Sunday 22 September 2013

Dah ngape engko



Assalamualaikum.. 

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : “Rasulullah bersabda: “Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaannya, kamu semua tidak dapat masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu semua belum dianggap beriman sehingga kamu semua saling mencintai. Sukakah kamu aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu lakukan, maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah  ucapan salam sesama kamu.”
 (Hadis Riwayat muslim)

Selamat pagi. Eh pagi. Lihat jam. 3.03 pagi. Entah kenapa malam minggu yang indah ini, banyak pula dugaannya. Mata tak dapat lelap dan nasiblah ada yang menemani di sisi. Syukur. Beberapa kejadian yang berlaku memang banyak melemahkan semangat. Kalau bukan Allah yang kupahat di hati, mungkin diri yang hidup setakat roh yang kosong. Subhanallah. Terlalu banyak petanda kebesarannya yang jika kita renung pastilah semakin bertambah tahap keimanan diri. 

Dalam mengharungi setiap saat liku-liku hidup, aku pasti bersyukur bilamana aku diuji dengan dugaan yang aku tak mampu tanggung sendirian, pasti akan ada yang di sisi. PASTI. Walau Cuma seorang yang hanya mampu duduk dan melihat aku, aku sudah cukup bersyukur. Rupanya Allah itu tidak tinggalkan aku sendirian tanpa arah tuju. DIA pasti hadirkan pertolongan walau tanpa aku sedar.

Sejujurnya, tiada sebab untuk aku bergundah gulana. Cuma, in some cases, kejadian pelik yang berlaku di sekeliling dan terjadi kepada insan-insan sekeliling banyak menyedarkan aku dan menakutkan sebenarnya. Heheh hanya berharap diri kita sentiasa dijaga oleh DIA yang Maha Kuasa. Islam telah mengajar kita untuk menjaga diri sebaiknya. Jangan kita tinggalkan al-quran terlalu lama. Jangan terlalu bersuka ria tanpa sebab. Cuma terpulang bagaimana pelaksanaan kita.

Aku hanya berharap insan-insan yang diuji dengan dugaan sebegitu sentiasa tabah dan kuatkan diri. Semuanya dalam kehendak dia Yang Satu. Kuatkan semangat dan teruskan mencari kekuatan yang hanya lahir hasil dari dekatnya kita dengan DIA. Allahuakbar. Semoga Allah menjaga diri kita semua dalam segala macam hal. Aku ini wanita yang kuatnya bukan seberapa. Syukurlah. Sahabat sentiasa di sisi. Mengharungi setiap apa yang berlaku bersama-sama. Indahnya silaturrahim apabila telah mula terasa kasih bersemai di dalam hati. Dan itulah yang aku rasa dengan mereka ini. 

Aku baca hadis berkenaan meluahkan cinta dan sayang kerana Allah untuk mereka. Senyum. Sambil kata sweet kan. Padahal aku nak kata aku cinta mereka kerana Allah. Ceh pandai. Semoga kalian yang membaca akan terasa dengan manisnya ukhuwwah dengan insan-insan sekeliling anda. Jaga dan peliharalah hubungan itu kerana hadir mereka dalam hidup kita akan lebih memaknakan perjalanan di dunia ini.

Selamat mengatasi ketakutan dengan mendekatkan diri pada NYA. Till then, wassalam.

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

No comments: