Showing posts with label curahan hati. Show all posts
Showing posts with label curahan hati. Show all posts

Wednesday 5 December 2012

Because I Miss You


Seriously rasa hari ni macam nak balas dendam tulis entry banyak-banyak. Hey. What are you doing you got assignment to submit ,tomorrow you have test and also you have to create survey question and a day after tomorrow you got quiz next week you got bla bla bla..  What are you doing here.
Okay.. okay [angkat tangan surrender]

I don’t want to talk much. Bangun pagi kejar bus pergi kampus. Nak balik pun semacam azabnya dengan pelbagai kerja yang menanti. Masa-masa macam ni memang nak sangat balik kampung and paksa semua orang balik pastu jom kita main pondok-pondok. Takpun main teka-teki ngan angah along. Dan memang moknaa tak dapat nak jawab sebab soklannya semua di luar alam. Contoh soklan : apa beza Pas ngan Umno? Berpusing makcik-makcik nak jawab. Bijak teka-teki dari otak budak darjah 2. Takpun goyang kaki makan sedap-sedap sebab ramai tukang masak taraf masterchef  kat rumah. Dan lagi boleh tumpang gelak tengok anak buah main congkak pastu gaduh macam aku dulu.

Dan lagi kalau bising sangat dengan budak-budak tu, haa sound aje seround. Kalau tak senyap jugak haah padan muka kau. Dah namanya budak. Bukannya diorang bisu nak duduk diam.  Lagi best bila mak balik bawak aiskrim 20sen. Ah nikmat dunia.   Pastu layan si adik bercerita sampai pedih anak telinga dan jerit stop pun dia tak reti stop. Takpun aku tumpang geli dengar kak ngah ngan adik berebut remote TV sorang nak tengok sinetron yg ntah apa2 sorang lg nak tengok korea yg tak paham pun main tengok je.  

Oke itu semua angan-angan. ANGAN-ANGAN!  Celik mata betul-betul final exam tak sampai sebulan lagi. Ada banyak kuiz. Banyak assignment. Banyak kerja tak siap. Buku tak sempat nak baca. Latihan takda masa nak siapkan. Oh Allah. Tak sukanya macam ni perangai.
Dengar lagu ni series sedih rindu nak balik rumah nak jumpa semua orang sangat sangat.

Because I Miss You – Jung Yong Hwa (Translation)

Because I miss you
Always under exactly the same sky, always exactly the same day
Other than your not being here, there’s nothing different at all
I just want to smile, want to forget everything
Just like absolutely nothing has happened, smiling to live my days
Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you
Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today

I thought I’d let go, not leaving anything behind
No, no, now I still can’t let you go
Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you
Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today

Everyday, everyday, it feels like I’m gonna die, what should I do?
Love you, love you, I love you
I hadn’t even spoken the words, I just let you go
Sorry, sorry, do you hear my words
My late confession, can you hear it

I love you




currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Wednesday 28 November 2012

Benar sibukkah kita?



Assalamualaikum...

Segala puji bagi Tuhan Pencipta Sekelian alam. Maha suci Allah yang menciptakan langit tempat berteduh dan bumi tempat berpijak. Syukur rasa hati. Syukur dan syukur. Atas kesempatan bernafas di bumi yang indah ini. Segala yang dikecapi adalah hasil cinta dan kasih sayang Allah untuk seorang hamba yang teramat hina. 

Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah dan rasanya tak terhitung banyaknya nikmat, rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Ya Allah. Benar. Sesungguhnya Engkau Maha Besar, Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Minggu ni adalah minggu-minggu terakhir sebelum menjelmanya final exam utk sem ketiga ini. Seakan tak terasa waktu yang berlalu dan seakan tak tersedar akan waktu yang pantas berlari. Kesibukan itu membunuh jiwaku. terkadang pantas mulut mengeluh letih yang mencengkam.

Hingga tidak sedar hidup ini adalah sebuah perjalanan. Dan perjalanan itu Allah amanahkan dengan tugas yang lebih besar dari itu. Mencegah kemungkaran dan mengajak manusia yang lainnya kearah kebaikan.

Apa jadi dengan minggu-minggu terakhir? Tarikh tugasan untuk dihantar  beratur untuk disiapkan, dan midterm yang belum selesai urusannya. serta kuiz dan presentation yang harus dilaksanakan dalam masa terdekat. Semuanya merejam akal dan fikiran untuk bertindak tidak selari dengan apa yang difikirkan. 

Ditambah dengan cinta hatiku yang kadang kala menelefon membisikkan pertanyaan “bila kerja moknaa habis? Dah lama tak balik rumah Darwisy”. "banyak lagi ke kerja tak siap? Lambat sangat laa nak tunggu moknaa nak balik”. [tunduk lemah] Ia juga menyesakkan fikiran.

 Anak-anak kesayanganku itu merindui “moknaa” nya seperti mana moknaa juga merindui mereka. jika dulu alasan ku tiada cuti dan moknaa harus ke sekolah. maka pertanyaan mereka adalah bila moknaa cuti. jadi kini ku ubah alasan moknaa mu ini punya kerja yang banyak untuk diselesaikan.

 akal dan fikiran seorang kanak-kanak yang sedang membesar pantas menebak. ohh bila kerjanya habis maka moknaa boleh pulang ke rumah dan bermain dengan mereka. maka itulah soalan yang ditanya setiap kali berbicara di telefon. "bila kerja moknaa habis"? bila? aku sendiri tidak punya jawapan untuk itu.

Aku hanya berdoa kesibukan ini tidak melalaikan aku dari mengingati dan mendampingi Cinta Agungku. Dia yang menciptakanku. Dengan penuh keajaiban. Rasa lemah dan tidak bertenaga kita itu jika disalurkan untuknya demi mendapat kekuatan rohani, Insya Allah urusan lainnya pasti terasa dipermudahkan.


Di dalam kehidupan ini,
jatuh bangun itu biasa.

Maka bila jatuh,
jangan kecewa,
segera berusaha naik semula.

Bila mampu bangun,
jangan diri itu lupa,
yang kita ada kemungkinan untuk jatuh semula.

Memahami perkara ini
kita akan sentiasa siaga!

via Hilal Asyraf



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.