Episod luahan
hati jarang sekali
Manusia.
Kenapa diagungkan cinta itu. Cinta yang membutakan. Cinta yang
menjauhkan.Kenapa dipegang pada azimat kata palsu itu. Kenapa dipercaya pada
cinta yang belum pasti milikmu. Kenapa di puja pada cinta yang belum pasti
halal buatmu.
Allah.
Berishtigfar. Aku lupa. Hati itu Allah yang pegang. Cinta adalah kuasa besar
yang mampu merubah dan mengambil alih
hati manusia. cinta yang baru terlihat
di mata mereka sehingga mereka melupakan cinta yang sudah lama tersemai dalam diri mereka. Cinta itu telah menjadi
milik mereka awal dulu. Saat si penghantar cinta itu dikhabarkan ada nyawa
kecil yang diusung ke hulu ke hilir. Saat si penghantar cinta memeluknya erat
mendodoi dan melindungi pemilik sekeping hati daripada keriuhan dunia ini.
Betapa
istimewanya dua buah cinta itu yang kini ada manusia melupakan mereka hanya kerana ada cinta baru yang mengambil alih
posisi itu. Betapa sayunya mata si tua itu melihat satu persatu kecintaannya
beralih arah mencari cinta yang lain. Remuk redam hati si tua itu melihat
kecintaannya yang lama pergi dan tidak
kembali. Siapa tahu hati si tua itu. Mereka mahu kecintaan mereka. Kembalikan
cinta aku ! mungkin itu bisik si tua. *kesat air mata*
Beginilah
hati ini. Bila tiba tarikh ini pasti begini. Hilang dalam dunia sendiri.
Memikir dan mengira siapa kecintaanku. Di mana mereka berada. Apa wujud aku di
hati mereka sebagaimana mereka wujud di hati aku. Mereka yang jadi kecintaanku,
adakah sibuk juga mengejar dan mengharung cinta sia-sia dan mengabaikan cinta
yang setia di sisi mereka. Cinta yang pasti halal buat mereka. Adakah kecintaanku juga begitu. Senak fikiran
ini memikirkan.
Allah.
Rindunya aku pada mereka yang pernah hadir dalam hidup ini. Terima kasih Allah.
Engkau memberi diri ini peluang, masih lagi bernafas dengan anugerah kurniaMU
yang Maha Agung.
“Then which
of the favours of your Lord will you deny” Ar-Rahman
Terima kasih
Ya Allah. Engkau menghadirkan aku dengan rasa cinta tak terluah ini buat mereka
yang pernah hadir dalam lipatan sejarah hidupku. Mereka yang jauh dan hilang
dalam hidupku. Mereka yang gagal ku ingat wajah-wajah mereka. Mereka yang
menolak aku jauh dari hidup mereka. Mereka yang cuba ku pimpin tangan mereka
namun tak terdaya melangkah bersama. Ampunkan aku atas kekhilafan ini. Engkau
sebaik-baik penolong dan pelindungku.
“Unto Allah
belongs the dominion of the heavens and the earth. He gives life and He takes
it. Except for Him you have neither protector nor helper” At-Taubah 116
sesak dada
bila diasak dengan rasa ini. Rama-rama mati. Hidup. Terbang bebas. Dan mati
kembali. Allah. DIA benar-benar menguji janji yang aku lafazkan. Laratkah daya
usahaku bertahan untuk menampung hebatnya anugerah indah kurniaan NYA. Terima
kasih Allah. Ternyata aku masih manusia normal yang punya rasa. *Senyum*
belum tiba
masanya. lawan atau kecundang. Itu perjuanganku. Syaitan tidak pernah lupa
menitik jarum jarum kecil menghasut manusia yang lupa dan leka. Jangan tinggalkan aku. Selama lamanya jangan
tinggalkan aku duhai Rabbi.. *usap dada*
psssst :
sayangi ibu bapamu. Mereka merindukanmu. Kembali kepada fitrah. Genggam dan
jangan lepaskan tangan tua mereka. Sehingga bertemu lagi. Wassalam..
No comments:
Post a Comment