabad sebenarnya. Selamat datang ke Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan
Perhubungan korporat. Moga kalian jadi insan-insan yang cemerlang terbilang
dijulang. Ayuh, kita gemilangkan BCAR dan fakulti ini.
Entry ni special untuk orang yang special. Ohhohh. Belum terlambat
untuk ucap tahniah, mabruk, cukaemida dan berjuta-juta peluk cium untuk kakanda
tercinta. Tahniah sebab dalam ribut yang melanda dan taufan yang membadai dalam
tempoh waktu selama ini, berjaya juga! Berjaya untuk grab PHD. Sedari kecil,
dia yang paling banyak memberi sindiran sinis jika masuk bab pelajaran. Ya. Aku
ingat lagi. Masa form 3 dan kami sekeluarga ke UKM, tercengang seketika tengok
universiti. Masa tu aku lah budak malas dan anti buku teks. Budak bermasalah tak
minat nak belajar. What he says? “Na, kalau nak masuk universiti, duduklah
tengok tv” Pendek dan padat. tersentap masa tu. Aku diam.
Result yang tak berapa nak cun masa PMR aku cun kan bila SPM.
Alhamdulillah, dapat masuk Usim. bila dah berbulan di Tamhidi Usim, kekadang
dia telefon. Tanya macam mana belajar. Aku cakap susah, tak larat, nak balik
and bla bla .. And so he replied “ belajar bukan macam masak nasi goreng, nak
senang duk rumah tunggu orang minang”. Letak telefon. Aku gigit bibir.
Dan bila dah masuk degree, aku cuba buat yang terbaik.. Bila balik
kampung, soalan pendek “Na, pointer 3.9 berapa”. sorok muka bawah tudung saji.
Pelajaran paling penting. Itu yang dia tekankan. Tapi yang aku respect, he did
a good job. Bab ilmu agama dia tak tinggal. Dan komennya bila aku di USIM “good
luck adikku, dakwah adalah warisan para nabi dan rasul” Aku banyak terinspirasi
dengan gaya penuh sinis menyindir macam nak cakap aku tak boleh buat apa-apa.
memang pun. Tapi aku tercabar. So I will make sure I will do the best. To prove
that I can do it and I will make sure you proud of me. One day. So you
are the best.
"Alhamdulillah.
Tugas saya meletak tanda aras dlm keluarga kita dah selesai. Menjadi perintis
utk menjadi org pertama menggapai phd bukan senang, sbb belum ada model dan
track yg boleh diikuti sbg panduan. Skrg laluan sudah diritis. Harap adik2 dan
anak2 sedara yg ramai itu akan meneruskan legasi ini. Pengalaman ini boleh
dikongsi sbg panduan. Lebih mudah lalu kut lorong hok sudah ditebas sedikit
sebanyak berbanding meredah hutan tebal. Sgt gembira melihat adik2 ghairah utk
mencapai benchmark ini. Jika dulu bachelor adalah target keluarga kita, skrg
kalau sampai ke peringkat doctorate lebih baik. Menunggu Dr Abu Insyirah Dr
Siti Zainab Ibrahim Dr Latifah Ilyana Ibrahim Dr Hazwani Nadhirah n Dr Nor
Salihah Ibrahim pulak pah ni.."