Sunday 2 October 2011

Sebak Tangis Palestine


Sudah tidak mampu untuk  mengungkap kisah dalam derita ayah dan ibu di Palestin. Kelu sudah lidah untuk bicara perihal penderitaan keluarga di sana. Tersangat hampirnya mereka kepada diri kita, sehingga kebanyakkan waktunya teringatkan mereka.

Makanan yang disaji di hadapan mata, hampir tidak terasa seleranya. Biarlah ungkapan ini barbaur emosi. Sedangkan setiap suapan ke mulut ini, terasa kosong.

Hati bagai dicarik-carik.1 muharram 1430 yang lalu disambut dengan esak tangis. Mana mampu menahan tangis. Melihat jasad-jasad muslimin seakidah bercarikkan. Dirobek-robek jasad-jasad mereka..hancur lumat .Saling tidak tumpah sebagaimana yang dilaungkan oleh paderi kristian ketika mendengar perkhabaran kejatuhan kerajaan Monggol di Baghdad; “Biarkan anjing-anjing itu dipijak, dikoyak-koyak dan dipotong-potong oleh musuh mereka, Nanti, kita bangunkan atas runtuhan itu dengan ketamadunan kita.”

Arghhh...Apa akan ku jawab di depan ALLAH  Sedang melihat nasib saudara seakidah di rakus yahudi laknatullahi alaih. Mereka yang berkuasa memerintah, tuli melihat kekejaman zionis laknatullahi alaih. Mereka yang mempunyai pemutus harga komoditi “hitam”, ketakutan bersuara atau menghantar bantuan berupa senjata. Itulah wajah-wajah muslimin kini. Terus tunduk kepada zionis. Hanya bijak mengeluarkan suara bantahan, supaya memperolehi kasihan belas daripada “musuh umat Islam”. Sehingga kepada merayu; “pimpinan dunia harus memainkan peranan”.

Paling menyedihkan, kita meminta simpati kepada pendokong yahudi zionis yakni amerika syarikat agar menaungi proses pendamaian. Sedangkan umum mengetahui, bahawa amerika syarikat adalah penyumbang USD 30 billion (tahun 2007) bagi sumber pensenjataan negara haram israel.

Beban ujian buat para syuhada Ghazza kami sambut. BALDATUN THOIIBATUNN WA RABBUN GHAFFUR.. Walau dilihat mata yang kasar, bumimu Palestin dimandikan darah. Tetapi, ditempat tumpahan darah para syuhada itulah bumimu Palestin penuh keberkatan. 

apa pula usaha kita wahai tuan? Masih menangisi nasib diri? Berkira-kira membuat persiapan menyambut tahun baru masihi? Merasa selesa dan hanya berkata; “Kesian sungguh Palestin, tetapi apakan daya kita...”..Seketika kemudian, kita berterusan bergelak ketawa, seolah-olah tiada apa-apa yang menimpa para saudara rafiq kita di bumi Palestin.

Duhai para ibu dan ayahku di bumi Palestin, kami mengenangi, kami mengatur menyerah memorandum kutukan dan hinaan kepada rejim zionis laknatullah beserta tali barut mereka.

Dalam surah Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Orang -orang yang beriman berperang di jalan Allah dan Orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kuncu-kuncu syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.”



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

No comments: