Friday, 5 April 2013

Langkah si pejalan kaki



Assalamualaikum..

Hadis Riwayat Muslim

“Boleh jadi orang yang kusut masai, berdebu, yang dihalau di pintu (tidak diterima kedatangannya), jika dia bersumpah atas nama ALLAH nescaya DIA akan tunaikan”

Jika seorang insan ikhlas dan membulatkan pergantungannya kepada ALLAH, nescaya ALLAH menerima harapannya. Sekalipun dahulu dia pernah melakukan dosa syirik dan kejahatan namun ALLAH tetap mendengar rayuannya. Syaratnya dia hendaklah ikhlas ketika berdoa.

See kawan-kawan.. cantiknya Islam. Subhanallah.

aku akui berpuluh tahun hidup atas muka bumi ALLAH ini, banyak. Sangat banyak dosa-dosa yang telah aku lakukan. Kepada ALLAH aku bertaubat dan memohon ampun. Sometimes bila jumpa orang yang sangat baik, I mean solehah, hati sangat cemburu macam mana dia boleh jaga akhlak dia dengan sempurna ofcourse human tak sempurna but in case yang kita tengok dia, kita dapat rasa betapa baiknya dia dan hubungannya dengan ALLAH. dan macam mana mereka-mereka ini sangat terjaga dari segala segi. Baik kata-kata mahupun tingkah laku. 

And then satu hari tibe-tibe  terfikir yang macam mana kita nak jadi solehah but at the same time, you’re doing a lot of maksiat. Dan masa tu betul-betul rasa diri tak berguna. pompang-pompang cakap nak jadi solehah, nak bina baitul muslim, nak menyumbang kearah negara Islam, nak suami soleh (dan hensem heehe) tapi kita layan k-pop doploh pat jam, mengaji  kurang, qiamullail sebulan sekali. Allahurabbi.. dan bila renung dan muhasabah, ofcourse if kita nak change for good, mulakan dari yang asas.

START WITH THE BASIC THINGS.  Yang dah lame kita tinggal selama ni. 
OF COURSE  I REPEAT!

“yang asas?”

Macam mana ya nak cakap,

Okey (betul urat leher). Testing testing.

kalau lah tetiba kita rasa nak ubah diri kita jadi baik kan,(kalaulah?? Erk) and then you’re really confuse what you are going to do. 

What I think are..

MOST AND FOREMOST

Betulkan cara wudhu dan bacaan dalam solat

Kalau solat pun macam ayam patuk spaghetti, jadi macam mana nak dapatkan keinsafan dalam solat. Make sure you know the right way to wudhu (ingat mula dari basic) dan betul ke cara kita perform solat. Betul ke cara duduk dua sujud dan bacaan tahiyat awal dan akhir semua tu. Kalau ragu-ragu, learn it again. Dah tua? It’s better late than never okay. Kata ustak Azhar, untuk perkara ibadah, takda istilah lambat atau tua. Belajar selagi umur ni Allah masih bagi. kalau bab cinema, cepat je  nak tengok cite best. Ustak Azhar kate “sungguh ngat mung JKK, duk depang kali pa, tapi kalu bab semayang, malah kohong’’ hahhahhah  So if you’re sure, cara solat dah betul, do it slowly. Slowly ni bukanlah perlahan atas sebab perlahan, tapi sebab menghayati apa yang kita sebut dalam solat. INGAT INI BASIC THINGS ! belum lagi bab solat di awal waktu dan jangan tinggal solat. 

Jaga dan tutup aurat.  BUKAN NAK SURUH ANDA BERTUKAR KEPADA TUDUNG LABUH BULAT ATAU BIDANG 60 no no no TAPI…

tapi tutuplah aurat anda sewajarnya. Tudung bawal 3 segi (u know how its looks like right), kalau pakai yang tu pun apa masalahnya, tutup aurat jugak kan. Tapi yang jadi masalahnya bila tudung yang anda pakai tu jarang dan menampakkan tengkuk kita pada yang bukan mahram. dan sangat sedih melihat kawan-kawan kesayangan di luar sana, tidak tahu bahawa lengan juga merupakan aurat. Yes lengan tu. dalam kelas tu, angkat je tangan tinggi-tinggi tanpa sedar lelaki yang boleh berkahwin dengan kita sedang menatap aurat kita dan kitalah yang menanggung beban dosanya.  Bukan nak suruh anda pakai tudung bidang 60 lagi. Bukan.  Jadi beli handsock 5 hengget kat kedai (bersepah) dan pakailah. Stoking tu, mostly, we know that itu adalah aurat. Jadi pakai dan tutuplah kaki anda kerana yang tertutup itu lebih cantik.  

Seterusnya, jaga 3 serangkai ini..

Hablun mina’allah, hablun minan’nas, hablun minal’alam

Hubungan dengan Allah kalau  tak sembang panjang pun semua orang tahu macam mana nak buat. Hubungan dengan manusia? Dari apa yang diperhati dan tengok, ini sangat bersangkut paut dengan macam mana  hubungan kita dengan Allah. Kalau jaga  pertalian dengan Allah, dapat bonus 3 in 1 Allah sayang, manusia sayang, tengok alam pun tenang aje.

Kawan-kawan ni sebenarnya nikmat dunia. And sesetengahnya kita anggap macam family sendiri. Kalau dengan adik sendiri tu berkira je nak bagi pinjam baju tapi kalau kawan mintak, cepat je jadi burung belatuk. Jadi kenapa kita tak boleh bina hubungan baik dan positif tu dengan semua orang. Kita pandang dia jahat, buruk, tak senonoh, kuang hajor sebab kita belum kenal dia. Awak tak kenal dia tapi pandai-pandai nak judge orang.  

Rasanya dah cukup ke step ni untuk jadi baik? Well baik tu subjektif ..ofcourse takleh jadi baik dengan amalkan yang kat atas tu ja.  awak nak jadi baik dalam segi apa? Banyak bukan. Dan ia bukan senang. Dan bukan dalam masa sebulan, tapi sangat lama dan memakan masa serta kesabaran yang tinggi.

Salam sayang buat semua. Ukhti-ukhti yang jauh di mata dekat di hati. Ilabiyou.


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

No comments: