Sunday 13 May 2012

Assalamualaikum... kakak!

Assalamualaikum. Selamat malam. Eh pagi!

Ehem2.. *betulkan suara yg sengau sebab selsema

Pagi ni sebenarnya excited. Sebab. nak celebrate birthday bersama ehem-ehem

Nanti story ya. Jangan fitnah-fitnah. Dosa! Walaupun sebenarnya dah terlambat. Banyak hari. Tapi tetap excited. Plus sambut dengan kembar yang baru jumpa. Btw, today is 13 May 2012.

Today ada orang tu dah cukup umur 15 tahun. Coincident, last night tertekan number dia sebab rindu. Hahha..  mesti orang tu tak caya. Tak heran la.. hari ni hari bersejarah dia.


My niece. Yang sulung. Btw, kakak! Memang la mok na mengaku mok na lupa semua tarikh hampa dilahirkan. Sebab korang ramai. *alasan.. bla bla bla.. tapi selagi hampa ingat tarikh lahir hampa, tolongla bagitaw pada hari kejadian. insyaALLAH mok na ingat (pada hari itu saja). hee.. :p

Well, I make a promise with her nak wish panjang-panjang. Tapi sebab semalam busy dengan kerja jadi penat nak menaip kat mesej.

My dear kakak,

Usia bukan penentu segalanya
Tapi usia tanda kita dewasa
Kengkadang some people excited bila ‘birthday’
Tak salah. Tapi itu tanda usia kita makin bertambah.
And you know what?

Itu juga tanda. Kita makin hampir dengannya.
Itu juga tanda ‘hari itu’ makin dekat. Untuk kita bertemunya.
Kalau tak suka mok na cakap macam ni.. sila lempang diri sendiri :p
Harapan mok na sama saja dengan harapan ibu, abah dan yang lain
Harap kakak jadi insan paling berguna untuk agama dan keluarga
Panjang umur dan murah rezeki


“Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh baik laki-laki mahupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun”
Al-Nisaa 124

Get it?   Tak?

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itulah adalah penghuni-penghuni syurga. Mereka kekal didalamnya.
AL-Huud 23

Siti Hajar. Bukan nama sembarangan. Nama yang dipilih kerana terkenangkan  mulianya pekerti bonda Nabi Ismail. Nama yang dipilih kerana terkenangkan tabahnya hidup isteri Nabi Ibrahim. Betapa cekalnya Siti Hajar menjalani hidup dengan menghadapi pelbagai dugaan, begitu juga harapan mok na. betapa bertaqwanya Siti Hajar menerima dugaan dirinya,begitu juga hasrat mok na. biar Siti Hajar ini tidak sesempurna Siti Hajar itu, tapi cukup jika iman dan taqwa menghiasi dirimu. Cukup andai Siti Hajar ini cukup taat kepada ibu dan abah. Cukup sayang pada adik-adikmu. Cukup hormat pada guru dan ilmu. Cukup jika Siti Hajar ini tahu erti perjuangan islam dan membahagiakan hati orang-orang disekelilingnya.cukup jika Siti Hajar ini tahu betapa istimewanya harga diri seorang wanita. Jika dipelihara dan dijaga. ALLAH akan mengangkat martabatmu.

Nasihat ini bukan untuk kakak saja. Tapi mok na juga. Dan semua ‘sayang-sayang’ kita yang lain. Supaya kita bukan sahaja dapat bercinta di sini. Tapi yang lebih penting, adakah kita masih lagi boleh bersama di sana untuk menyambung jalinan cinta yang kita bina hari ini. Harapnya ya. Dan jawapannya bukan di bibir. Tapi pada amalan kita.

Lastly, mok na doakan kejayaan kakak dalam PMR yang akan datang. Kalau tak score bukan Siti Hajar Amir la tu. :P Doakan mok na juga. Btw, mok na dah 20th. dah boleh kaahhh errrkkk wennn. Kidding! Selamat makan kek. Sayang kakak fillah.. rindu kakak fillah jugak.

Pssstt * tak tipu rindu.



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

2 comments:

Cik Jaa said...

Touched... Wahahahaha. Sweet Mok Naa sayeeeeeeee. Hahaha. Love you love you leove youuuuuuuuuu..!

Latifah Ilyana Ibrahim said...

haa mok na wak memang comel dan sweet *ayat mintak pelempang* wakaka