Thursday, 22 March 2012

Ujian perasaan


Hari ini hari yang sangat menyesakkan dada
Tahan dari pagi akhirnya tersedu jua di petang hari
Maaf andai ketidaksempurnaan itu disebabkan oleh aku
Maaf jua andai aku penyebab kekalutan itu
Namun dimana hak ku untuk mempertahankan diri andai apa yang terjadi bukan salahku

Kekalutan emosi mampu menjadikan aku manusia yang tidak normal untuk berfikir dengan betul
Betullah..dunia belajar banyak dugaannya
Tabahlah diri..ini perjalanan untuk menempuh masa hadapan
Tabahlah diri..ALLAH tahu dimana kebenarannya
Persoalannya harus diselesaikan bukan untuk didebatkan. noktah!


*handling meeting this morning was going smooth.Sir give thumbs up.thank you ALLAH.



Nabi Isa pernah berkata, "belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya."

Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujian-Nya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya 'asbab' (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil asbab' (penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:

"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!"



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

3 comments:

Prince of Noob said...

sabar ya ustazah

Latifah Ilyana Ibrahim said...

Always :)

apricot pie said...

semoga sgla urusan diprmudah.:)
btw,klu brminat dgn shwl pnjang n lbuh..ble tgk sini
http://apricotp.blogspot.com/2012/04/shawl-yang-panjang-dan-labuh.html