Thursday 12 September 2013

Inspirasi dari hobi zaman kecik



Assalamualaikum.. 

Rindu nak berblogging sentiasa ada dalam hati. Kadang-kadang kaedah menulis sangat membantu aku untuk melepaskan tekanan dan melupakan masalah dunia buat seketika. Dulu masa kecik aku sangat layan baca novel jadi cita-cita aku nak jadi novelis. Perrghh maka bermula dari aku kecik tu lah aku ada satu buku log untuk cerita-cerita mengarut aku. Cerita yang tak ada opening dan ending sebab selalu tergantung dek kerana imaginasi si kecik macam aku masa tu selalu bertukar,  jadi hero heroin dan plot cerita selalu berubah-ubah. Kiranya tu hobi masa kecik aku la tu Hah hah hah tapi sekarang impian entah kemana, buku buku aku dulu pun dah masuk gua mana ntah. 

Niat nak buat blog dah tertanam sejak dulu. Aku suka menulis. Dan aku suka berkongsi apa yang aku rasa betul. Tapi kadang-kadang aku tak suka orang baca tulisan aku. Gila bukan. Rendah diri, mungkin. Sejak minat berblogging, aku admire ramai blogger. Malah aku tengok team blogger ni boleh jadi bestfriend semata-mata kerana 1 benda. BLOG. Sejak saat tu aku notice 1 benda, perkara yang kita suka buat, kalau kita lakukan sepenuh hati  mesti akan bagi manfaat pada kita. Padahal benda tu kadang-kadang simple je. Contohnya kalau kita suka online. Memang betul-betul suka online sampai dah tak dengar orang nasihat masa itu emas bla bla bla.. kita boleh manfaatkan minat beronline kita tu dengan berbisnes. Duit masyuk dan hati pun senang. 

Bagi aku ada hobi sangat meneyeronokkan. Nama pun hobi kan. Hobi tu benda yang kita selalu buat dan suka buat kalau kita tak ada buat benda lain. Aku selalu gelak bila ingat balik zaman kecik-kecik dulu. Bila cikgu suruh kenalkan diri mesti cikgu ada tanya hobi kita apa. Dan jawapan kita mesti common dengan semua orang. Baca buku, tengok tv, main bola sepak, menyanyi. Aku suka cakap hobi aku memasak walaupun bukan sedap pun air tangan aku. Kah kah kah

Terfikir dak sebab apa orang suka tanya kita apa hobi kita. Orang akan nilai dan kenal diri kita dari apa yang selalu kita buat. Kalau hobi kita membaca, oh ni mesti budak pandai. Kalau hobi kita bermain, oh ni mesti budak aktif. Tapi tak semestinya betul lah. Sekurang-kurangnya bila kita ada hobi, bermaksud kita ada satu benda yang kita enjoy dalam life ni. Seronok kan buat apa yang kita enjoy dalam dunia ni.  

Dan hobi aku yang paling dominan buat masa ni adalah berangan. Hah hah hah. Sebab tu cita cita nak jadi penulis ppffttt. Apapun aku sangat enjoy bila hidup ada benda yang kita suka buat. Asal benda tu tak melanggar syariat dan peraturan yang Allah dah tetapkan untuk kita, kita bebas untuk buat apa saja. Anda anda dan anda yang sedang membaca, selamat menikmati hidup ini dengan penuh rasa syukur dan enjoy your life with the right way. 

Kalau bukan Allah itu Tuhan ku dan Muhammmad itu Rasul ku, sudah pasti Latifah Ilyana Ibrahim adalah insan yang hanya kosong dan sepi jiwanya.  Till then, wassalam !

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

No comments: