Friday, 16 January 2015

Warkah untuk Hasina : Salam Ulangtahun ke 23


Assalamualaikum

Alhamdulillah, kita masih lagi dihidupkan oleh Allah Taala sehingga ke hari ini, mudah-mudahan Allah memberkati kita di setiap hari yang kita lalui ini dan menyampaikan umur kita dengan segala kebaikan yang kita lakukan dan moga beroleh ganjaran syurga di sana kelak.

Pada entry kali ini, aku ingin berkongsi dengan seluruh yang sudi menatap tentang seorang insan istimewa yang sekian lama bertakhta di hati ini. Menyambut ulangtahun kelahiran seseorang bukanlah sesuatu yang dianggap perkara terutama dan terbesar namun sebagai seorang manusia bukankah lebih baik sekiranya kita menggembirakan hati sahabat kita hatta walau sepatah kata tanda ingatan dan kita sebagai orang Islam tentulah diajar dengan perkara-perkara yang paling baik agar tidak menyimpang dari landasan syariat yang Allah aturkan dalam upacara sambutan sebegini.

5 January. Tarikh yang sejak 4 tahun lalu menjadi tarikh berharga bagi aku. Bermacam macam warna pelangi. Begitu indah dipandang. Bermacam macam ragam dan karenah teman. Engkau yang menjadi pujaan. Untuk teman baik ku, kami merasai tiap kesedihan dan air mata yang engkau lalui. Terjalnya jalan hidup yang kau lalui, tak pernah menyurutkan semangat. Malah engkau yang paling kental harapan dan pergantungan nya antara kita semua. Hingga tepat di detik ini terukir indah kenangan di 5 January, tawa dan tangis yang engkau tempuhi silih berganti menyertai setiap langkah hidupmu.

Demi menggembirakan insan kesayangan kami ini, hari kejadian. 5 January, Paper Fiqh Muamalat 2 pada Jam 2.3O petang. Masih berlagak biasa tanpa sebarang riak. Dia juga cuba berlagak biasa walhal.. ha ha maafkan kami Siena. Terima kasih untuk concern kami tertinggal bas. Terima kasih sebab terharu dengan kejutan. Ha ha 


Watak watak pelakon cerita layar pendek namun penuh makna jeng jeng jeng .. 

DAYANG NABILAH SI TUKANG PENYELAMAT KEADAAN
DALILAH ANUAR TUAN PENGARAH BERJASA
AFIFAH AZIZ PENYERI SUASANA 
AZIMA TUL FARHANA PHOTOGRAPHER BERJAYA
SYAHIRAH JAFREE PELAKON WATAK UTAMA
LATIFAH ILYANA TUKANG PENYEDIA PROPS BERSEPAH DAN TUKANG SIBUK
SYARAH ATHIRAH SI CHEF MERANGKAP PENIUP BELON HA HA
Sementara si watak utama melakonkan wataknya, maka bercempiaranlah enam yang lain merubah tara halaman buat si teman yang lebih dulu menuju 23 usianya. Ribut. Kalut. Ha ha memori indah sampai tua Insya Allah.  



Buat teman baikku,

Biarlah kami yang mengiringi kebahagiaanmu di hari yang telah kami rancang petanya.

Biarlah kami yang menyertai setiap langkahmu biar riakmu tak bisa kami teka.

Biarlah kami, yang merasa terhutang dengan kasih sayang dan perhatian yang telah engkau limpahkan selama ini tanpa mengenal perit di hati sendiri. Bertambah usiamu satu tahun, bergembiralah. Hanya ini yang termampu kami hadiahkan. Moga ada masa jodoh yang Allah tetapkan kita bertemu lagi di keraian 5 January yang lain.












Sanah helwah bucuk. I love you to the moon and back. 


Waktu berjalan tiada henti, mengiringi rembulan dan mentari, yang terbit nan tenggelam setiap hari mengiringi usiamu yang terus bertambah dari hari ke hari, hingga saat ini Selamat ulang tahun ke 23 sahabat kesayanganku. Semoga hari hari depanmu lebih bahagia dan penuh harapan, Meski ada sedikit rintangan anggaplah itu hanya suatu cubaan untuk menguatkan imanmu.

Jujur kami katakan, di saat lagu ulang tahun mu kami kumandangkan, sebak bertalu mengiringi doa dan harapan agar kau akan sentiasa tabah kerana Allah hanya menduga hamba kesayangannya sesuai dengan kemampuannya.







Sina, maafkan aku. Selepas pemergian abah mu. Tak terluah kata kata saat aku berhadapan denganmu. Banyak lafaz bicara yang telah aku rencanakan saat kita bertemu. Namun tiada satu pun yang keluar dari bibir ini. Bukan tidak mahu menunjukkan simpati, apatah lagi segan mau berkongsi empati. Namun kuat tutur bicara kau Sina membuat aku kelu.  Kagum namun hatiku menangis hiba. Maafkan aku, sekiranya pelukan yang aku simpan hingga saat akhir kita bersua tidak sehangat perasaan sebak dan hiba yang melanda seluruh jiwa raga aku tika aku mau berkongsi rasa itu. Maafkan aku sekiranya aku terlambat menghulur salam supaya kau terus kuat dan kuat.  


SAHABAT yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. SAHABAT yang baik penunjuk jalan, penguat langkah, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi.  Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" (20:29-35)


Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah.


Terima kasih kerana jadi ‘Teman’ itu, bagi aku,  yang aku harapkan.


Sina kuat kay. Ramai orang sayang Sina. Ingat janji kita sebelum getting married ha ha *macam esok lusa je kan Sina, hmm kita backpacking around the world dulu. Mana kau nak pergi, aku ikut. Asal ada kau, aku tunggu.  Insya Allah. Dengan izinnya.  

5 January 2O15

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

No comments: