Hari ini hari yang
sangat menyesakkan dada
Tahan dari pagi
akhirnya tersedu jua di petang hari
Maaf andai
ketidaksempurnaan itu disebabkan oleh aku
Maaf jua andai aku
penyebab kekalutan itu
Namun dimana hak ku
untuk mempertahankan diri andai apa yang terjadi bukan salahku
Kekalutan emosi mampu
menjadikan aku manusia yang tidak normal untuk berfikir dengan betul
Betullah..dunia
belajar banyak dugaannya
Tabahlah diri..ini
perjalanan untuk menempuh masa hadapan
Tabahlah diri..ALLAH
tahu dimana kebenarannya
Persoalannya harus
diselesaikan bukan untuk didebatkan. noktah!
*handling meeting this
morning was going smooth.Sir give thumbs up.thank you ALLAH.
Nabi Isa pernah berkata, "belum dikatakan seorang itu kenal
Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya,
kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya."
Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan
(kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila
kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan
ujian itu juga adalah Allah.
Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah
untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya.
Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari
hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya.
Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan
mendekatkan mereka kepada Allah.
Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang
buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang
selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah
akan bertambah dengan ujian-ujian-Nya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda
yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah
dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau
manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya 'asbab' (sebab-sebab)
tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil asbab' (penyebab – Tuhan).
Hati mereka berkata:
"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan
terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan
di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana
Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin
ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan
menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian
dari-Mu!"
currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.