Saturday 1 October 2011

Musibah Itu Indah

Seringkali manusia mengeluh jika apa yang dirancang tidak dapat dilaksanakan malah yang lebih teruk ada yang berkelakuan seolah-olah menyalahkan takdir atas musibah yang berlaku atas diri mereka.Hakikatnya manusia tidak berupaya untuk menentukan nasib mereka.baik atau buruk,kita tidak punya hak langsung untuk mencampuri urusanNYA.

Ya, mungkin benar kita sudah berusaha untuk mentadbir diri kita dengan sebaiknya namun jika takdir tidak mengizinkan,maka apalah daya usaha kita untuk mempersoalkan kejadian itu kerna ianya bukan bahagian kita. tugas kita hanya melakukan semua tanggungjawab dengan amanah, ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam mengharapkan keredhaannya.

Contoh mudah seorang pemilik kereta waja, dia boleh melakukan apa sahaja dengan keratanya itu, tukar sport rim kah, tukar tayarkah, nak tukar jadi kereta sport pun boleh kerana kereta itu KEPUNYAANNYA. hak peribadinya. begitu juga dengan seorang tukang masak, dia boleh mencorak pelbagai citarasa resepi mengikut kehendaknya kerana makanan itu adalah dibawah TANGGUNGJAWABNYA. maka hanya dia yang punya hak keatas makanan tersebut berbanding orang yang hanya tau merasa.

Jika contoh-contoh diatas kita boleh menganggukkan kepala bersetuju dengannya, maka mengapa apabila kita diuji oleh tuan pemilik diri kita hati menggelisah, jiwa memberontak. sakit, perit, marah dengan musibah dan ujian yang diturunkan kepada kita.

Layakkah kita wahai sahabat untuk merasa begitu, kita adalah hamba, DIA adalah pencipta. diberi peluang untuk menghirup udara segar setiap hari pun amat besar nikmat yang diberikan sebenarnya.


Allah menguji kita dengan bersebab. sebabnya sangat indah jika dapat difahami. DIA memberi kita peluang untuk mendapat kasih sayangnya, DIA memberi kita ruang untuk mendapat keampunanNYA. DIA memberi kita peluang untuk kita rapat dengannya, mengadu dan menangis kepadanya. maka jika aku adalah orang yang terpilih untuk menerima musibah itu, mengapa harus aku tidak bersyukur dengannya??

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

No comments: