Assalamualaikum..
“Hai
manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi
Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
mengetahui lagi Maha Mengenal.” Al-Hujuraat 49:13
Selamat berhujung minggu. Kalau tiba hujung minggu,
mungkin diri inilah insan yang paling gembira. Mungkin ! fuh dasatt.
Rehatkan diri seketika dari kehulu kehilir, berkejar ke kelas tutorial,
berkejar jugak siapkan kerja kerja yang nak kena hantar. Rutin yang biasa kita
lalui akan buatkan kita rasa penat. Anda bagaimana?
Rabu hari tu berpeluang hadiri kelas usrah mingguan.
I get my spirit back. Susah. Susah sebenarnya kita nak naikkan semangat balik
bila kita tengah serabut. Tapi alhamdulillah, tahap serabut aku takdalah sampai
buat kerja tanpa jiwa. Ada insan yang pernah bersama sama aku, kerana terlalu
penat menguruskan itu ini, kerja yang harus disudahkan, disiapkan beliau tanpa
jiwa (baca semangat). Semoga setiap dari kita, kerjanya diabadikan untuk
mendapatkan keredhaan Allah semata.
Entry hari ni nak berkongsi tazkirah yang
disampaikan naqibah hari rabu yang lepas. Sangat kena. Setepek di muka. Setepek
di hidung. Dan bertepek tepek di hati. Wahh gitew.
Ishtigfar membawa rahmat dan keberkatan.
Membaca dari tajuk sahaja sudah cukup untuk kita
menghela nafas yang panjang. Umum tahu ishtigfar adalah satu perkara ter senang
ter mudah ter ringkas di dunia. Malah kita juga sering ter babas untuk tidak
mengamalkannya. Tapi bila ditanya kelebihannya. Berebut ! rasa tenang, aman dan
bahagia. Fullstop. Itu kita. Tapi bagaimana
kita mengamalkannya sehingga menjadi satu kebiasaan dan apakah kita tahu
fadilat sebenar ishtigfar yang kita nampak mudah di mata kasar.
Sesungguhnya ishtigfar adalah salah satu tanda yang
hati kita masih mengingati Allah. Sering diri diuji dengan kesibukan melampau
sehingga ruang 30 saat pun tidak dapat terisi dengan ishtigfar. Masya Allah.
Lalainya aku. Alpanya aku. Aku alpa Ya Latif. Terlalu mengejar kesibukan dunia
ini sehingga aku mengenepikan kewujudan MU. Padahal nikmat yang Allah
berikan tak termampu aku ucapkan dan itupun aku masih tidak bersyukur.
Jadi benarlah. Ishtigfar adalah
tanda kita merendah diri. Merendah diri yang kita ini kepunyaanNYA. Milik
sepenuhnya DIA. Ia adalah kesedaran diri bagi orang yang bertaqwa. Jadi ukurlah
tahap ketaqwaan kita dari sekerap mana kita berishtigfar dan berzikir kepada
NYA.
“Dan (Hud) berkata, Wahai kaumku, mohonlah ampunan
kepada Tuhanku dan bertaubatlah kepadaNYA nescaya Dia menurunkan hujan yang
amat deras, Dia akan menambah kekuatan di atas kekuatanmu dan janganlah kamu
berpaling menjadi seorang yang pendosa” Surah Hud ayat 52
Percayalah. Ishtigfar berupaya sebagai sumber
kekuatan ummah. Ini kerana dengan ishtigfar kita akan berjaya membentuk sebuah
komuniti masyarakat yang hidup tanpa riak dan takabbur. Sebuah komuniti yang
sentiasa meletakkan Allah di tangga teratas. Sentiasa mencari dan merujuk Allah
di hati mereka. Dan moga moga juga Allah terima taubat dan ishtigfar
kita.
Tidak dapat tidak, kita harus akui
yang peranan paling besar ishtigfar adalah untuk menyucikan hati yang kotor.
Kita bukan nabi. Jauh lagi sahabat sahabat nabi. Kita manusia biasa yang sering
melakukan dosa. Entah dosa apa yang kita lakukan. Mana mungkin kita tahu. Entah
banyak mana terkumpul. Mustahil kita tahu. Itu perkara ghaib. Namun boleh kita
hindarkan diri dengan kemurkaan Allah dengan salah satu cara paling mudah iaitu
ishtigfar dan zikir. Ia merupakan tembok dari azab Allah malah menghindarkan
kita dari bencana serta membentuk peribadi diri supaya menjadi seorang yang
kuat dan sentiasa bergantung dengan Allah.
‘’Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka,
sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan
menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)’’ Al Anfal
33
Beruntunglah sekiranya Allah mengetuk pintu hati
kita yang sekian lama leka dengan kesibukan dunia. Kadang kadang kita sendiri
tak perasan bila masa Allah mengetuk pintu hati kita. Sungguh. Kita sebenarnya
perlukan masa bersendirian untuk kita kembali memikir sampai bila dan setakat
mana kita mahu lalai. Kadang kala bila terdetik kenapa diri aku jahat, dan kita
rasa kita sedang melakukan dosa. Itu sebenarnya salah satu cara Allah mengetuk
pintu hati kita. Subhanallah. Manisnya. Aku mahu bahagia dengan rahmatnya. Moga
nanti aku akan tersenyum dengan bahagianya hikmah di uji.
Ada 3 jenis orang yang beribadah.
ada orang yang beribadah kerana takut pada neraka, maka itu adalah ibadah hamba
(abid), kerana taatnya hanyalah kerana takut. Dan barangsiapa yg beramal kerana
ingin syurga, maka itu ibadahnya ibarat si businessman, kerana dia hanya
memikirkan keuntungan. Dan barangsiapa yang beribadah ibarat sang kekasih
kerana ingin dekat dengan Allah, itulah orang-orang yang merdeka. Ketiga
kelompok ini tetap dimuliakan oleh Allah Swt., namun tentunya yang paling mulia
adalah yang beribadah kerana tidak menginginkan apa-apa selain ketaatan dan
kasih sayang pada Allah.
Suweet kan. Sumpah bahagia bila ada perasaan dekat
dengan Dia. Rasa Dia tak pernah tinggalkan kita. Rasa Dia akan selalu ada
untuk kita. Rasa manis sungguh bilamana kita ingat Dia. Subhanallah.
Subhanallah. Subhanallah. Marilah kita berishtigfar dan berzikir unruk
membuktikan perasaan cinta kita kepada Dia. Semoga di akhir nanti akan ada
khabar gembira buat hamba hamba yang taat kepada NYA.