Assalamualaikum..
Dari
Abu Hurairah r.a, katanya : “Rasulullah bersabda: “Demi Zat yang jiwaku ada di
dalam genggaman kekuasaannya, kamu semua tidak dapat masuk syurga sehingga kamu
beriman. Dan kamu semua belum dianggap beriman sehingga kamu semua saling
mencintai. Sukakah kamu aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu lakukan, maka
kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah ucapan salam sesama kamu.”
(Hadis Riwayat
muslim)
Selamat
pagi. Eh pagi. Lihat jam. 3.03 pagi. Entah kenapa malam minggu yang indah ini,
banyak pula dugaannya. Mata tak dapat lelap dan nasiblah ada yang menemani di
sisi. Syukur. Beberapa kejadian yang berlaku memang banyak melemahkan semangat.
Kalau bukan Allah yang kupahat di hati, mungkin diri yang hidup setakat roh
yang kosong. Subhanallah. Terlalu banyak petanda kebesarannya yang jika kita
renung pastilah semakin bertambah tahap keimanan diri.
Dalam
mengharungi setiap saat liku-liku hidup, aku pasti bersyukur bilamana aku diuji
dengan dugaan yang aku tak mampu tanggung sendirian, pasti akan ada yang di
sisi. PASTI. Walau Cuma seorang yang hanya mampu duduk dan melihat aku, aku
sudah cukup bersyukur. Rupanya Allah itu tidak tinggalkan aku sendirian tanpa
arah tuju. DIA pasti hadirkan pertolongan walau tanpa aku sedar.
Sejujurnya,
tiada sebab untuk aku bergundah gulana. Cuma, in some cases, kejadian pelik
yang berlaku di sekeliling dan terjadi kepada insan-insan sekeliling banyak
menyedarkan aku dan menakutkan sebenarnya. Heheh hanya berharap diri kita
sentiasa dijaga oleh DIA yang Maha Kuasa. Islam telah mengajar kita untuk
menjaga diri sebaiknya. Jangan kita tinggalkan al-quran terlalu lama. Jangan
terlalu bersuka ria tanpa sebab. Cuma terpulang bagaimana pelaksanaan kita.
Aku
hanya berharap insan-insan yang diuji dengan dugaan sebegitu sentiasa tabah dan
kuatkan diri. Semuanya dalam kehendak dia Yang Satu. Kuatkan semangat dan
teruskan mencari kekuatan yang hanya lahir hasil dari dekatnya kita dengan DIA.
Allahuakbar. Semoga Allah menjaga diri kita semua dalam segala macam hal. Aku ini
wanita yang kuatnya bukan seberapa. Syukurlah. Sahabat sentiasa di sisi. Mengharungi
setiap apa yang berlaku bersama-sama. Indahnya silaturrahim apabila telah mula
terasa kasih bersemai di dalam hati. Dan itulah yang aku rasa dengan mereka
ini.
Aku
baca hadis berkenaan meluahkan cinta dan sayang kerana Allah untuk mereka. Senyum.
Sambil kata sweet kan. Padahal aku nak kata aku cinta mereka kerana Allah. Ceh pandai.
Semoga kalian yang membaca akan terasa dengan manisnya ukhuwwah dengan
insan-insan sekeliling anda. Jaga dan peliharalah hubungan itu kerana hadir
mereka dalam hidup kita akan lebih memaknakan perjalanan di dunia ini.
Selamat
mengatasi ketakutan dengan mendekatkan diri pada NYA. Till then, wassalam.
No comments:
Post a Comment