Friday, 27 April 2012

Berpimpin tangan ke syurga



tajuk yang indah. makna yang indah.

syurga! semua orang tahu apa itu syurga. as sweet as title. bila kata berpimpin tangan ke syurga maknanya bukan berpimpin tangan ke neraka. maksudnya jua sama-sama menyelamatkan diri dari neraka sebab kalau dah pergi ke syurga tidak akan pergi ke neraka kerana perjalanan akhir kita hanya syurga dan neraka dan perlu untuk orang-orang Islam yang bersaudara untuk bersama-sama ke sana. tidak elok jika ada niat untuk masuk syurga seorang diri. "ahh..biarlah org lain tu.apa aku kisah!" no! tak boleh!  Perumpamaan orang beriman dalam berkasih sayang umpama 1 jasad. jika salah 1 anggota mengadu sakit, maka semua anggota yang lain akan turut merasa sakit.

kita dipertemukan di atas muka bumi ini adalah atas dasar ukhuwah. sejuta wajah satu akidah.
hadis qudsi : "bertemunya lelaki dan perempuan kerana ALLAH" semua orang nak ke syurga. tak ada yang nak masuk neraka. hatta alleycats pun dalam lagu dia ada  lirik "ku nanti mu di pintu syurga" malah Nash pun nak jugak nya pun "pada syurga di wajahmu" maknanya semua orang nak ke syurga. eh,ingat senang ke nak kesana. haa.. nyanyi senang tapi usahanya tak ada.camana?

ada satu kisah di sebuah sekolah.

satu hari cg tanya siapa yang tak nak pergi neraka? semua orang angkat tangan kecuali seorang murid. cg pun tanya lagi, siapa yang nak pergi ke syurga? semua orang angkat tangan kecuali murid yang tadi. cg pelik lalu dia bertanya kenapa kamu tak angkat tangan. lalu dengan konfidennya murid tu jawab "mak saya pesan, lepas sekolah jangan pergi mana-mana." erk?? :p

siapa tahu syurga macam mana? kita hanya tahu gambarannya saja.tiada yang pernah menjejak kaki ke sana.jadi kenapa nak sangat masuk syurga. kenapa semua orang sibuk bercakap tentang syurga. kenapa bersusah payah baca quran, bagi sedekah, pergi tuntut ilmu, buat baik semua tu. kenapa? sebabnya kita nak tinggal di syurga buat selama-lamanya. sebabnya ganjaran selama-lama tu sangat manis dan tak dapat dibandingkan dengan kenikmatan yang ada di dunia.

jadi siapa yang memimpin untuk ke syurga dan siapa pula yang dipimpin. dalam fiqh dakwah. dakwah terbahagi kepada 2. untuk orang kafir yang belum memeluk agama Islam dan untuk orang Islam yang imannya perlu sentiasa diperbaharui. maklum kerana iman kita kadang naik kadang turun. itu biasa. kerana kita manusia. tapi kita nak iman kita kekal dalam Islam. 

bagi yang memimpin, sangat perlu untuk menunjukkan sifat yang baik, akhlak yang mulia dan ilmu yang tinggi. kebanyakan orang dah tahu syarat-syarat tersebut. 3 faktor penyebab kita menjadi ikutan orang adalah pangkat, ilmu dan sifat. Nabi telah tunjukkan kepada kita contoh yang paling awesome iaitu sifat yang mulia. jangan jadi ketam. nak ajar orang tapi diri sendiri pun jalan tak betul. tapi ingat, manusia bukan pemberi hidayah. tapi hanya bawa orang kearah itu.

manakala bagi yang dipimpin, mereka perlu kenal siapa guru mereka. perlu juga amanah dengan ilmu. jaga ibadah. yang paling utama. dalam Islam ada 5 rukun. 

selepas syahadah ada 4 lagi rukun penting yang kita harus jaga. jangan sesekali takbur.
kalau nak jadi suami, jadi suami yang baik. kalau dah jadi ibu, jadi ibu yang baik, kalau jadi kakak, jadi kakak yang baik, kalau jadi isteri, jadi isteri yang baik juga.. ehem ehem :)

golongan yang PALING MUDAH masuk syurga adalah taarraaa.. wanita! tapi golongan kitalah yang ramai ke neraka. nauzubillah. hanya perlu syarat yang mudah untuk kesyurga. jaga solat, jaga puasa dan taat pada suami. gedeboooomm ALLAH hantar kita ke syurga tapi malangnya banyak benda yang kita tak jaga. lidah kita, pergaulan kita, akhlak kita. doalah moga  ALLAH menjaga Iman kita.

2 kalimah yang disukai ALLAH, berat di mizan tapi ringan di bibir "subahanallahiwabihamdihi subahanallahilazim" amalkan.

jom jadi baik! "kita kan nak masuk syurga sama-sama" :)

*entry ini adalah intipati forum berpimpin tangan ke syurga bersama Ustaz Mohd Hariri Mohd Daud dan Dr Ahmad Wifaq Mokhtar



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

No comments: