Mulianya kedudukan wanita dalam Islam sehinggakan wanita dijaga
dalam segenap hal. Bahkan terdapat hadis yang mengatakan bahawa seindah indah
perhiasan di dunia ini adalah sebaik baik wanita solehah. Namun wanita jugalah
yang seringkali menjadi fitnah kepada kaum adam.
“Tidaklah aku tinggalkan setelahku suatu fitnah
yang lebih berbahaya bagi laki laki (melainkan fitnah yang datang dari) wanita.” (HR
Al-Bukhari dan Muslim)
Lantas dari mana datangnya fitnah?
Mata.
Menundukkan pandangan ialah mengalihkan pandangan daripada melihat
perkara yang diharamkan Allah. Mata hanyalah pinjaman dari Allah.
Seharusnya kita guna ikut cara yang diredai Allah. Itu tanda terima kasih
kita sebagai peminjam. Sampai masanya, kita terpaksa pulangkan semula
nikmat tersebut.
Pintu kepada ‘kawah api’ zina ini bermula dari pandangan.
Dari mata jatuh ke hati. Sebab itu Rasulullah menegah kita mengulangi
pandangan pada tempat yang diharamkan. Haram bererti ‘penyakit’ atau
dosa. Kalau pun kita merasa ‘lazat’ pada pandangan tersebut hakikatnya ia
adalah simpton bahawa hati kita sedang sakit. Sedih bukan? Keseronokan syahwat
bersifat sementara dan mengundang pelbagai bala. Bala pertama ialah
hilang ketenangan jiwa. Aduh. Hati yang sihat pastinya secara
automatik menolak perkara-perkara jelik dan hina. Tiada rasa syok
sebaliknya merasa benci atau mual.
“Katakanlah kepada orang laki-laki beriman : ‘Hendaklah mereka
menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih
suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang mereka perbuat.
Katakanlah kepada wanita yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan
menahan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) tampak dari padanya’” (QS. An-Nur :30-31)
Dalam ayat ini perihal menjaga pandangan, Allah telah mensyariatkan
keduanya lelaki dan perempuan yang mana perintahnya berbeza dari sudut rangka
ayat lantas ia menunjukkan kepada kita bahawa pentingnya hal menjaga pandangan
ini. Allah memerintahkan untuk
menjaga pandangan kepada manusia baik kaum lelaki mahupun wanita.
Kenapa?
Ini kerana, menjaga
pandangan adalah asas dan dasar untuk menjaga daripada lain lain maksiat.
“Pandangan mata itu
laksana anak panah beracun daripada berbagai macam anak panah Iblis.” (HR Ahmad)
Kata sebuah syair :
Segala peristiwa berawal dari pandangan mata,
Jilatan api bermula dari setitik bara,
berapa banyak pandangan yang membelah hati,
laksana anak panah yang melesat dari tali,
Jilatan api bermula dari setitik bara,
berapa banyak pandangan yang membelah hati,
laksana anak panah yang melesat dari tali,
Selagi manusia punya mata untuk memandang,
dia tidak lepas dari bahaya yang menghadang,
senang dipermulaan dan ada bahaya di kemudian hari,
tiada ucapan selamat datang dan ada bahaya saat kembali.
Menjaga
pandangan sebelum berkahwin.
Bagaimana?
Baikkan
hati. Jika sebelum berkahwin pun kita tak mampu nak menjaga mata dari memandang
perkara perkara larangan Allah, jadi bagaimana kita selepas perkahwinan. Mula
membanding-bandingkan isteri/suami dengan orang lain, merasa tidak puas dengan
apa yang telah Allah kurniakan dan bermacam lagi hal lain yang bakal terjadi.
Subhanallah.
Hanya dengan menjaga pandangan , betapa kita akan merasa manisnya iman walaupun
hal itu sulit dizaman serba mencabar ini. Benarlah jika kita semakin mendekat
dengan Allah, begitu jua akan terasa betapa Allah itu semakin dekat dengan
kita. Kita akan merasa manisnya iman dengan mengingati Allah dan cinta pada
suruhan Allah.
“Barangsiapa bersandar kepada Allah maka Allah akan
mencukupinya” (Ath Thalaq: 3)
Mohon pada DIA agar
hati ini sentiasa terjaga, dari segenap hal yang bisa menjauhkan aku dari DIA.
Sungguh aku takut jika terlalu jatuh cinta pada dunia, dan aku lupa pada DIA
yang punya Rahmat yang sangat besar. Aku ingin jadi lebih baik. Baik untuk jadi
baik pada pandangan DIA. Aku ingin merasa manisnya iman. Aku ingin merasa
segenap nikmat yang bisa buat aku tidak lari dari DIA.
Jaga hati.
Jaga pandangan.
Terima kasih Allah
atas nikmat yang bisa kurasa perasaan syukur ini.
Aku doa,
Semoga solehah di mata
ibu ayah dan solehah di mata DIA.
No comments:
Post a Comment