Thursday 29 January 2015

Rezeki


Assalamualaikum..

Today is another day. For me to challenge myself,

Hai. Lambai tangan.

Dah lama tak buat episode luahan hati. Kan?

Shall we proceed with one? *fikir tajuk

Alhamdulillah. Sejak dah balik menetap di Terengganu hati agak bahagia sebab dah lama tak rasa duduk lama macam ni dekat negeri sendiri. I love the smell, I love the air, I love everything about my state. Yang paling best sebab rasa mak ayah adik adik sedara mara dekat di hati walaupun jauh jugak di mata.

REZEKI.

Dulu masa kecik kecik tak faham sangat. Selalu berebut itu ini lepas tu merajuk kalau tak dapat. Bukan tak boleh nak fikir. Itu bukan hak kita. Sekarang dah boleh reflect sebab banyak benda kita boleh relate bila dah jadi depan mata.

Ada kawan yang doploh pat jam layan kpop hari hari duk mai sembang oppa itu oppa ini , semua drama daripada yang tak best kepada yang best pastu siap update latest drama semua  dia tahu tapi eh Final Exam boleh skor dengan gempak.

Ada orang yang dia rasa dia tak perform better pun kebetulan masa exam tengah sakit Allah nak bagi dugaan dah selama ini sihat jarang nak bersyukur tapi eh result exam pun dapat skor dengan cemerlang gemilang terbilang gitu.

Dan pernah je jumpa orang yang kalau kita tengok dia, Ya Allah kesiannya sebab makan pakai pun cukup cukup padan je dengan apa yang dia ada. Tapi Subhanallah Allah bagi rezeki untuk dia boleh terus go on walau dalam keadaan tersepit macam tu.

Dan selalu je kita claim diri kita lebih baik dari orang, eh orang tu takda la bagus sangat pun tapi dalam apa apa exam ke pointer ke dia lagi gempak dari kita. Pernah jumpa?

Dan bagi aku pun, bukannya takda rasa cemburu bila bukak instagram tengok kengkawan duk upload gambar main salji lah, upload gambar bunga sakura lah. Aku pun cemburu. Aku pun nak pergi overseas gak. Aku pernah hampir putus asa, kadang kadang kita tak sangka. Apa yang kita nak tak semuanya kita dapat.

ITU NAMANYA REZEKI.

Kita kena pegang dan yakin yang selagi mana kita berusaha, ada doa, Allah tu baik. Baik sangat. Tiada yang mustahil. Yang penting kita buat bahagian kita, USAHA. Dan dari situlah kita belajar, ada orang dia lebih pada keluarga. Mak ayah baik baik, keluarga bahagia. Alhamdulillah. Ada orang dia senang dalam belajar, mudah faham. Ada orang cepat diberikan jodoh. Baik baik lagi tu. Alhamdulillah. Mana yang Usaha, Allah akan beri.

Allah nak suruh apa?

Allah nak suruh kita usaha. Memang susah. It takes pain. Struggle. Allah nak kita rasa betapa manisnya sebuah bahagia atau kejayaan tu bilamana kita penat penat usaha lepas tu kita dapat.

Kita merancang, Allah tentukan.

I’ve been experienced so many things.

Dulu cita cita nak jadi lawyer. Memang minat sungguh. Sampai praktis diri untuk suka debate dan Alhamdulillah memang jatuh cinta. Mak ayah family pun tahu macam mana aku. Tapi lepas SPM Allah bagi rezeki lain. Asasi perakaunan which I really hate it. Ha ha

Pastu lepas habis asasi boleh sambung degree Alhamdulillah I fell in love with Corporate Administration. Bukan calang calang kursus. Dan sungguh sungguh Allah pujuk hati dan terbitkan rasa cinta pada bidang yang aku pilih. Memang dari zaman asasi dah set target No accounting, No marketing. Mata dah padu pada corporate admin. Bila dah lama belajar, memang kena dengan jiwa.

SEE?

Itulah kata rezeki. Allah nak bukak rezeki kita dari pelbagai jalan dan pintu. Memang kita tak nampak. Sebab dia unexpected. Kan cantik tu. Memang kadang kadang kita merungut, itu tak kena ini tak kena. Ada yang baru nampak hikmah lepas sepuluh tahun benda tu terjadi. 

Semua ada bahagian masing masing. Ada takdir kita yang indah, esok esok Allah bagi kita rasa seronoknya ada air mata. Ada waktu kita rasa berdukacita, mana tahu esok esok allah beri kita bahagia.
Allah kan Ar-Razak, Yang Maha Pemberi Rezeki.

Allah is fair.

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Monday 26 January 2015

First Day.


Assalamualaikum w.b.t

Hai, today is my first day of internship. Hmm

So how ? hee.. krik krik krik

Was it bad?

Nope. It was so interesting. Seriously.

Been introduced to many peoples. My senior staff. I wish i can be closer to them in 20 weeks. Oh ya, I like my director. Dr Adam. He’s from UK, Deputy Director is from Indonesia. Say hai to speaking everyday. *its a challenge and I like it.

next time Insya Allah I will let you hear another story. Do pray for my internship period k.

Till then, wassalam.


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Sunday 18 January 2015

Dinner Treats by Prof Dato Dr Muhammad : Throwback

Assalamualaikum..

Hai. Apa khabar :p

Episode throwback bermula. Jeng jeng jeng

Bismillah.


Tak pasti tarikh yang betul masa kami satu kelas dapat jemputan dari Prof Dato Dr Muhammad untuk having a dinner together. Yang pasti semester lepas la ni ha ha * tak boleh lamaa lagi ke nak throwback pun hmm


Prof memang baik dan pemurah. Setiap kali semester pasti Prof ada ajak students untuk keluar makan makan. Terima kasih Prof. Moga murah rezeki Prof. kami pun decide la eh jomm aa kita beli kek ke apa ke as a token la dah Prof baik hati dah ajak kami dinner hi hi jadi kami pun beli Kek Secret Recipe sambil menyanyikan alunan Allah selamatkan Prof Muhammad pada malam tersebut  alololo suweet nya TMD 3 .




Nah. Bagi juling sikit mata. Jangan pemalas.






TMD3’S HEROES. KAH.








Nakal betul diorang ni * tunjuk diri sendiri. Dah siap potong kek pastu suruh prof suap zaujah di sebelah elelele tersipu sipu mereka. Sporting prof he he



I cannot even imagine where I would be today were it not for that handful of friends who have given me a heart full of joy. Let's face it; friends make life a lot more fun. Instead of loving your enemies - treat your friends a little better - Quotes


Sekian, Wassalam.

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Malam Apresiasi Pelajar Tahun Akhir FEM / Iceps1O : Malam Sejuta Kenangan


Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan perjalanan hidup. Sihat dan bertenaga. Lapang dan memuaskan.

Termenung dan memikir.

*Begitu banyak nikmat dari Tuhanku yang aku dustakan. 





Semalaman aku dibuai kenangan. Teringat saat saat  pertemuan pertama aku dan mereka. Begitu indah jalan cerita yang Allah sediakan untuk ku isi perjalanan di bumi Usim ini. Adalah hari ini, saat saat perpisahan telah kita tempuhi, antara kita yang jaraknya bukan sedikit. Hembusan udara semenanjung dan jaraknya merentas Laut Cina Selatan membuat aku tersedar sememangnya Allah mencipta kisah kita sebegini untuk menguji sedalam mana setia kita dalam persahabatan. 







People aren’t always what you want them to be. Sometimes they disappoint you or let you down, but you have to give them a chance first. You can’t just meet someone and expect them to be everything you’re looking for and then be angry when they’re not every hope and aspiration you projected onto them.

It’s foolish to believe that someone will be what you imagine them to be. And sometimes, when you give them a chance, they turn out to be better than you imagined. Different, but better. That’s my friends. <3







When we honestly ask ourselves which person in our lives means the most to us, we often find that it is those who, instead of giving advice, solutions, or cures, have chosen rather to share our pain and touch our wounds with a warm and tender hand.

The friend who can be silent with us in a moment of despair or confusion, who can stay with us in an hour of grief and bereavement, who can tolerate not knowing, not curing, not healing and face with us the reality of our powerlessness, that is a friend who cares.










One friend with whom you have a lot in common is better than three with whom you struggle to find things to talk about. Thank you Cima for everything. Aku jadi sayang dan kepingin nak ke Sabah sebab kau la bah. Boleh bah kalau kau




Insya Allah, doakan aku berjaya menjejak Sandakan suatu hari nanti. Kalau tak seorang, berdua. Ha ha Joking bah Cim. 





Kalian ..

Masih aku ingat, kali pertama melangkah masuk ke kelas, bukan ada sepatah kata, bukan ada teguran mesra, kerana aku kelu bagaimana cara untuk aku membina mukadimah. Sejarah itu jadi kenangan, tersimpan jauh di ruang memori.

Terbinanya persahabatan bukan pada cuit mesra yang langsung kita bina namun pada laluan hari demi hari dalam menyimpul ikatan. Bergaduh, tersenyum, merajuk. Itu bukti kita pernah bersama. 




  
 Kelmarin..

Di bawah serambi fakulti itu

Kita sama sama mengumpul tenaga demi yang digelar ilmu

Yang kita kutip dengan mengeluh penat di jiwa

Namun cuma tersenyum dan tawa bahagia

Hari ini kita terpisah jauh

Antara dua benua

Antara selautan rindu

Kesepian yang sering menyinggah

Dan rindu yang sentiasa menghuni 





Us three. Dari tahun 2 bersama. Subahanallah. Going through a ton of hardships together. Paling menangis rindu dekat mereka. Wuhuu Housemates – classmates - groupmates – runningmanmates (haha) - Dulu kalau orang lain nampak hanya berdua, pasti ditanya mana yang seorang lagi. K rindu 




                
"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati,  ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat,  semakin aku percaya diri,  aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya,  dalam suka dan duka,  jika aku dapat,  aku ingin setia padanya" - Imam Syafie





Bukan sekali. Tapi banyak kali. Hinggalah aku dipertemukan dengan mereka. Well to make real friends you have to put yourself out there. Sometimes people will let you down, but you can't let that stop you. If you get hurt, you just pick yourself up, dust off your feelings, and try again.





Hmm. Nasib baik ada Liya. Kawan baik insya Allah. Dari  zaman kecik kecik masa tamhidi lagi bersambung sehingga sekarang. Tak pernah reti nak hipokrit depan Liya. Sebab mesti dia faham aku lebih walaupun bukan satu kelas. Sejenis kembar. Tapi tang pipi ja. :p



                                           
There used to be days that I thought I was okay, or at least that I was going to be. We'd be hanging out somewhere and everything would just fit right and I would think 'it will be okay if it can just be like this forever' but of course nothing can ever stay just how it is forever. Kan?



                                                                    
Nothing is the same. Nothing will ever be the same again. Masa malam nak balik, masa tu jugak salah step. Salam peluk cium family TMD3 insya Allah bukan untuk kali yang terakhir. Tapi masa salam, duk menatap mata duk menatap muka. Hmmph hujannnnn !





Berebut tisu. Lunyai. Nasib baik masih boleh gelak dan sambung selfie. LOL



Jika takutkan ombak jangan berumah ditepian pantai. Begitu juga, kita, Jika takutkan perpisahan jangan hampiri pertemuan. Inilah hakikat sebuah kehidupan yang sentiasa berputar  ibarat roda yang berpusing. Berjauhan kita tidak semestinya melupakan. Okay ?


Dari saat kita bertemu hingga malam ini yang terakhir, terima kasih kerana menerima Latifah Ilyana sebagai teman di hati kalian. Dan aku sama sekali, tiada sangsi bahawasanya kasih dan cinta ini sama seperti yang aku limpahkan buat keluargaku. Terima kasih, kerana setia. Terima kasih, kerana menjaga segala rahasia. Terima kasih, untuk segalanya.




“In every friendship hearts grow and entwine themselves together, so that the two hearts seem to make only one heart with only a common thought. That is why separation is so painful, it is not so much two hearts separating, but one being torn asunder.”



 I shot an arrow into the air,

It fell to earth, I knew not where;

For, so swiftly it flew, the sight

Could not follow it in its flight. 


I breathed a song into the air,

It fell to earth, I knew not where;

For who has sight so keen and strong,


That it can follow the flight of song?


Long, long afterward, in an oak

I found the arrow, still unbroke;

And the song, from beginning to end,


I found again in the heart of a friend.

Hari ini kita telah kembali ke pangkuan keluarga, seperti mana yang kita katakan dulu. Kita mahu berbakti kepada mereka. Pastinya, perpisahan ini membawa cerita bahagia. Tabahkanlah hati dan bersabar serta berbahagialah bersama keluarga tercinta.

Selagi nyawa dikandung badan, budi baik pasti aku tak lupakan.

Kalian teman terbaik. Insya Allah.

14 January 2O15




currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.