YA Allah
Engkau ajarkan aku dengan erti kesabaran
Ajarkan aku ya Rabbi
Bahawa hidup ini jika sabar temanku
Hujungnya adalah keindahan dan ketenangan
Kau ajarkan aku
Sabar itu bukan pasrah
Kerana orang pasrah tidak akan berikhtiar
Ajarkan aku
Dengan kesabaran itu
Kesibukan menjadi amal
Kepenatan membuah cinta
Kesesakan menuntun rindu
Dan ketika perlunya saat saat aku bersabar
Bukakan pandangan sempit ini
mengejar dunia bukan keperluan
Mengejar kesibukan jua bukan desakan
Ketika saat saat aku melepasi kesukaran
Ajarkan aku dengan senjata kesabaran
Ya Rabbana
Kau pemilik segala kekuatan
Hadirkan aku dengan sedikit kesabaran
Padaku dunia ini
Semakin lama semakin kelam
Oleh kerana itu
Ajarkan aku
Kesabaran itu akan bersama orang-orang yang
mencintaimu
Wahai Tuhan pemilik segala Hidayah
No comments:
Post a Comment