Assalamualaikum..
Berbicara tentang dakwah tak kan lari dari nak sentuh juga bab
tentang ukhuwah. Apa guna berdakwah jika tak mampu membina ukhuwah, Dan sangat
manis kiranya ukhuwah yang terjalin semata-mata hanyalah keranaNYA.. Dan
memanglah sangat respect pada mereka-mereka ini.
Yang mana hatiNYA telah dikait oleh ALLAH untuk melakukan
kerja-kerja dakwah Jauh dari segala kekotoran akhir zaman. Jauh dari bermacam
agenda jahat. Namun tetap istiqamah membelah cinta ALLAH.. Sungguhlah hati itu
ALLAH yang pegang. Tapi awas! Setiap dari kita pun sepatutnya tahu dimana
peranan kita “jika tak mampu memberi seguni beras,berilah walau secubit gula” Kita
adalah manusia + kita adalah khalifah = manusia adalah khalifah.
Manusia = kita
Makanya tugas khalifah adalah menyeru kearah yang baik dan mencegah
segala yang mungkar. Maknanya setiap dari kita harus melakukan kerja dakwah. Makanya
lagi kita harus berusaha untuk melakukan kerja dakwah..
Tatkala
orang lain berkejar-kejar mencari Redha, engkau terhegeh-hegeh di belakang
dan merasakan masih ada waktu lagi yang menunggu. Kamu yakin ke masa
akan menunggu.
Sumbanglah walau sedikit dan yang sedikit itu jika dikumpul akan
membentuk satu kumpulan yang besar juga dan bayangkan juga betapa ramai yang
‘sedikit’ ini ALLAH dah sudi nak sentuh hati. Moga dalam proses belajar itu
nanti akan terbentuk ukhuwah yang ALLAHUAKBAR sangat manis.. Orang tak rasa dia
tak tahu Kalau nak rasa kenalah ambik tahu.. semoga beroleh keredhaan Allah
s.w.t..
"Sesungguhnya
aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan
kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah
melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat
menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan".
[ Imam
Hassan al-Basri]
No comments:
Post a Comment