Wednesday 25 April 2012

Mencari pasangan semanis coklat


Bila kita dapat ilmu yang berguna, kongsikan dengan orang lain biar jadi lebih berguna. Dan ilmu yang saudara Imran koyube kongsi malam ni memang seriously sangat berguna! Tak tipu. Tapi memang pun bila pergi majlis ilmu, apa yang disampaikan semuanya berguna lainlah kalau pergi konsert jom heboh atau akademi fantasia segala bagai tu.. dan sungguhlah ALLAH hantar teguran untuk kita dalam banyak cara. Malam ni super duper awesome bila berada bersama rakan-rakan yang lain mengutip ilmu dari saudara Imran koyube. Super duper awesome!

Bila tengok tajuk talk malam ni.. jeng jeng jeng  MENCARI PASANGAN SEMANIS COKLAT.wah..bersemangat nak pergi.at least biar dapat something yang baru.thanks btw, memang dapat benda baru walaupun dah lama tahu. Maksud  baru disini ialah ilmu yang  direfresh balik!

YOUR VALUE IS SUPER DUPER AWESOME

Bila berbicara tentang cinta, memang tak akan lari dari membicarakan tentang cinta untuk diri sendiri.kalau kita tak sayangkan diri maka kita tak malu untuk gadaikan maruah, tak akan belajar bersungguh-sungguh, tak hargai kurniaan yang ALLAH hadiahkan untuk kita which is ‘diri sendiri’, tak akan dapat result yang hebat dan berbagai-bagai lagi.. yes!

 Siapa yang tak hargai hidup dia dan tak bersyukur dengan apa yang ALLAH kurniakan untuk dia MAKNANYA dia tak sayang diri dia sendiri.aaiiyoookkk..sape tak sayang diri wey.. kalau boleh memang kita nak buat yang terbaik untuk bahagiakan diri kita kan,haa..jangan tipu.

So saudara Imran beri satu formula iaitu I x U = R .. so apa benda huruf-huruf tu pulak,ting tong.. I adalah saya!  U adalah awak! R pula bermaksud nilai kualiti (kita)! Hehehe sapa kata susah.semua dapat A+ pakai formula ni.So, untuk naikkan nilai R  hanya  satu huruf yang boleh increase samada I atau U. dan sepertimana yang disebut tadi, U merujuk kepada orang lain. 

Adakah kita boleh mengubah orang untuk jadi lebih baik? Jawapan saya tidak kerana kita boleh tegur dan nasihat sahabat kita tapi yang berkuasa mengubah seseorang adalah ALLAH. Betulkan saya kalau salah.terima kasih. Jadi untuk tingkatkan nilai R, kita perlu naikkan nilai I.sape I..?  Correct! Saya! Kita! 

Untuk ubah kualiti yang ada jangan harapkan orang lain untuk berubah. Dan kita juga tak berupaya untuk ubah orang lain. Jadi bermula dengan diri sendiri. jika mahu jadi insan yang hebat mulakan dengan kita. Jika mahu jadi insan yang bertaqwa mulakan dengan kita. Dan jika mahu jadi insan yang super duper awesome juga mulakan dengan diri sendiri.  IF WE WANT TO CHANGE OTHERS WE MUST CHANGES OURSELVES. Dapat point pertama? Hargai diri and LOVE YOURSELF.

BIAR HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM

Bila beliau membawa kami untuk mengenali diri sendiri memang terasa sayang dengan diri dan tak nak buat benda yang merugikan diri tapi tak tahulah maintain sampai bila.moga ALLAH bantu.InsyaALLAH. then, dalam konteks relationship pula benda pertama yang beliau sebut adalah SEMUA MAKHLUK + SELURUH ALAM AKAN SAYANG PADA KITA BILA KITA DAPAT CINTA ALLAH. Bila kita jadi orang baik kita akan dapat kasih sayang ALLAH. 

The problem now, we are not getting love from ALLAH but we are focusing getting the love from others people. Macam mana nak test kita dapat dak cinta dari ALLAH, senang dan simple! just imagine someone say ALLAH infront of you. Bergetar dak hati? Tidak. Then something wrong with our iman.

 Bagaimana boleh mengaku cintakan ALLAH sedangkan  sebut nama ALLAH pun kita tak rasa apa-apa.same goes to me. Ashtagfirullah. Kita hanya menipu diri kita sendiri. Walaupun kita litup berjilbab, walaupun join usrah, walaupun kita idol dakwah kepada orang lain but if semua tu berlaku, again! Check our iman.  Point kedua GET REDHA FROM ALLAH. Nescaya ibarat  kamu akan memiliki seluruh bumi dan isi-isinya.

CINTA COUPLE = CINTA BUANG MASA. ALLAH YANG LEBIH UTAMA.

bila sebut redha ALLAH tentu akan berbalik kepada redha kedua ibu bapa. Pesan beliau, dapatkan restu dari mak ayah. Ibaratkan diri kita dapat khabar dari orang yang kita sayang, oh betapa gumbiranya hati. Dan anggaplah perasaan ibu ayah kita juga begitu bila mendapat khabar dari kita. Mereka akan SUPER DUPER HAPPY. Point ketiga, GET BLESSING FROM OUR PARENTS.

SEE! Ada tak kaitan tajuk talk ni dengan isi-isi yang dikupas oleh saudara Imran Koyube? Bagi pendapat aku. Maknanya tak secara direct tapi jika renung dengan lebih mendalam kita akan dapat value from that. Sayang ALLAH + KELUARGA + DIRI SENDIRI = DAPAT APA YANG KITA NAK.

Tips dari tuan penceramah

*orang millionare bila bangun tidur dia akan ucap 
   ALHAMDULILLAH dan dia akan fikir  
   siapa yang dia nak tolong hari ini.

*ubah mindset bila mahu bantu orang lain.percaya mereka boleh berubah.

*life is about to choose.

*always happy and being positive.

*jangan rasa kita biasa-biasa saja.kita orang yang hebat.

*bila orang cakap kita cantik. Yes! Admit it. :p

*tak payah susah-susah nak couple. Buang masa! 

p/s: yang last aku suke. :)

ALL OF US ARE SUPER-DUPER AWESOME.



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

2 comments:

huda nabilah said...

super duper awesome sgt3 ! :)

Latifah Ilyana Ibrahim said...

hee... super-duper awesome. insyaALLAH.. :)