Assalamualaikum..
Today is another day. For me to challenge myself,
Hai. Lambai tangan.
Dah lama tak buat episode luahan hati. Kan?
Shall we proceed with one? *fikir tajuk
Alhamdulillah. Sejak dah balik menetap di Terengganu hati agak
bahagia sebab dah lama tak rasa duduk lama macam ni dekat negeri sendiri. I
love the smell, I love the air, I love everything about my state. Yang paling
best sebab rasa mak ayah adik adik sedara mara dekat di hati walaupun jauh
jugak di mata.
REZEKI.
Dulu masa kecik kecik tak faham sangat. Selalu berebut itu ini
lepas tu merajuk kalau tak dapat. Bukan tak boleh nak fikir. Itu bukan hak
kita. Sekarang dah boleh reflect sebab banyak benda kita boleh relate bila dah
jadi depan mata.
Ada kawan yang doploh pat jam layan kpop hari hari duk mai sembang
oppa itu oppa ini , semua drama daripada yang tak best kepada yang best pastu
siap update latest drama semua dia tahu tapi eh Final Exam boleh
skor dengan gempak.
Ada orang yang dia rasa dia tak perform better pun kebetulan masa
exam tengah sakit Allah nak bagi dugaan dah selama ini sihat jarang nak
bersyukur tapi eh result exam pun dapat skor dengan cemerlang gemilang
terbilang gitu.
Dan pernah je jumpa orang yang kalau kita tengok dia, Ya Allah
kesiannya sebab makan pakai pun cukup cukup padan je dengan apa yang dia ada.
Tapi Subhanallah Allah bagi rezeki untuk dia boleh terus go on walau dalam
keadaan tersepit macam tu.
Dan selalu je kita claim diri kita lebih baik dari orang, eh orang
tu takda la bagus sangat pun tapi dalam apa apa exam ke pointer ke dia lagi
gempak dari kita. Pernah jumpa?
Dan bagi aku pun, bukannya takda rasa cemburu bila bukak instagram
tengok kengkawan duk upload gambar main salji lah, upload gambar bunga sakura
lah. Aku pun cemburu. Aku pun nak pergi overseas gak. Aku pernah hampir putus
asa, kadang kadang kita tak sangka. Apa yang kita nak tak semuanya kita dapat.
ITU NAMANYA REZEKI.
Kita kena pegang dan yakin yang selagi mana kita berusaha, ada
doa, Allah tu baik. Baik sangat. Tiada yang mustahil. Yang penting kita buat
bahagian kita, USAHA. Dan dari situlah kita belajar, ada orang dia lebih pada
keluarga. Mak ayah baik baik, keluarga bahagia. Alhamdulillah. Ada orang dia
senang dalam belajar, mudah faham. Ada orang cepat diberikan jodoh. Baik baik
lagi tu. Alhamdulillah. Mana yang Usaha, Allah akan beri.
Allah nak suruh apa?
Allah nak suruh kita usaha. Memang susah. It takes pain. Struggle.
Allah nak kita rasa betapa manisnya sebuah bahagia atau kejayaan tu bilamana
kita penat penat usaha lepas tu kita dapat.
Kita merancang, Allah tentukan.
I’ve been experienced so many things.
Dulu cita cita nak jadi lawyer. Memang minat sungguh. Sampai
praktis diri untuk suka debate dan Alhamdulillah memang jatuh cinta. Mak ayah
family pun tahu macam mana aku. Tapi lepas SPM Allah bagi rezeki lain. Asasi
perakaunan which I really hate it. Ha ha
Pastu lepas habis asasi boleh sambung degree Alhamdulillah I fell
in love with Corporate Administration. Bukan calang calang kursus. Dan sungguh
sungguh Allah pujuk hati dan terbitkan rasa cinta pada bidang yang aku pilih.
Memang dari zaman asasi dah set target No accounting, No marketing. Mata dah
padu pada corporate admin. Bila dah lama belajar, memang kena dengan jiwa.
SEE?
Itulah kata rezeki. Allah nak bukak rezeki kita dari pelbagai
jalan dan pintu. Memang kita tak nampak. Sebab dia unexpected. Kan cantik tu.
Memang kadang kadang kita merungut, itu tak kena ini tak kena. Ada yang baru
nampak hikmah lepas sepuluh tahun benda tu terjadi.
Semua ada bahagian masing masing. Ada takdir kita yang indah, esok
esok Allah bagi kita rasa seronoknya ada air mata. Ada waktu kita rasa
berdukacita, mana tahu esok esok allah beri kita bahagia.
Allah kan Ar-Razak, Yang Maha Pemberi Rezeki.
Allah is fair.
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku
memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya,
dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka
Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".
No comments:
Post a Comment