Assalamualaikum..
Rindu nak
berblogging sentiasa ada dalam hati. Kadang-kadang kaedah menulis sangat
membantu aku untuk melepaskan tekanan dan melupakan masalah dunia buat
seketika. Dulu masa kecik aku sangat layan baca novel jadi cita-cita aku nak
jadi novelis. Perrghh maka bermula dari aku kecik tu lah aku ada satu buku log
untuk cerita-cerita mengarut aku. Cerita yang tak ada opening dan ending sebab
selalu tergantung dek kerana imaginasi si kecik macam aku masa tu selalu
bertukar, jadi hero heroin dan plot cerita
selalu berubah-ubah. Kiranya tu hobi masa kecik aku la tu Hah hah hah tapi
sekarang impian entah kemana, buku buku aku dulu pun dah masuk gua mana ntah.
Niat nak
buat blog dah tertanam sejak dulu. Aku suka menulis. Dan aku suka berkongsi apa
yang aku rasa betul. Tapi kadang-kadang aku tak suka orang baca tulisan aku. Gila
bukan. Rendah diri, mungkin. Sejak minat berblogging, aku admire ramai blogger.
Malah aku tengok team blogger ni boleh jadi bestfriend semata-mata kerana 1
benda. BLOG. Sejak saat tu aku notice 1 benda, perkara yang kita suka buat,
kalau kita lakukan sepenuh hati mesti
akan bagi manfaat pada kita. Padahal benda tu kadang-kadang simple je. Contohnya
kalau kita suka online. Memang betul-betul suka online sampai dah tak dengar
orang nasihat masa itu emas bla bla bla.. kita boleh manfaatkan minat beronline
kita tu dengan berbisnes. Duit masyuk dan hati pun senang.
Bagi aku ada
hobi sangat meneyeronokkan. Nama pun hobi kan. Hobi tu benda yang kita selalu
buat dan suka buat kalau kita tak ada buat benda lain. Aku selalu gelak bila
ingat balik zaman kecik-kecik dulu. Bila cikgu suruh kenalkan diri mesti cikgu
ada tanya hobi kita apa. Dan jawapan kita mesti common dengan semua orang. Baca
buku, tengok tv, main bola sepak, menyanyi. Aku suka cakap hobi aku memasak walaupun
bukan sedap pun air tangan aku. Kah kah kah
Terfikir dak
sebab apa orang suka tanya kita apa hobi kita. Orang akan nilai dan kenal diri
kita dari apa yang selalu kita buat. Kalau hobi kita membaca, oh ni mesti budak
pandai. Kalau hobi kita bermain, oh ni mesti budak aktif. Tapi tak semestinya
betul lah. Sekurang-kurangnya bila kita ada hobi, bermaksud kita ada satu benda
yang kita enjoy dalam life ni. Seronok kan buat apa yang kita enjoy dalam dunia
ni.
Dan hobi aku
yang paling dominan buat masa ni adalah berangan. Hah hah hah. Sebab tu cita
cita nak jadi penulis ppffttt. Apapun aku sangat enjoy bila hidup ada benda
yang kita suka buat. Asal benda tu tak melanggar syariat dan peraturan yang
Allah dah tetapkan untuk kita, kita bebas untuk buat apa saja. Anda anda dan
anda yang sedang membaca, selamat menikmati hidup ini dengan penuh rasa syukur
dan enjoy your life with the right way.
Kalau bukan
Allah itu Tuhan ku dan Muhammmad itu Rasul ku, sudah pasti Latifah Ilyana Ibrahim
adalah insan yang hanya kosong dan sepi jiwanya. Till then, wassalam !
No comments:
Post a Comment