Bismillahirrahmanirrahim..
‘’And hold fast by the covenant of Allah all together and be
not disunited, and remember the favour of Allah on you when you were enemies,
then He united your hearts so by His favour you became brethren, and you were
on the brink of a pit of fire, then He saved you from it, thus does Allah make
clear to you His communications that you may follow the right way” Ali-Imran
103
Subhanallah. Indahnya ayat diatas yang menceritakan betapa manisnya berukhuwwah dan
bersatu di atas jalan Allah. Ibarat sebatang lidi yang begitu senang dipatahkan
dan segemgam lidi yang amat sukar dipatahkan biarpun si pelakunya adalah insan
sama. Lantas lihat diri dan bagaimana kita dalam berukhuwwah. Indahnya jika perjalanan hidup
kita menuju redha Illahi diiringi oleh teman-teman yang soleh dan solehah,
dengan hasrat yang satu yakni ingin ke syurganya. Betapa inilah salah satu
nikmat yang besar jika Allah kurniakan kita dengan teman-teman seperjuangan
begini.
Alhamdulillah. Tanggal 28
september lalu, sempat juga memboloskan diri dari urusan dunia yang seakan
tidak pernah habis dan berpeluang menyertai akhawatee fillah ke Rehlah SPM Day
di Bagan Lalang. SPM stand for Syria Palestine Mesir. Ia adalah hari kami
membuka minda dan hati untuk belajar sejarah tiga negara ini yang amat besar
impaknya kepada dunia islam khususnya.
Sesungguhnya kemenangan Islam adalah apabila kita berjaya membebaskan 3 negara ini daripada musuh musuh Allah yang tidak akan berhenti memporak perandakan dunia Islam. Negara Palestine diuji dengan perang antara Islam dan kafir manakala Syria pula berhadapan dengan perang antara sunni dan syiah dan lebih memberatkan mata dan hati apabila menyaksikan perang yang berlaku di Mesir antara Islam sunni sesama sendiri. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul maka peranan setiap dari kita amat diperlukan untuk membantu mereka saudara saudara kita di sana.
Sesungguhnya kemenangan Islam adalah apabila kita berjaya membebaskan 3 negara ini daripada musuh musuh Allah yang tidak akan berhenti memporak perandakan dunia Islam. Negara Palestine diuji dengan perang antara Islam dan kafir manakala Syria pula berhadapan dengan perang antara sunni dan syiah dan lebih memberatkan mata dan hati apabila menyaksikan perang yang berlaku di Mesir antara Islam sunni sesama sendiri. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul maka peranan setiap dari kita amat diperlukan untuk membantu mereka saudara saudara kita di sana.
Apalah sangat dengan huluran doa
di setiap kali solat. Jika bukan kita yang prihatin dengan masalah umat Islam
yang melanda di sekitar dunia maka siapa lagi. Janji Allah benar. Islam akan
menang satu hari nanti. Maka adakah kita akan termasuk dalam golongan yang
menolong kemenangan Islam atau hanya golongan yang memerhatikan Islam menang
tanpa berbuat apa-apa. Sungguh. Janji dan ganjaran Allah sangat besar bagi
mereka yang membantu perjuangan Islam.
‘’Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam surga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir). (Dikatakan kepada mereka): “Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman ”. Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas pelamin pelamin’’ Al Hijr 45-47
Main game perang. Pesan seorang ukhti, main biar bersungguh. Tanam dalam semangat andai kita yang berada di medan perang yang sebenar apakah yang akan kita lakukan. Memang, tak mampu untuk kami membayangkan situasi sebenar akan apa yang terjadi di sana. Bagaimana hidup mereka dihujani dengan peluru hidup setiap hari dan bagaimana mereka itu tetap utuh semangatnya kerana mereka yakin bahawa Muhammad itu Nabi dan Allah itu Tuhan kita. Wahai jiwa jiwa yang cintakan agama! Bangkitlah dari lena yang panjang. Bangkitlah untuk ummah yang memerlukan.
Sharing moment. Jika bukan kita yang peduli isu ummah maka
pada tangan siapa harus kita letakkan tanggungjawab itu.
Solat berjemaah. Subhanallah. Pertama kali solat di pantai. Tak
terucap bibir melafazkan syukur dengan peluang merasai nikmat ini. Daripada tanah
kita datang dan kepada tanah kita akan dikembalikan. Maka mengapa harus rasa
hina dengan asal usul kita.
Alhamdulillah.
Terisi masa dengan sesuatu yang bermanfaat. Terasa untung diri yang hina bila
Allah letakkan kita dalam Jemaah. Terasa keindahan berukhuwwah dalam keadaan
beriman. Allah tak merancang sesuatu melebihi kehendak kita. Cuma perlu beri
yang terbaik untuk kekal fokus dalam jalan ini.
Islam pasti menang. Itu janji
Allah. Tidak hari ini mungkin esok. Tiada siapa yang tahu. Namun bila Islam
sudah berjaya mencapai kemenangan, dimana kita dan peranannya. Adakah hanya
dalam golongan penyokong atau termasuk dalam golongan pendokong. Semoga Allah
memberkati setiap gerak kerja kita kerana niatnya hanyalah untuk NYA semata.
Semoga terus tsabat di
jalan dakwah [wahai]