Thursday 4 June 2015

Perjalanan baru



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ibarat angin yang meniup lembut, kadang ia datang memberi damai. Kadang ia datang menyapu segenap kerunsingan. Begitulah nikmat Allah. Namun seringkali hidup tetap dibadai musibah. Wajarnya sebagai hamba Allah. Letakkan rasa syukur mengatasi segalanya.

Alhamdulillah.

Begitulah sedikit mukaddimah untuk catitan hari ini. Pengakhiran yang penuh dengan serba serbi hikmah dari DIA Yang Punya Kuasa. Cantiknya DIA mengatur setiap segi kehidupan. Kadang DIA berikan kita rasa bahagia. Untuk menguji rasa syukur kita. Dan kadang DIA juga hadirkan rasa duka. Juga untuk menguji dimana letak syukur dihati kita. 

Hari ini 4 jun 2015 akan diadakan majlis perpisahan. Di bumi INTEC ini. Tanah sekebun bunga. Tempat aku mula belajar sepenuhnya akan keadaan dan suasana kerja sebenar. Dulu pernah berjanji, untuk mencoret secebis dua kenangan disini. Dan aku rasa inilah masanya. Walau bukan sepenuhnya namun biarlah laman ini jadi saksi.

Tanah ini, bumi ini mengajar aku banyak hal. Tentang kehidupan. Tentang perikemanusiaan. Tentang kasih sayang. Tentang professional. Dan tentang hubungan sesama Allah dan manusia. Banyaknya aku belajar. Terima kasih semua kakak kakak dan staff yang lain lainnya kerana banyak melayani aku sebaiknya. Hari pertama di sini. Aku sejujurnya berdebar. Hamper tidak lena tidur malamku. Memikirkan kemungkinan kemungkinan yang bakal terjadi. Sejujurnya aku cemas. 

Hari pertama. Insan pertama yang menyapa adalah kak Azlina. Aku ingat lagi. Betapa awalnya aku tiba. Dengan ditemani abangku. Dia juga masuk menemani sehingga ke dalam pejabat INTEC. Berpusing pusing juga kami mencari Blok B. hanya dengan berbekalkan jawapan pendek dari Kak Na kelmarinnya. Kami redah saja selepas mendapat peta dari abangku yang lain dan dia juga bekerja di sini. 

Ingat lagi hari itu. Abang ku berborak panjang dengan En Taufik. Sementara menunggu Dr Adam datang. He was a director at INTEC. Serba sedikit di kesempatan hari ini, mungkin ada lagi entry lain di masa akan datang. Kerana aku mengejar masa. Mengejar masa dan kesempatan yang ada. Suoaya bait yang ku coret hari ini tidak akan kulupakan sepanjang hayatku. 

Subhanallah. Aku masih lagi dirundum kesedihan. Untuk lari dari kebiasaan selama 20 minggu ini. Untuk beralih ke fasa yang lain pula. Untuk perubahan baru dalam diari hidupku.

Aku hamba Allah yang berjalan di atas muka bumi ini tanpa henti. Dan aku akan terus berjalan selagi nyawa masih belum dicabut. Doakan aku untuk perjalanan yang seterusnya. Terima kasih untuk semua.
Untuk INTEC.

Dan,

Untuk kakna, istimewanya. 

Wassalam.


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.