Assalamualaikum..
Anda tahu apa
topik hangat seminggu dua ni? Tak tahu? Eh maknanya anda betul-betul baik duk berkurung
dalam bilik baca buku tebal tak bersosial macam orang nih wow nak tabik lah hebatnya
Baiklah. Pasukan
bola sepak negara kita Harimau Malaya dah melayakkan diri ke peringkat separuh
akhir. Even masa awal pusingan dan sebelum tu lagi dalam perlawanan
persahabatan Harimau Malaya asyik kalah aja dan saya percaya ramai yang risau
dan tak percaya akan kemampuan sang rimau untuk melangkah ke pusingan seterusnya
dalam AFF Suzuki Cup ini tapi mereka bangkit setelah tewas 0-3 kepada Singapura
dengan mengalahkan Laos 4-1 dan wah Indonesia musuh ketat pun berjaya
ditewaskan dengan jaringan hebat 2-0.
Saya tertarik
dengan kata-kata Imam Muda Assyraff bila Harimau Malaya berjaya melangkah ke
separuh akhir. “pasukan kita sedang diuji. pemain sedang diuji. Para penyokong
juga sedang diuji. Semua orang sedang diuji oleh Allah s.w.t” bila baca meremang
jugak bulu roma. Tau. Banyak yang alpa dan leka bila musim-musim macam ni. Mungkin
pengertian diuji IM berlainan dengan saya namun matlamat penyampaiannya tak
jauh berbeza. Barangkali.
Banyak yang
tak kena. Maaf bagi sesetengah pihak yang memilih untuk bertengkar lidah dengan
penyokong-penyokong Indonesia. Melayan dengan menghamburkan kata-kata kesat
dari seorang bangsa melayu yang beragama Islam mungkin sangat tidak manis untuk
dipandang dan meresahkan hati menyaksikan perlakuan ini berlaku di depan mata
sendiri. Lumrah barangkali. Tiada siapa yang pelik bila kekecewaan menyaksikan
pasukan sendiri kalah dan tersingkir. Jika kita bagaimana? Pedih bukan. Tahu. Kadang-kadang
bukan kita yang memulakan. Saya cukup arif tentang itu. Rakyat Malaysia yang
berhemah tinggi dan berbudi bahasa adalah insan yang cukup hebat di mata saya. Lebih
hebat jika bijak mengawal emosi.
Kita juga ada
Ultras Malaya. Ultras Malaya juga akan jadi kumpulan sorak yang hebat jika
hebat menggunakan kata-kata semangat untuk menaikkan moral pemain kita, bukan
hebat bermain kata menghina negara orang. Erk. Mendengar sendiri sorakan ketika
Malaysia menentang Singapura menyebabkan darah meruak ke muka. Eh silap negara ke
tapi ini orang Malaysia. Ohh barangkali mereka ‘’terlalu’’ mahu pemain bangkit.
Tapi jujur ia ‘’amat’’ tidak manis. Walau
bagaimanapun peranan Ultras Malaya sangat besar. Mereka yang menghidupkan suasana
di stadium. 90 minit perlawanan, suara mereka tidak pernah berhenti. Wajar mereka
diberikan ucapan terima kasih di atas semangat waja yang di tunjukkan. Tahniah.
Di saat
inilah tidak kira apa pun status kita, jurujual, doctor pakar, artis terkenal,
penganggur terhormat atau student sepenuh masa seperti saya pasti akan bersatu
untuk memberikan sokongan sehabis daya buat mereka. Masa inilah bahagianya rasa
bila si A dan B yang berbeza fahaman politik boleh sama-sama menjeritkan satu
irama gol tanpa pertelingkahan pendapat seperti biasa. Pada waktu inilah,
semangat warga Malaysia sedang berada di kemuncaknya. Tangan dan suara yang
seirama melambangkan penyatuan hati dan jiwa rakyat Malaysia. Ya. Semuanya kerana sebiji bola.
Separuh akhir
pertama akan berlangsung pada Ahad ini. melayan kunjungan Thailand. Ingat. Kita
tidak mudah rebah. Malaysia tanah tumpahnya darahku. Sama-sama memberikan
sokongan dengan cara yang paling terhormat tanpa mengenepikan adab-adab seorang
Islam dan melayu. Semoga Harimau Malaya dapat bermain dengan baik dan tidak
berlaku perkara yang tidak di ingini. Ayuh tinggikan sorakanmu, ini demi maruah
Negara di mata Asia Tenggara. Doakan kejayaan
mereka. Mereka kebanggaan kita. Hashtag HARIMAU MALAYA!