Showing posts with label zikir. Show all posts
Showing posts with label zikir. Show all posts

Saturday, 7 December 2013

Terbongkar : Rahsia rasa manis dengan Kekasih hati


Assalamualaikum..

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” Al-Hujuraat 49:13

Selamat berhujung minggu. Kalau tiba hujung minggu, mungkin diri inilah insan yang paling gembira. Mungkin ! fuh dasatt.  Rehatkan diri seketika dari kehulu kehilir, berkejar ke kelas tutorial, berkejar jugak siapkan kerja kerja yang nak kena hantar. Rutin yang biasa kita lalui akan buatkan kita rasa penat. Anda bagaimana? 

Rabu hari tu berpeluang hadiri kelas usrah mingguan. I get my spirit back. Susah. Susah sebenarnya kita nak naikkan semangat balik bila kita tengah serabut. Tapi alhamdulillah, tahap serabut aku takdalah sampai buat kerja tanpa jiwa. Ada insan yang pernah bersama sama aku, kerana terlalu penat menguruskan itu ini, kerja yang harus disudahkan, disiapkan beliau tanpa jiwa (baca semangat). Semoga setiap dari kita, kerjanya diabadikan untuk mendapatkan keredhaan Allah semata. 

Entry hari ni nak berkongsi tazkirah yang disampaikan naqibah hari rabu yang lepas. Sangat kena. Setepek di muka. Setepek di hidung. Dan bertepek tepek di hati. Wahh gitew. 

Ishtigfar membawa rahmat dan keberkatan. 

Membaca dari tajuk sahaja sudah cukup untuk kita menghela nafas yang panjang. Umum tahu ishtigfar adalah satu perkara ter senang ter mudah ter ringkas di dunia. Malah kita juga sering ter babas untuk tidak mengamalkannya. Tapi bila ditanya kelebihannya. Berebut ! rasa tenang, aman dan bahagia. Fullstop. Itu kita. Tapi bagaimana kita mengamalkannya sehingga menjadi satu kebiasaan dan apakah kita tahu fadilat sebenar ishtigfar yang kita nampak mudah di mata kasar. 

Sesungguhnya ishtigfar adalah salah satu tanda yang hati kita masih mengingati Allah. Sering diri diuji dengan kesibukan melampau sehingga ruang 30 saat pun tidak dapat terisi dengan ishtigfar. Masya Allah. Lalainya aku. Alpanya aku. Aku alpa Ya Latif. Terlalu mengejar kesibukan dunia ini sehingga aku mengenepikan kewujudan MU.  Padahal nikmat yang Allah berikan tak termampu aku ucapkan dan itupun aku masih tidak bersyukur. 

Jadi benarlah. Ishtigfar adalah tanda kita merendah diri. Merendah diri yang kita ini kepunyaanNYA. Milik sepenuhnya DIA. Ia adalah kesedaran diri bagi orang yang bertaqwa. Jadi ukurlah tahap ketaqwaan kita dari sekerap mana kita berishtigfar dan berzikir kepada NYA. 

“Dan (Hud) berkata, Wahai kaumku, mohonlah ampunan kepada Tuhanku dan bertaubatlah kepadaNYA nescaya Dia menurunkan hujan yang amat deras, Dia akan menambah kekuatan di atas kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling menjadi seorang yang pendosa” Surah Hud ayat 52

Percayalah. Ishtigfar berupaya sebagai sumber kekuatan ummah. Ini kerana dengan ishtigfar kita akan berjaya membentuk sebuah komuniti masyarakat yang hidup tanpa riak dan takabbur. Sebuah komuniti yang sentiasa meletakkan Allah di tangga teratas. Sentiasa mencari dan merujuk Allah di hati mereka. Dan moga moga juga Allah terima taubat dan ishtigfar kita. 


Tidak dapat tidak, kita harus akui yang peranan paling besar ishtigfar adalah untuk menyucikan hati yang kotor. Kita bukan nabi. Jauh lagi sahabat sahabat nabi. Kita manusia biasa yang sering melakukan dosa. Entah dosa apa yang kita lakukan. Mana mungkin kita tahu. Entah banyak mana terkumpul. Mustahil kita tahu. Itu perkara ghaib. Namun boleh kita hindarkan diri dengan kemurkaan Allah dengan salah satu cara paling mudah iaitu ishtigfar dan zikir. Ia merupakan tembok dari azab Allah malah menghindarkan kita dari bencana serta membentuk peribadi diri supaya menjadi seorang yang kuat dan sentiasa bergantung dengan Allah. 

‘’Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)’’  Al Anfal 33

Beruntunglah sekiranya Allah mengetuk pintu hati kita yang sekian lama leka dengan kesibukan dunia. Kadang kadang kita sendiri tak perasan bila masa Allah mengetuk pintu hati kita. Sungguh. Kita sebenarnya perlukan masa bersendirian untuk kita kembali memikir sampai bila dan setakat mana kita mahu lalai. Kadang kala bila terdetik kenapa diri aku jahat, dan kita rasa kita sedang melakukan dosa. Itu sebenarnya salah satu cara Allah mengetuk pintu hati kita. Subhanallah. Manisnya. Aku mahu bahagia dengan rahmatnya. Moga nanti aku akan tersenyum dengan bahagianya hikmah di uji. 

Ada 3 jenis orang yang beribadah. ada orang yang beribadah kerana takut pada neraka, maka itu adalah ibadah hamba (abid), kerana taatnya hanyalah kerana takut. Dan barangsiapa yg beramal kerana ingin syurga, maka itu ibadahnya ibarat si businessman, kerana dia hanya memikirkan keuntungan. Dan barangsiapa yang beribadah ibarat sang kekasih kerana ingin dekat dengan Allah, itulah orang-orang yang merdeka. Ketiga kelompok ini tetap dimuliakan oleh Allah Swt., namun tentunya yang paling mulia adalah yang beribadah kerana tidak menginginkan apa-apa selain ketaatan dan kasih sayang pada Allah. 

Suweet kan. Sumpah bahagia bila ada perasaan dekat dengan Dia. Rasa Dia tak pernah tinggalkan kita. Rasa Dia akan selalu ada untuk kita. Rasa manis sungguh bilamana kita ingat Dia. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Marilah kita berishtigfar dan berzikir unruk membuktikan perasaan cinta kita kepada Dia. Semoga di akhir nanti akan ada khabar gembira buat hamba hamba yang taat kepada NYA.




currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.