Friday 9 March 2012

Ubati kegelisahan dengan Solat

“Ya ALLAH.. kurasakan dosaku amat besar tetapi jika dibandingkan dengan keampunanmu, ternyata ia jauh lebih besar”

Assalamualaikum.. bila berbicara tentang solat  kita tak lari dari mengingati solat yang kita laksanakan tiap hari itu adalah penghubung antara hamba dan Tuhannya. meaning that it's our relation with ALLAH. Setiap muslim yang mengaku beriman harus mendirikan solat walau apa jua keadaan sekalipun. how importance it is? solat berada ditempat kedua selepas kalimah syahadah di dalam rukun islam. Dan orang yang lebih beruntung tentunya orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.kita? :)

sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya” almukminun 1-2

Almost everyday kita solat, how long it is since you know how to pray? Let says you are 20th right now, so kita dah minta “tunjukkan kami ke jalan yang benar” dah berjuta-juta kali mungkin .then macam mana effect doa itu dalam hidup kita, even sampai sekarang pun masih baca benda yang sama. kalau sampai sekarang solat masih “celus” dan main-main so memang ianya ada kaitan dengan khusyuk atau tidak, kita punya solat selama hidup sampai time ni.muhasabah and change! Now.

Bila dah cukup solat wajib which is yang lima itu maka untunglah orang-orang yang ada kekuatan untuk solat sunat.untunglah yang istiqamah bangun di malam hari.untunglah sekiranya mereka meyakini itu sebagai bekalan utama mereka ke alam akhirat dan sesungguhnya solat sunat itu sangatlah memberi kekuatan dan keinginan untuk membantu menolong mereka menyelesaikan masalah.bukan bermakna sekali solat sunat,masalah boleh setel tapi kekuatan yang ALLAH beri itu Masya Allah, manisnya! :)

dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud, sebagai sembahyang tambahan bagimu ; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji” al-isra 79

Solat boleh jadi ubat untuk rasa resah gelisah. tak tipu! Pernah tak lepas kita solat, kita rasa sangat tenang sampai nak menangis, tapi tak tahu kenapa. pernah?  nyata bila solat disertai dengan khusyuk, ikhlas dan titik perhatian hanyalah untuk Yang Satu maka rasa ketenangan akan lahir secara semulajadi.

Apatah lagi buat sahabat-sahabat muslimah kesayangan ALLAH semua, bagaimana kita capai keredhaan ALLAH?  usaha beribadah sekeras mungkin? Mungkin. Dan tak salah. Tapi our prophet telah memerintahkan “agar jangan mereka membebani diri mereka sendiri dengan sesuatu di luar kemampuan mereka, kerana sebaik-baik ibadah adalah yang selalu dipelihara walaupun sedikit”  

Jadi perkara paling senang untuk kita jaga dan pelihara adalah solat dan solat.maksudnya solat 5 waktu dan solat sunat.boleh kan? 

Moga Allah redha.




currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

No comments: